Fuh, peminat Normani nampaknya tidak berpuas hati dengan Camila… dan alasan yang diberikan oleh mereka boleh diguna pakai.
Sejak Fifth Harmony (well – it definitely is closer to Forth Harmony at this point) mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada mengeluarkan sebarang projek muzikal dan promosi untuk kumpulan mereka, satu-persatu ahlinya mula mengambil peluang ini untuk melebarkan sayap sebagai penyanyi solo.
Terbaru, Normani telah melakukan kemunculan semula dengan single berjudul Wild Side hasil kolaborasi bersama rapper Cardi B. Ini juga merupakan single terbaru Normani setelah Motivation pada tahun 2019.
Namun, pelancaran tersebut sedikit ‘tercemar’ apabila bekas ahli Fifth Harmony, Camila Cabello pula mengumumkan akan melancarkan single berjudul Don’t Go Yet menerusi ciapan di akaun Twitternya – hanya beberapa jam selepas comeback yang dilakukan oleh Normani.
Ads
Lantas, peminat Normani pantas menuduh Camila cuba untuk membayangi detik penting buat Normani pada Jumaat lalu. Mereka mengkritik kekasih Shawn Mendes itu yang seakan tidak menghormati ‘hari Normani’ dan menyoal mengapa tidak Camila mengumumkan sesuatu pada hari lain saja.
Here is a back story; sekiranya korang tidak begitu familiar dengan situasi tegang yang pernah tercetus di antara Camila dan Normani.
Pada tahun 2019, beberapa kenyataan lama berbaur perkauman yang pernah ditutur Camila kembali muncul di media sosial. Sejurus selepas ia menjadi tular, Camila mengeluarkan permohonan maaf kerana menggunakan perkataan rasis semasa muda.
Ads
Dia mengaku dirinya jahil dan ignorant pada waktu itu; dan kini malu dengan dirinya kerana baru sedar makna di sebalik bahasa rasis yang digunakannya.
Normani yang ditemu ramah oleh Rolling Stone beberapa bulan selepas kontroversi tersebut diminta untuk memberi komen mengenai pertuturan Camila itu.
Katanya, secara jujur dia kecewa apabila mengetahui hal sebegini berlaku daripada ‘seseorang’ yang dianggapnya sebagai selamat dan rapat dengannya. Jika sesiapa daripada kumpulan tersebut berdepan dengan isu perkauman, dia tahu dia akan mempertahankan mereka tanpa berfikir panjang.
Ads
Lalu, untuk Camila mengambil bertahun-tahun lamanya sebelum memohon maaf (setelah ‘terkantoi’ dengan isu lama, may we add) membuatkan Normani musykil sama ada permohonan maaf itu tulen ataupun tidak.
ANYWAY, kembali kepada konflik pengumuman single pada hari yang sama di antara pasukan Normani dan Camila.
Melihat kepada respon yang diterima Camila selepas mengumumkannya Jumaat lalu, mungkin kini dia menyesal dengan keputusan tersebut. Ini kerana ramai yang turut mempersoalkan jika Camila belum ‘move on’ daripada seterunya dari Fifth Harmony itu. Mereka juga menampal pautan video Wild Side di bahagian komen ciapan tersebut.
Ouch.
Oh, kami rindukan detik-detik kemunculan Fifth Harmony. No cat fights, no ugly intentions. Semua pada waktu itu hanyalah tentang impian muzik mereka dan perhubungan sisterhood yang terjalin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah jadi kebiasaan anak muda apabila mereka keluar, pasti ada sahaja gambar OOTD yang akan diambil. Biarpun hanya di tempat ‘biasa-biasa’ sahaja, tapi jika pandai mencari angle yang menarik sudah tentu gambar korang akan jadi luar biasa.
Namun begitu, ada juga individu yang tidak berapa yakin dengan ketinggian mereka. Jadi, sebolehnya mereka ingin dilihat lebih ‘tinggi’ ketika di dalam foto.
Jangan risau guys, sebenarnya ada beberapa teknik fotografi yang boleh menjadikan korang nampak ‘tinggi’. Paling penting, kena tahu angle yang betul. Hiks!
Jom kita lihat antara teknik yang korang boleh follow.
