Cara Daftar RFID Touch n Go Ewallet Secara Percuma, Rugi Tak Buat Sekarang

Share

Dari tahun lepas rasanya kita dah dengar tentang sistem RFID ni. Dengarnya, sistem ini lebih cekap dan canggih daripada perkhidmatan Touch n Go dan SmartTAG.

Pengguna hanya perlu memasang tag khas pada kenderaan dan melalui plaza tol tanpa perlu perlahankan kereta atau berhenti sepenuhnya. RFID ni bertindak seperti pengimbas barcode jarak jauh yang menggunakan scanner

pada pintu gerbang tol.

Ala, mesti korang dah pernah nampak kan sebab ada beberapa tol yang dah jalankan pilot test untuk sistem RFID ini.

Fyi, pendaftaran telah pun dibuka dan buat masa sekarang, ia adalah percuma. Apa lagi gaiss, cepatlah mendaftar.

Macam mana nak buat? Korang boleh register di www.touchngo.com.my. Selepas pendaftaran, korang akan terima email untuk daftar kenderaan dan lengkapkan maklumat peribadi. Jangan lupa untuk download aplikasi Touch n Go Ewallet juga.

Selesai saja proses pendaftaran, korang boleh book mana-mana RFID center yang berdekatan untuk mendapatkan pelekat pada kereta. Bawa salinan kad pengenalan dan geran kereta semasa membuat urusan.

Mudah je kan?

Antara highway yang sudah mempunyai sistem RFID ini adalah seperti berikut:

Korang yang menetap di Lembah Klang tu rugi kalau tak buat. Boleh jimat masa atas jalan raya wey!

IKLAN