Burger ‘Zero Chicken’ KFC Cetus Perdebatan : Ada Suka, Ada Tak Boleh Terima

Share

 

Serahkan saja kepada pakar ayam goreng, KFC untuk memperkenalkan sesuatu yang akan menjadi bualan masyarakat Malaysia sehingga mencetuskan perdebatan!

Menu baharu restoran makanan ringan itu baru-baru ini telahpun melancarkan burger bernama Zero Chicken.

Ia adalah sesuatu yang belum pernah lagi dilakukan oleh KFC. Dengan kolaborasi jenama ‘pengganti daging’ iaitu Quorn, mereka mencuba menyediakan burger berasaskan tumbuhan.

Burger ini bagaimanapun tidak haruslah disalah erti sebagai menu vegetarian. Ini kerana ia masih disediakan menggunakan peralatan memasak yang sama di dapur KFC.

So, kalau tiada bahan ayam seperti biasa, apa je yang ada pada burger ini?

Ia menggunakan patty halal tanpa daging yang disalut dengan adunan 11 rempah rahsia dan digoreng sehingga perang keemasan seperti biasa.

Ia kemudian dilimpahi sos Spicy BB1 dan mayonis, kepingan keju, salad cincang dan kepingan bun bijan seperti biasa.

Biarpun tanpa daging padat dengan herba, KFC mendakwa ia masih terasa sedap seperti burger ayam. Really?

 

Netizen Has Spoken..

Tinjauan REMAJA terhadap respon mereka yang telahpun mencuba burger Zero Chicken ini mendapati masyarakat seakan terbahagi dua.

Satu puak di media sosial menggemarinya dan merasakan ia tepat dengan citarasa mereka.

@amaninanisa berkata, “Not bad at all. In fact ini boleh jadi burger kegemaran baru saya. Kalau ini adalah cara makanan disediakan pada masa akan datang, saya tak kisah.”

Sementara itu @ladyczarczar berpendapat ia sesedap menu Cereal Chicken yang diperkenalkan KFC baru-baru ini. “Ini pun sedap juga, banyak menu baru yang bagus dari KFC sekarang. Siapa yang tak makan haiwan boleh cuba. Dan chilli poppers mereka adalah satu kemestian!”

@_umaraziz memberikan pujian menggunung dan, “..honestly want more of this oover other chicken burger from othr brands.”

Malah ada juga yang menyamakan rasa patty seperti tempe! Yeke sis?

Tapi..

On the other hand, satu puak lagi merasakan burger Zero Chicken ini tidaklah terlalu istimewa seperti yang dicanang.

@MrEmo86 sebagai contoh berpendapat rasanya mirip Fillet O-Fish keluaran restoran McDonald’s.

”Burger ini mendapat rating 5/10 daripada saya, saya tidak faham dengan rasanya,” ciap @itsNadiaNawi pula.

Seperti @YousofTahir, ramai yang tidak memahami apakah fungsi burger ini jika ia bukannya burger vegetarian sepenuhnya. “Find it weird that KFC released a burger which is not made of meat but it is also not vegan. What is the point?”

 

Remaja Pula Rasakan..

Jujurnya, penulis baru saja berkesempatan untuk mencubanya hari ini dan merasakan burger Zero Chicken ini..

..hanya sekadar sesuai dicuba untuk kali pertama saja.

Do not get me wrong, penulis memuji percubaan idea KFC di luar kotak ini. Namun, harga saja membuatkan penulis lebih memilih untuk membeli burger Zinger yang lebih murah dan sentiasa memberikan kepuasan kepada lidah.

Seperkara lagi, seharusnya peluang untuk memperkenalkan burger vegetarian sebenar tidak dibazirkan begitu saja oleh KFC.

Tahu tak berapa ramai rakyat Malaysia yang semakin memilih gaya hidup pemakanan yang lebih sihat dan ini mungkin boleh menjadi satu produk terbaru yang akan menjadi makanan ‘staple’ mereka selepas ini.

Apapun, burger Zero Chicken ini hanya akan dijual bagi tempoh waktu terhad dan sementara masih ada stok saja. Ia tidak akan berada di KFC untuk selamanya. Jadi pihak KFC mungkin boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan menu vegetarian selepas ini berdasarkan respon orang ramai.

Bagi korang yang belum mencuba burger Zero Chicken, korang boleh membelinya di KFC seluruh negara bermula dari harga RM12.99 (ala carte).

IKLAN