Cara Senang Topping Almond London, Tangan Pun Tak Comot Melekat Coklat

Share

Biskut almond London pastinya antara kegemaran ramai setiap kali hari raya. Sudah banyak resipi di kongsikan di media sosial cara pembuatannya. Dengan buah badam sebiji yang dibakar sebelum dibalut adunan ia sudah cukup membangkitkan selera. Selepas siap dibakar kita perlu menyalutkan dengan coklat yang sudah dicairkan terlebih dahulu.

Malah selepas coklat mencair, kita akan mencelupkan kuih tersebut sebelum dimasuk ke dalam paper cup.

Cara lama  membuatkan  tangan kita akan  comot kerana coklat akan melekat di tangan bila kita alihkan biskut yang telah dicelup ke dalam paper cup.

Biskut almond london sering dapat permintaan tinggi dari peminatnya

Perkongsian dari Zarra Ezani di Blog Masak Apa Hari Ini (MAHN) menggunakan bekas sos/ kicap untuk  kerja topping biskut almond London nampak cukup mudah dan mendapat komen dari lebih 1.4 ribu komen dari pengguna yang berasa teknik tersebut sangat mudah.

Hanya perlu menuangnya ke atas biskut yang sudah disusun di dalam paper cup. Walau biskut tidak dibalut menyeluruh tapi ia sudah cukup menyelerakan tambah jika hanya ahli keluarga saja yang memakannya time PKPB ini.

Ya, yang pastinya tangan pun tak comot bila coklat yang sudah dicairkan ini dimasukkan ke dalam bekas di mana kita perlu menuangnya satu persatu.

Tonton video di bawah.

 

IKLAN