
OMG tahniah!
Ibarat mengambil keberkatan penghulu segala hari, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama. Menerusi muat naik di Instagram Ernie dan juga Syamil sebentar tadi, pasangan penyanyi bersuara lunak itu telahpun berkongsi gambar memegang buku ‘pink’ rekod ibu dan bayi.

Keduanya pasangan ini, menulis kapsyen ringkas dengan mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas rezeki yang diberikan kepada mereka. Pasangan ini juga memohon agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Untuk info pasangan ini selamat diijabkabul pada Mac lepas, ramai yang membuat spekulasi bahawa Erni Zakri sedang berbadan dua kerana makin nampak berseri-seri seperti seri ibu hamil.

Selepas beberapa ketika bermain teka-teki, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi menerusi perkongsian ini.
Seperti dijangka, muat naik tersebut mendapat ucapan tahniah dan doa yang baik-baik daripada para peminat dan rakan artis.

Apa yang pasti, pasangan ini cukup sweet di mata kami dan tahniah kami ucapkan buat Ernie Zakri dan Syamel!
Sumber: Instagram Ernie Zakri, Syamel
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Thariq Ridzuwan: His Treasure, Episod Pembukaan Penuh Konflik, Cinta & Rahsia Lama!

Astro kembali menyajikan satu lagi karya eksklusif yang cukup dinanti-nantikan iaitu Thariq Ridzuwan: His Treasure, sebuah drama adaptasi daripada novel sensasi dengan lebih 10 juta bacaan.
Sarat dengan emosi, cinta, kesetiaan dan dendam, Thariq Ridzuwan: His Treasure sememangnya menjanjikan jalan cerita yang mendebarkan dan menyentuh hati.
Bersandarkan kekuatan plot dan barisan pelakon muda berbakat seperti Meerqeen dan Qasrina Karim selaku teraju utama, Thariq Ridzuwan: His Treasure turut menampilkan para pelakon yang semakin meningkat naik seperti Evertts Gomes, Noki K-Clique, Mia Sara Shauki, Thompson Goh, Darien Aeldra, Jay Iskandar, Ezlisa Loy dan ramai lagi.

Episod 1: Misi Menyelamat & Luka Lama Terbongkar
Dalam episod pilot drama bersiri ini, penonton diperkenalkan dengan jejaka bernama Thariq Ridzuwan (Meerqeen), seorang lelaki yang sedang menjalankan misi menyelamatkan kanak-kanak yang diculik.
Thariq menerima satu panggilan telefon mengejutkan yang memaklumkan bahawa Husniya Radwa (Qasrina Karim), wanita yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya kini bakal dipaksa berkahwin pada hari yang sama.


Radwa yang sering menjadi mangsa dera ibunya kini terperangkap di dalam bilik dan tidak mampu melarikan diri daripada perkahwinan paksa berkenaan.
Sebagai hero di hati Radwa, Thariq bertindak pantas menamatkan misinya sebelum bergegas ke rumah Radwa dan berjaya menyelamatkannya.
Walaupun lega, Radwa masih menyimpan luka lama. Penonton mendapat tahu bahawa Radwa masih menyimpan rasa marah terhadap Thariq disebabkan satu peristiwa pahit yang berlaku lima tahun lalu. Adakah dia mampu memaafkan lelaki yang pernah melukakan hatinya?
The emotions is emotioning man.. Love me a male actor who can cry & emote.. Like bro you slayed.. & gurl, i wish i could smack Thariq for you.. HOW DARE HE DO THIS TO YOU MY LITTLE CUPCAKE RADWA!!! Qas made me feel like i got dumped 😭😭#ThariqRidzuwanHisTreasure pic.twitter.com/VO4v7mVBin
— 경수친구 (@dyoramine) July 23, 2025
Episod 2: Bila ‘Hero’ Muncul Lagi dan Lagi…
Radwa mula rimas apabila Thariq sekali lagi muncul untuk menyelamatkannya!
Kali ini, Radwa menjadi mangsa prank rakan-rakan sekolah lama mereka pula. Lebih mengejutkan, insiden itu berlaku di hotel milik keluarga Thariq. Haih, selalu menjadi mangsa ya Radwa.
Radwa terus mempersoalkan kehadiran Thariq semula dalam hidupnya dan niat lelaki tersebut terhadap. Bagi Radwa, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak lagi memerlukan pertolongan daripada Thariq.


