Sekarang ni macam-macam cerita yang kita dengar daripada perkongsian netizen tentang isu kamera tersembunyi yang terdapat di dalam bilik-bilik penginapan ketika pergi bercuti.
Rasa macam dah tak selamat dan timbul pula ragu-ragu setiap kali nak bermalam di hotel mahu pun homestay.
Walau bagaimanapun, sebenarnya korang boleh mengesan ‘kehadiran’ kamera tersembunyi ini sekiranya risau gerak-geri korang dirakam secara rahsia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Memandangkan kebanyakan kamera tersembunyi ini menggunakan sistem wireless, maka secara tidak langsung ianya dapat dikesan oleh fungsi wireless yang sedia ada di mobile device korang.
Berikut merupakan salah satu alternative yang dikongsi oleh wiser.my untuk mengesan kehadiran kamera tersembunyi tersebut.
Aplikasi Fing
Firstly, korang kena ada aplikasi Fing yang boleh dimuat turun daripada Playstore ataupun Appstore.
Ads
Seterusnya, buka aplikasi tersebut dan akan terpapar peranti yang berkemungkinan beropersi menggunakan wireless. Kenalpasti barang sambungan yang melibatkan kamera seperti Arlo, Wyze ataupun Nest dan juga yang disenaraikan dengan nama IP Camera.
Ads
Copy IP address pada sambungan yang mencurigakan tadi, kemudian masuk ke menu Network
Pilih menu Open Ports, masukkan alamat IP yang korang copy tadi dan klik pada tombol Find open ports
Ads
Jika berjaya, maka akan muncul paparan ports yang terbuka dan perkhidmatan yang digunakan. Korang boleh lihat sama ada terdapat port RTSP dan RTMP kerana ianya digunakan untuk video streaming.
Apa saja dengan HTTP dan HTTPS, korang boleh membukanya dengan Chrome. Taip alamatnya di bahagian ruangan alamat di Chrome seperti berikut, (192.168.0.15:80).
Jadi, selepas ini korang dah tak perlu risau kalau-kalau ada kamera tersembunyi di bilik hotel ataupun tidak. Check mengikut cara-cara yang telah dikongsi tadi, sekiranya tidak ada apa-apa yang mencurigakan, maka bolehlah korang bercuti dengan tenang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak jadi solo traveller memang kena banyak akal. Kalau tak, macam mana nak capture momen-momen indah sepanjang bercuti? Takkan la semua gambar kita nak harapkan orang lain yang tolong snap kan?
Nah, tak payah pening-pening nak fikir, ini jawapannya. Selepas setahun, GoPro muncul lagi dengan model terbaru mereka, Hero 8 Black yang sudah tentu lebih canggih dan hebat berbanding sebelumnya.
Diperkenalkan Dengan Beberapa Fungsi Baru
Beza paling nyata adalah pada fizikalnya. Tiada lagi perumah khas untuk berikan perlindungan dan mount kepada kamera sebaliknya mount pada Hero 8 hadir dalam bentuk boleh lipat. Rekaan ini menjadikan kamera 14% lebih ringan.Perumah konvesional sebelum ini telah digantikan dengan mods yang sangat berguna.
Hero8 Black Mods ada tiga komponen dan mereka ialah:
Media Mod dilengkapi mikrofon shotgun dan dua cold shoe untuk aksesori lain. Ia juga ada port HDMI, jek audio 3.5mm serta HDMI out.
Display Mod boleh disambung pada coldshoe Media Mod dan anda akan terima paparan menghadap anda
Light Mod adalah aksesori lampu kalis air sehingga 10 meter
Selain itu dalam GoPro Hero 8, ianya didatangkan dengan Media Mod sesuai untuk mereka yang ingin membuat rakaman video dan mereka yang bekerja sebagai pnggiat industri media. Kelebihan ini, pengguna dapat menambah pelbagai aksesori lain seperti skrin LCD tambahan, lampu LED serta tripod.
Fungsi HyperSmooth 2.0 Curi Perhatian
Selain itu, ciri menarik dalam model ini semestinya fungsi HyperSmooth 2.0. Dengan mod ini, anda tidak perlu risau video yang dirakam tidak jelas mahupun bergegar teruk kerana ianya membolehkan pengguna mendapatkan video yang stabil dengan jelas dan terang dalam resolusi 4K 60FPS. Malah fungsi video gerak perlahan, TimeWarp 2.0 turut diperkenalkan.
Untuk maklumat, GoPro Hero 8 dijual dengan harga $399 bersamaan RM1670.81) dan harga ini tidak termasuk dengan aksesori tambahan yang lain. Jadi, siapa kata bercuti seorang diri tak boleh capture gambar cantik-cantik kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia semakin canggih dengan pelbagai teknologi yang memudahkan urusan seharian manusia. Kalau dulu, setiap kali gambar yang diambil perlu dihantar ke kedai untuk dicuci, harganya pun boleh tahan mahal, tapi kini hanya menggunakan aplikasi saja semua boleh settle.
Bayangkanlah kalau dulu kita cuci gambar 4R sekeping harganya dalam 70 sen, kalau 100 keping tak ke sampai RM70 kita kena bayar?
Tapi korang tak payah risau lagi sebab dah boleh dapat yang lebih murah. Dengan hanya Rm8 saja, korang boleh dapat 50 keping gambar menggunakan aplikasi @photobookww. Jimat kaw kaw kan?
Macam mana nak buat? Nah, berikut merupakan tujuh langkah yang dikongsi oleh alya_meyh untuk menggunakan aplikasi mudah ini.
1. Kena ada apps #photobookworldwide
2. Klik dekat Photo Prints dan pilih saiz 4R
3. Pilih 50 gambar dalam smartphone korang
4. Dah pilih, korang boleh edit sendiri
5. Pilih jenis kertas yang korang nak
Gloss paper photo tu pun dah okay dan memang berbaloi-baloi
Perhatian kepada pengguna iPhone 11, Apple telah pun mengumumkan bahawa terdapat sejumlah kecil skrin paparan pada model telefon tersebut tidak beroperasi dengan baik disebabkan oleh masalah dengan model yang melibatkan paparan.
Menurut apple.com, iPhone 11 yang terlibat adalah yang dikeluarkan pada November 2019 hingga Mei 2020. Korang boleh menyemak sama ada memiliki iPhone 11 dengan skrin bermasalah itu di laman web mereka dengan hanya memasukkan nombor siri iPhone 11 korang. Program jaminan antarabangsa tidak tertakluk kepada liputan jaminan standard iPhone.
Kredit foto: machines.com.my
Namun begitu, tidak semua negara atau kawasan yang boleh menebus gantian skrin ini, tetapi Apple akan menggembalikan wang korang jika sudah membaiki atau menggantikan skrin sendiri, jika ia terlibat dalam isu kerosakan ini.
Program ini merangkumi peranti iPhone 11 yang terjejas dalam tempoh 2 tahun pengeluaran selepas penjualan unit pertama.
Kredit foto: machines.com.my
Okay guys, kalau korang penguna iPhone 11 ni bolehlah buat semakan di apple.com. Tapi, jangan pula skrin handphone korang dah memang cracked nak pergi tebus ganti pula. Memang tak dapatlah. Hiks!
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Roboticist Malaysia FTC Nusantara mencipta sejarah apabila meraih Inspire Award Tempat Ketiga di FTC Nusantara 2025/26, membuktikan keupayaan pelajar tempatan di pentas antarabangsa.