Seramai 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan menjalani norma baharu. Kelainan yang perlu dilakukan oleh calon peperiksaan tahun ini adalah mereka perlu memakai pelitup muka bagi mencegah penularan wabak pandemik COVID-19.
Menurut BERNAMA, bagi menjamin keselamatan calon sepanjang peperiksaan, penyediaan 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dilaksanakan mengikut garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuklah proses disinfeksi dewan peperiksaan.
Pelajar juga perlu menyerahkan borang perisytiharan kesihatan yang lengkap setiap hari sebelum memasuki dewan peperiksaan, selain mengambil suhu badan dan memakai pelitup muka sepanjang menduduki peperiksaan.
Manakala, calon yang didapati positif COVID-19 atau calon yang diarahkan menjalani kuarantin kerana menjadi kontrak rapat tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada hari tersebut.
Mereka perlu menduduki kertas peperiksaan yang dijadualkan semula selepas disahkan sihat oleh doktor yang merawat, disertakan sekali dengan surat pengesahan doktor.
Ads
Calon SPM kali ini juga adalah merupakan kumpulan pelajar yang telah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan yang memaksa mereka beralih pembelajaran secara talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype.
Apa-apa pun kami di Remaja mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon SPM 2020 dan semoga korang terus kuat untuk menjalani dugaan dan ujian sepanjang pandemik. Buktikan bahawa situasi pandemik ini tidak memberi impak kepada kejayaan korang dalam bidang pelajaran.
Sambutan hari ulangtahun kelahiran biasanya diraikan dengan dekorasi kek yang indah bagi menjamu para tetamu yang hadir. Namun, dah jadi trend sekarang apabila muncul pembuat kek yang kreatif dapat menghasilkan pelbagai bentuk dan reka cipta sesuai dengan kehendak pelanggan.
Dapat pula kawan-kawan yang suka menyakat, mahu taknya kek korang nanti macam-macam bentuk jadinya. Hiks!
Terbaru, seorang home baker di Ipoh telah tular di media sosial kerana menghasilkan kek dengan dekorasi cicak atas permintaan pelanggannya.
Perkongsian gambar kek tersebut telah mendapat lebih daripada 12 ribu shares dan 7.2 ribu komen di laman Facebook.
Rata-rata netizen memberikan reaksi mereka di ruangan komen.
Walau bagaimanapun, menurut Halal Foodie, The Slice Ipoh tidak mempunyai sijil halal dan sebahagian kek mengandungi alkohol.
Untuk pelanggan bukan Muslim mungkin tidak ada masalah bagi mereka untuk memesan atau membuat permintaan seperti kek cicak ini. Jadi, tidak perlulah untuk kita timbulkan isu halal atau tidak kerana pelanggan mereka bukan hanya daripada individu yang beragama Islam.
Ujian hidup manusia berbeza-beza. Ada diberi kesenangan hingga tidak tahu hendak ke dapur langsung kerana ada bibik masakkan. Ada pula yang hanya tahu meminta pada mak ayah untuk membeli barang apa diminatinya walau tahu mak ayah kurang berada.
Ada pula terpaksa bekerja mencari wang kerana ketidakmampuan keluarga. Satu perkongsian dari Cikgu Fadli Salleh mengenai kisah seorang pelajar tingkatan lima yang perlu bekerja sebagai pencuci pejabat menggantikan tempat emaknya yang dalam iddah selepas ayahnya meninggal dunia cukup meruntun hati.
Semoga pelajar pintar ini sentiasa dimurahkan rezeki dan berjaya dalam pelajarannya untuk mengubah nasib keluarga di masa depan.
Baca perkongsian Cikgu Fadli.
Aku mendapat berita, ada seorang pelajar tingkatan 5 bekerja sebagai cleaner untuk menyara keluarga.
Terkejut aku mendengar kes ini tiga hari lepas. Lebih mengejutkan, pelajar itu merupakan pelajar harapan sekolah. Murid bijak dan pandai.
Terus aku pergi ziarah ke rumah pelajar tersebut keesokan harinya. Aku nak tahu apa cerita sebenar. Kenapa sampai pelajar ini kena kerja? Di mana ayah? Di mana ibu?
Sebaik sampai, aku dijemput masuk. Kelihatan seorang wanita duduk dilantai dikelilingi 3 orang anak perempuannya. Maka cerita pun dibuka…
Ayah baru meninggal
Keluarga ini baru sahaja kematian ayah mereka yang tercinta minggu lepas. Sebelum ini ayahnya kerja sebagai driver teksi. Boleh la untuk menyara keluarga, bayar sewa rumah dan sebagainya.