1. Jaga posisi kaki, jangan mencangkung
2. Silangkan kaki seperti dalam gambar
3. Jika bergambar di tangga, elak luruskan kaki
4. Jangan berdiri tegak, sebaliknya buka langkah kaki sedikit
5. Tiru posisi kaki seperti dalam gambar
6. Silangkan kaki sedikit
7. Silangkan kaki seperti dalam gambar
8. Posisi ini juga boleh memperlihatkan korang sedikit tinggi
9. Silang panggung
10. Elak duduk tegak jika bergambar di tangga
11. Jangan mencangkung bila bergambar
12. Posisi sipi dan buka langkah kaki sedikit
Ha, kesimpulannya posisi kaki korang memainkan peranan penting dalam memastikan gambar kelihatan lebih tinggi. Selepas ini, jika mahu berOOTD, bolehlah ikut tip yang dikongsikan ini. Confirm gambar korang meletop!
Jika sebelum ini restoran makanan segera, Burger King Team UK telah mengeluarkan iklan meminta pelanggannya membeli daripada pesaingnya McDonald’s, kini giliran Tourism Malaysia memperlihatkan sokongannya terhadap negara jiran, Singapura.
Tourism Malaysia telah mengeluarkan sebuah poster dengan mengajak warga Kota Singa meneroka negara pulau tersebut susulan pelaksanaan sekatan sempadan akibat penularan COVID-19.
“Seperti Burger King yang tidak pernah menyangka mereka akan mempromosikan Big Mac, kami juga tidak pernah menduga akan meminta anda berbuat begini.
“Tidak pernah terbayang kami akan menggalakkan anda bercuti di Singapura, namun rakan kami dalam industri pelancongan memerlukan sokongan anda pada masa ini. Walaupun kita mengimpikan untuk berjemur di bawah sinaran matahari di Pulau Redang, tidak ada kurangnya berbuat demikian di Sentosa buat masa sekarang”
“Jika anda ingin membantu, mulakan #SingaporRediscovers hari ini”
Sokongan ini turut mendapat perhatian daripada VisitSingapore yang turut meninggalkan komen di laman Facebook Tourism Malaysia.
Semangat kejiranan ini juga disokong oleh rata-rata masyarakat di Malaysia dan Singapura yang masing-masing turut memberi semangat dan mendoakan agar pandemik COVID-19 berakhir segera.
Kami pasti ramai yang sudah merindui untuk melancong ke luar negara. Namun begitu, dalam situasi seperti ini adalah lebih baik sekiranya kita ‘cuti-cuti’ di negara sendiri dulu. Bukan hanya untuk keselamatan diri sendiri, tetapi ia juga bakal meningkatkan kembali sumber ekonomi negara.
Aktor tampan, Syafiq Kyle mengakui dia seronok dapat menyambut Hari Raya sebagai suami, walaupun masih sedikit kekok beraya di kampung halaman isteri tercintanya yang juga aktres jelita, Mimi Lana.
Pelakon filem popular The Experts itu meluahkan rasa gembira dapat mengenali keluarga besar Mimi sepanjang berada di Taiping, Perak, sempena sambutan Syawal yang pertama mereka bersama sebagai pasangan suami isteri.
Katanya, meskipun berasa sedikit kekok pada tahun pertama, Syafiq tetap gembira dapat beraya di kampung isterinya.
“Saya rasa yang manisnya apabila dapat balik kampung berdua walaupun raya ketiga, bahkan lebih seronok bila tengok dia beraya dengan keluarga.
“Tahun pertama dapat beraya bersama keluarga besar isteri, saya kenal semua anak buah serta bapa saudaranya, menarik,” ujarnya lagi.
Mengenai juadah raya, Syafiq turut berkongsi pengalaman pertama kali menyambut Syawal bersama Mimi, di mana isterinya telah memasak daging dendeng mengikut resipi ibunya.
“Dia masak daging dendeng resipi mak dia tetapi tak masak banyak pun sebab kami berdua sahaja.
“Jadi, semasa raya kedua dah habis. Memang sikit sangat,” kongsinya.
Terdahulu, Syafiq dan Mimi mengejutkan ramai apabila mereka mengesahkan telah bernikah pada Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Majlis pernikahan yang berlangsung di Taiping, Perak, itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan kenalan rapat.
Sebelumnya, mereka dijadualkan untuk bernikah pada 18 Ogos 2023, tetapi majlis tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...