Tanpa pengetahuan Radwa, Thariq sebenarnya telah menyelesaikan pelbagai masalah yang pernah dia hadapi secara senyap; termasuklah isu saman bekas tunang Radwa yang didakwa telah melarikan diri pada hari perkahwinan mereka.
Pendirian seorang hero dalam diri Thariq tidak terhenti di situ sahaja apabila dia terus berada di sisi Radwa dan menangani satu demi satu masalah yang menghantui hidup gadis itu.
Hati Radwa mula terbuka sedikit demi sedikit sehinggalah Thariq akhirnya membuat satu langkah berani dengan dia melamar Radwa. *Cue jeritan penonton di rumah!*

Dengan jalan cerita yang menyentuh emosi dan penuh konflik dalaman di antara watak-watak yang diperkenalkan setakat ini, Thariq Ridzuwan: His Treasure bukan sekadar drama cinta biasa. Ia adalah kisah dua jiwa yang terikat oleh sejarah silam dan masing-masing cuba memperbaiki luka demi membina masa depan bersama.
Nantikan episod-episod seterusnya pada setiap hari Rabu dan Khamis di Astro One, Astro Ria (saluran 104) dan sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari RM300 Ke RM900 Sebulan, Elaun Internship Akhirnya Diluluskan

Nampak nasib pelajar pelatih yang sedang terlibat dengan program latihan industri (internship) di peringkat kerajaan semakin terbela dalam tempoh sebulan.
Pada akhir Julai lalu, menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengesahkan bahawa kabinet telah meluluskan kewajiban bayaran kepada pelajar pelatih atau interns di kesemua kementerian, agensi dan jabatan kerajaan.
BACA: Bukan Lagi Sekadar Pembuat Kopi, Pelajar Internship Kerajaan Akan Mula Dibayar Elaun
Tidak sampai sebulan, semalam beliau telah mengumumkan kadar elaun intern melalui video di akaun media sosial miliknya.
Alhamdulillah. Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar allowance #PaidInternship di Kementerian/Agensi/Jabatan, dari RM300 ke ~RM900 (RM5 setiap jam). We did it!
Berkuatkuasa pada 1 September 2019. #YouthPower pic.twitter.com/4cSbIJDnSS— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 15, 2019
Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun intern dari RM300 (sedia ada) ke RM900 sebulan, ataupun RM5 setiap jam. Secara tak langsung, itu bermakna elaun yang diberi dinaikkan 3 kali ganda daripada jumlah sedia ada!
Huntung lerr..
Kadar tersebut dipersetujui setelah kerajaan menyemak kepentingan elaun kepada pelajar terutamanya pelajar yang berasal daripada keluarga B40 (berpendapatan 40 peratus terendah) serta keluarga M40 (berpendapatan 40 peratus pertengahan).

Ini bagi membantu keperluan mereka menyara kehidupan di bandar dari segi sewa tempat tinggal, makan minum, keperluan asas, pengangkutan ke tempat kerja dan sebagainya.
Dengan penguatkuasaan elaun baru ini bermula 1 September 2019, ramai pelajar di media sosial yang menyaran agar syarikat swasta turut mengikut langkah yang diambil oleh kerajaan.
Antaranya..



Amacam syarikat swasta?
The ball is in your court..
Apapun, REMAJA gembira dengan perkembangan ‘pembelaan pelajar’ terbaru ini. Diharap prestasi korang bekerja pun setimpal lah dengan elaun yang diberi. Jangan sekadar mengharapkan kerja diberi sambil duduk berlengang je..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Selebriti Popular Ini Pernah Hidup Susah Dan Dibesarkan Dalam Keluarga Miskin

Kehidupan para selebriti sebelum mengecapi populariti dan kemahsyuran sebenarnya sama seperti kita semua. Tidak semua perjalanan mereka semudah yang kita sangka.
Berikut merupakan antara 10 selebriti yang dibesarkan dalam keluarga susah.
Justin Bieber

Seperti yang ramai tahu, Justin Bieber berasal dari Kanada berasal dari keluarga yang miskin. Tinggal bersama ibunya, Pattie Mallette, Justin mengaku rumahnya sangat kotor sehingga terpaksa pasang banyak perangkap tikus.
“Rumah saya memang sangat kotor. Kami pasang banyak perangkap tikus di seluruh bahagian kerana banyak sangat tikus. Saya tidak ada katil, saya cuma tidur di sofa katol biru di bilik saya.”
Selena Gomez

