Cantiknya! Selain Pavilion KL, Lihat 4 Lagi Kota Fesyen Untuk Hiasan Krismas DIOR

Share

 

Peminat fesyen di Kuala Lumpur boleh menganggap diri mereka bertuah apabila Kuala Lumpur menjadi SATU-SATUNYA ibu negara di rantau Asia Tenggara pilihan jenama fesyen antarabangsa, Dior.

Sempana musim perayaan Natal tidak lama lagi, Dior telah memilih Pavilion Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi hiasan krismas mereka di seluruh dunia. Malaysia mungkin sekali mendapat ‘treatment’ istimewa ini disebabkan cawangan butik Dior yang baru saja dibuka di Pavilion.

Menurut jenama dari Perancis itu, hiasan krismas di pintu utama kompleks membeli belah ini diilhamkan daripada pertunjukan fesyen bagi koleksi Dior Cruise 2021 pada bulan Julai lalu. Motif dan warna hiasan ‘luminarie’ ini diilhamkan daripada motif koleksi tersebut

Sekiranya korang tidak menyambutnya sekalipun, korang tidak dapat menidakkan betapa indahnya hiasan berupa pokok krismas bersaiz mega, motih burung, seranggan & bunga-bungaan serta cahaya hangat daripada hiasan ini.

Untuk pengetahuan, Kuala Lumpur merupakan salah satu dari sebahagian kecil lokasi pilihan Dior pada tahun ini.

Jom lihat kota fesyen mana lagi yang terpilih.

.

.

Rue Saint-Honore di Paris, Perancis

Sumber Foto: Instagram Dior

.

.

Plaza 66 di Shanghai, China

Sumber Foto: Instagram Dior
Sumber Foto: Instagram Dior

.

.

Ginza Six di Tokyo, Jepun

Sumber Foto: Instagram Dior

.

.

Menara 101 di Taipei, Taiwan

Sumber Foto: Instagram Dior

*

*

Hiasan krismas Dior di bandar manakah yang lebih menarik?

IKLAN