Semalam ramai yang telah membuat perkongsian mengatakan akaun MySejahtera mereka sudah mempunyai ‘Verified’ atau ‘Sah’ dan rata-ratanya agak terkejut kerana menganggap ia sama seperti akaun media sosial yang lain.
Menurut MySejahtera, individu yang mempunyai label akaun ‘Verified’ boleh menggunakan sepenuhnya pelbagai ciri-ciri pada aplikasi tersebut, termasuklah untuk melihat sijil vaksinasi.
Bagi korang yang belum menukar ‘status’ MySejahtera ini, berikut adalah tutorial cara untuk sahkan akaun. Korang perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi terkini untuk menggunakan ciri terbaharu ini.
Ads
1. Untuk melakukan pengesahan, klik pada butang ‘Sahkan Segera’
2. Sila pastikan maklumat diri yang tertera adalah betul dan klik ‘Sahkan’
3. Klik ‘OK’ sekiranya korang pasti maklumat diri yang tertera adalah betul
Ads
4. Setelah korang kemaskini profil, tanda ‘Sah’ atau ‘Verified’ akan terpapar di profil MySejahtera
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi mereka yang menggemari proses merakamkan foto dan video menggunakan drone, kami yakin korang mengetahui mengenai jenama DJI.
Drone kini bukan hanya diguna pakai oleh jurufoto dan juruvideo profesional saja. Malah banyak produk drone komersil yang boleh korang beli walaupun tidak pernah mengendalikannya sebelum ini.
*
Terbaru, DJI menerusi pembekalnya di Malaysia iaitu VSTECS memperkenalkan Mavic Mini – drone paling ringan, terkecil dan boleh lipat pertama seumpamanya.
Ramai sebenarnya ternanti-nantikan kemunculan Mavic Mini selama ini kerana faktor saiznya itu. Ini kerana ia lebih mesra pengguna, mudah dikendalikan dan boleh terus disambungkan dengan apps telefon (Android & iOS).
Mavic Mini hanya sebesar 140 x 82 x 57mm apabila dilipat (umpama sebesar tapak tangan) dan 245 x 290 x 55mm apabila dibuka.
Disebabkan saiznya itu, Mavic Mini hanya bekalkan kamera beresolusi 2.7K berbanding kamera 4K seperti drone Mavic Air dan Mavic Pro sebelum ini.
Tetapi jangan risau, ia juga mempunyai kelebihan.
Contohnya, ia didatangkan dengan bateri 2600mAh, yang bermaksud korang boleh menerbangkan drone ini sehingga 30 minit. Itu adalah 2 kali ganda lebih lama berbanding drone DJI Spark.
*
Menarik kan! Bukan je comel tetapi berkuasa.
Bagi korang yang berminat untuk melihat Mavic Mini dengan lebih dekat di stor, ia akan mula dijual pada pertengahan bulan November ini pada harga RM1,599.
Itu termasuklah remote controller, 1 bateri, kipas ekstra, kabel dan alatan.
Jika korang inginkan kipas bersangkar 360, hub mengecas 2 hala, 2 bateri lebihan dan 3 set kipas ekstra, korang boleh memilih pakej kombo berharga RM1,999.
Pakej kombo.
Nak tengok hebat ke tak, jom tonton klip di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan aplikasi WhatsApp antara yang popular dijadikan sebagai medium komunikasi peribadi mahu pun urusan di tempat kerja. Penggunaan grup WhatsApp dilihat sangat membantu memudahkan komunikasi secara berkumpulan kerana mesej dapat disampaikan secara menyeluruh.
Bukan hanya atas urusan pekerjaan, boleh dikatakan apa sahaja perkara yang disertai oleh kita pasti wujudnya sebuah grup komunikasi di WhatsApp. Sebuah grup WhatsApp boleh disertai sehingga 256 ahli dan diselenggara oleh admin, iaitu individu yang mencipta grup tersebut dan beberapa admin tambahan yang dipilih oleh mereka.
Walau bagaimanapun, dek kerana terlalu ramai ahli dalam grup tersebut, pelbagai tingkah laku yang sukar dikawal, ada yang sehingga menggangu kehidupan orang lain dengan memberikan mesej-mesej ‘spam’ dan tidak penting.
Namun khabarnya WhatsApp kini sedang menguji ciri yang membolehkan admin kumpulan memadam mesej semua ahli, bukan mesejnya sahaja. Walaupun masih ada pengesahan rasmi mengenai ciri baharu tersebut namun difahamkan ia kini sedang dalam pertimbangan Meta.
Fungsi baharu itu mungkin akan muncul dalam versi beta WhatsApp yang akan datang untuk Android dan juga iOS. Selepas ciri baharu itu bersedia, admin akan dapat memadam mesej yang dikongsi oleh mana-mana ahli kumpulan. Sebaik sahaja ia dipadamkan, mesej berikut dipaparkan – “This was deleted by an admin.”
Wah, lepas ni makin banyaklah pula ‘kerja’ admin kan. Hiks! Tapi, korang rasa ciri baharu ini membantu atau pun tidak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malang tidak berbau dan sebagai pengguna dan pemilik kenderaan pada masa kini pengunaan dashcam merupakan salah satu kelengkapan yang harus ada untuk tujuan pemantauan.
Tapi sebagai pengguna konvensional amat sukar untuk kita tahu yang manakah benar-benar berkualiti dan baik untuk digunakan. Bagi memudahkan kita sebagai pengguna memilih dashcam terbaik. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
PENILAIAN SKOR
Baru-baru ini, MIROS telah mengeluarkan senarai 40 dashcam terbaik yang telah dinilai berdasarkan skor di atas beberapa faktor. Mereka telah melakukan penilaian berdasarkan tiga faktor yang diambil kira untuk fasa awalan iaitu ciri asas, ciri termaju dan ciri bandtuan pemanduan.
Menerusi senarai ini kita dapat lihat sebanyak lima dashcam menerima pengiktirafan lima bintang dengan tiga daripadanya dari jenama 70mai.
Walau bagaimanapun selain tiga faktor yang dinyatakan tidak ada penjelasan lanjut bagaimana penilaian dibuat. Namun kredibiliti yang dibawa oleh agensi seperti MIROS memang cukup dipercayai.
Anda juga boleh mempertimbangkan beberapa kriteria mengikut kesesuaian masing-masing. Sebagai contoh jika anda ingin dashcam yang menggunakan bateri lithium atau super kapasitor sebagai perbandingan. Ataupun ciri sokongan sambungan penstoran cloud yang lebih baik.
Berikut merupakan top 5 dari senarai harga setiap dashcam yang disenaraikan oleh MIROS dan link Shopee untuk rujukan anda. Jadi pilihlah yang terbaik dan ingat harga bukanlah penentu segala!
Tidak dinafikan pada masa kini terdapat banyak sekali pilihan dashcam di pasaran. Setiap satu hadir dengan tawaran tersendiri dengan spesifikasi yang cukup canggih. Ini senarai lengkap.
Dashcam ini selain mampu merakamkan apa yang berlaku jika berlaku kemalangan ia juga memberikan banyak kelebihan kepada pengguna. Salah satunya memudahkan untuk membuat laporan polis atau melakukan tuntutan insurans.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Olahan artikel dari Maskulin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika kebanyakan penghantar makanan memilih menggunakan motosikal untuk memudahkan urusan menghantar pesanan, seorang ibu tunggal, Nur Rahimah Alia Salehuddin pula memilih untuk berjalan kaki...