Celcom Alami Gangguan Teknikal, Jadi Trending Di Twitter

Share

Sekali lagi pengguna Celcom mengeluh kerana talian telekomunikasi itu mengalami gangguan sejak awal pagi tadi.

Rata-rata daripada pengguna Celcom berkongsi ‘masalah’ mereka di Twitter dan ada yang mengeluh kerana mereka mempunyai kelas online pagi ini.

Ada juga yang mengatakan aplikasi seperti twitter, Instagram dan Whatsapp masih boleh digunakan namun beberapa apps yang lain masih lagi offline.

Celcom juga menjadi trending di Twitter namun nampaknya pihak mereka masih belum lagi mengeluarkan maklum balas tentang gangguan teknikal ini.

Hm, sabar je la okay?

Sumber: Twitter

IKLAN