Suaminya ada macam-macam penyakit. Dan sejak tahun lepas penyakitnya makin teruk. Kesihatan makin merosot. Tidak boleh bawa teksi macam biasa. Dan akhirnya teksi pun kena tarik akibat tak mampu bayar sewa bulanan.
Terlantar ayah di rumah sementara ibu pula menggalas tugas mencari rezeki untuk keluarga. Dia bekerja sebagai cleaner di sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur.
Dan hari Rabu minggu lepas, si ayah dijemput Tuhan ke negeri abadi. Dalam keadaan masih berkabung, si ibu yang masih dalam iddah, majikan memberi kata dua.
Jika lama tak datang kerja, dia terpaksa buang si ibu.
Tawar diri ganti tempat mak
Termenunglah si ibu. Dia masih dalam iddah. Suami pula baru meninggal. Kejutan dan sedih masih belum hilang, kini satu-satunya sumber kewangan keluarga pula terancam.
Melihat ibunya buntu, anak sulung ini menawarkan diri,
"Tak apa mak. Sementara mak dalam tempoh iddah, sementara mak belum cukup kuat, biar kakak ganti mak kerja cleaner tu.
Kakak akan pergi setiap hari sama macam mak kerja. Kakak akan kerja ganti mak dulu agar mak tidak dibuang kerja".
Aku sangat terkesan mendengar kisah ini. Pelajar harapan yang sepatutnya belajar terpaksa menggantikan ibunya bekerja sebagai cleaner setelah kematian bapa.
Sebesar itu sudah menggalas tanggungjawab yang sangat besar dan berat. Tanpa bertangguh, aku hubungi pegawai Lembaga Zakat Selangor bercerita tentang kes ini. Semua maklumat seperti nombor telefon, alamat dan ic mereka aku hantar pada pegawai zakat.
Lembaga Zakat turun bantu
Esoknya juga pegawai zakat datang ke rumah mereka. Tolong isikan borang semua untuk mereka dapatkan hak yang sepatutnya mereka dapat.
Bantuan sewa rumah akan diberi, bantuan pakaian sekolah juga akan diberi setahun sekali dan mungkin ada bantuan pendidikan juga untuk anak-anak yatim ini.
Alhamdulillah. Lega sungguh aku bila semuanya selesai. Kawan-kawan…
Kita rasa kita cukup susah dan tersepit. Kita sering mengeluh tentang sukarnya sebuah kehidupan.
Namun diluar sana, ada anak yatim tingkatan lima keluar bekerja sebagai cleaner untuk menyara keluarga.
Menggalas tanggungjawab orang dewasa sebelum usia.
Tenang sahaja aku lihat keluarga ini. Anak-anak semua bertudung labuh. Wajah mereka bersih dan senyum sentiasa terukir seolahnya tiada apa masalah pun.
Jika kita masih punya suami/isteri, syukurlah.
Jika kita masih punya kerja, syukurlah.
Jika masih ada makanan di dapur, masih ada baki wang di bank walau tidak sebanyak mana, terus bersyukur.
Gandakan usaha, kurangkan mengeluh. Kerana diluar sana ramai sangat orang jauh lebih besar ujian mereka.
Aku nak bantu semua orang, tak mampu. Tenaga aku terhad. Masa aku terhad. Dana aku terhad.
Sama-sama kita bantu orang sekeliling kita. Pakat bertanya khabar, sering peduli dengan orang sekitar.
Begitulah. Jika ada antara kalian ingin mengirim sumbangan melalui kami, ini maklumat ya.
Nombor akaun : 564221646925 Bank : Maybank Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Rasanya semalam tepat jam 12 tengah malam ramai yang dah memegang handphone untuk menunggu detik 11.11 bagi mendapatkan diskaun jualan yang ‘gila’gila’ di kebanyakan website seluruh negara.
Dah puas membeli-belah barangan keperluan peribadi, hari ini masanya korang cari makan kerana banyak restoran terkemuka yang turut tidak ketinggalan untuk memberikan diskaun hebat sempena 11.11.
Jom kita semak antara diskaun yang korang boleh perolehi hari ini.
1. Starbucks
Nikmati minuman Starbucks bersaiz grande dengan hanya berharga RM11
2. KFC
Bagi yang suka makan fast food, KFC juga menawarkan promosi berbaloi untuk tiga combo meal mereka iaitu 2-pc Combo, Zinger Classic Combo dan 1-pc Rice Combo
3. llaollao
Muat turun anniversary voucher dan nikmati diskaun hebat
4. Baskin Robins
One day only, cepat grab!
Single Junior scoop berharga RM2.50 dengan belian voucher di Lazada
Aliff Satar kongsi momen menyentuh hati apabila melihat seorang remaja membaca Al-Quran pada jam 3 pagi di Masjid Saidina Umar Al Khattab ketika 10 malam terakhir Ramadan.