Selena berkongsi ibunya mengandungkannya ketika berusia 16 tahun. Ketika itu, ibunya melakukan 3 pekerjaan dalam satu masa bagi menyara keluarga mereka. Memori yang masih segar dalam ingatannya adalah, ibunya membeli gas dan membeli makanan murah seperti Kraft Dinner.
Park Shin Hye

Selebriti ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke Seoul dan turut mendapat sokongan ibu bapanya yang berkorban meninggalkan tempat asal mereka. Walaupun keluarganya mempunyai masalah kewangan, namun mereka tetap berkeras untuk sama-sama bersusah-payah dengan anak perempuannya menjalani kehidupan di bandar Seoul.
Han So Hee

Siapa sangka heroin drama ‘Nevertheless’ ini juga bergelut dengan kehidupan susah sebelum bergelar selebriti. Ketika Han So Hee berpindah ke Seoul untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan, dia hanya mempunyai wang sebanyak 300,000 KRW (RM1,059). Dia bekerja di sebuah bar selama lebih dari setahun dan berjuang untuk mendapatkan apa yang dia perolehi sekarang.
IU

Diuji dengan kesusahan sejak zaman kanak-kanak lagi, keluarga IU ditimpa dengan hutang yang banyak sehinggakan dia dan adiknya terpaksa tinggal bersama nenek mereka. IU dan adiknya hidup dalam keadaan kemiskinan untuk beberapa ketika kerana kediaman mereka pernah dipenuhi oleh lipas.
Park Bo Gum

Selebriti Korea ini menghadapi kesukaran di saat bermulanya kerjaya sebagai anak seni kerana dia telah diisytihar muflis seawal usia 22 tahun. Ayahnya telah meminjam wang daripada pihak pinjaman dan mendaftarkan nama Park Bo Gum sebagai pejamin pada ketika itu.
Setelah debutnya, Park Bo Gum mula mendapat tuntutan untuk melunaskan hutang yang telah meningkat secara mendadak disebabkan oleh interest.
Rain (Jung Ji Hoon)

Sejak kecil lagi personaliti ini harus menanggung banyak kesulitan hidup. Dia pernah kelaparan selama beberapa hari disebabkan tiada makanan di rumah. Kesihatan ibu Rain semakin teruk pada ketika itu kerana keluarga tidak mampu untuk membeli ubat dan ibunya telah meninggal dunia pada tahun 2000 selepas beberapa tahun kemunculannya dalam industry hiburan.
Leonardo DiCaprio

Bintang utama filem “Titanic” ini pernah berkongsi kisah hidupnya iaitu membesar dalam keluarga dan persekitaran yang miskin. Disebabkan oleh faktor itu, dia berjanji untuk berusaha keras untuk mengubah nasib hidupnya.
Jadi itulah kisah kehidupan selebriti yang pernah hidup dalam kemiskinan. Yang penting usaha dan tekad untuk berubah membuatkan mereka berjaya sehingga sekarang.
Eminem

Eminem dibesarkan oleh ibunya secara bersendirian di Detroit. Kehidupan keluarganya yang huru hara menyebabkan dia berhenti sekolah. Walaupun berhenti sekolah pada usia yang muda, Eminem kini menjadi rapper yang terkenal sejak menandatangani kontrak dengan Dr. Dre pada tahun 1998.
Kumpulan Zero

Terdiri daripada tiga orang adik beradik iaitu Atu, Sharif dan Syaiful. Tiga beradik yang berasal dari Kudat, Sabah ini merupakan anak kepada seorang nelayan dan suri rumah. Mereka melalui kehidupan sebagai ‘anak laut’ sebelum bergelar artis. Nasib mereka mula berubah setelah menyertai Raja Lawak pada tahun 2012 dan kemudiannya menjuarai Maharaja Lawak Mega pada tahun 2014.
Mungkin selama ini kita sering melihat kehidupan dan gaya hidup selebriti popular yang mewah, namun tidak semua orang tahu disebalik kehidupan lampau mereka. Benarlah kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Kalau tidak betul-betul berusaha masa kan seseorang itu boleh berjaya bukan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

