Cara Buat Resume Guna Aplikasi Di Telefon Pintar, Lebih Mudah & Cepat

Share

Perkara pertama yang perlu diambil kira sebelum mencari pekerjaan adalah dengan mempersiapkan resume lengkap sebagai rujukan oleh bakal majikan.

Resume merupakan ‘first impression’ yang diberikan kepada bakal majikan kepada calon pekerja dan kerana itu juga, korang perlu menyediakan resume yang lengkap dan kemas untuk menarik perhatian syarikat-syarikat berkenaan.

Jika dulu mungkin kita memerlukan komputer untuk menyediakan resume ini, sekarang semuanya sudah mudah hanya dihujung jari. Dengan menggunakan telefon pintar sahaja korang boleh membuat resume dengan mudah.

Bagaimana caranya? Jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @shahrilfadzlyn.

@shahrilfadzlyn Nak buat resume tapi tak ada laptop? Say no more #tutorial #kerja ♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

1. Download aplikasi Resume Builder App, CV maker

2. Tekan ‘Create’

3. Isikan maklumat peribadi korang dan pilih gambar yang sesuai

4. Kemudian, klik view ‘CV’

5. Pilih template design yang korang mahu

6. Selepas itu, tekan zoom untuk lihat semula hasilnya

7. Kalau semua dah okay, tekan saja download

7. Siap!

Korang juga boleh save sebagai fail PDF dan print. Mudah sahaja kan? Ramai juga warganet yang telah mencuba cara ini dan mengatakan ia memang sangat mudah tak sampai 30 minit ntuk menyiapkannya.

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN