Cadang Remaja Guna Motosikal 70cc Ke Bawah Elak Kemalangan, Setuju Atau Tidak?

Share

Motosikal kini dianggap antara pengangkutan utama pelajar berulang alik ke sekolah mungkin salah satu faktor penggunaan minyak yang menjimatkan. Namun, kadar kemalangan melibatkan remaja yang makin meningkat saban tahun membimbangkan semua pihak.

Mencari penyelesaian ini, Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin telah mengusulkan kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Kementerian Pengangkutan supaya remaja berusia 16 hingga 20 tahun hanya dibenarkan menunggang motosikal di bawah 70cc menjelang 2025.

Sumber Gambar : Facebook Polis Diraja Malaysia

Hal ini juga kerana kesukaran polis membendung amalan rempit di seluruh negara, beliau menyifatkan model kapcai yang dijual di pasaran sebagai sumber yang mendorong kehancuran generasi muda.

Motor Idaman Remaja

Semestinya generasi ini gemarkan cabaran lasak mahupun kelajuan, difahamkan model yang sering menjadi pilihan dan idaman para remaja adalah model Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali dengan nama Ysuku yang mampu mencapai kelajuan sehingga 160km/j.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini pernah ada cadangan memansuhkan penggunaan motosikal berkuasa rendah dibangkitkan sejak 13 tahun lalu. Apabila pada tahun 2007, mendiang presiden Persatuan Pengguna Pulau Pulau (CAP), SM Mohamed Idris menggesa kerajaan hanya membenarkan penunggang motosikal berusia 17 hingga 21 tahun menunggang motosikal berkuasa 70cc dan ke bawah.

Berdasarkan cadangan yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin, adakah anda bersetuju sekiranya anak remaja pada tahun 2025 hanya dibenarkan menunggang motosikal 70cc dan ke bawah bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Tapi betul ke kalau kurangkan cc motosikal dapat mengurangkan kadar kemalangan??

So apa pendapat korang sebagai seorang remaja. Setuju tak dengan cadangan ini?

Sumber : FMT 

IKLAN