Begitulah perumpaan paling tepat untuk bercakap mengenai situasi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sekarang.
Bencana banjir yang kini melanda beberapa negeri masih pada tahap kritikal memandangkan air yang naik mendadak menyebabkan orang ramai tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing. Lalu apabila melihat kisah rakyat yang berdepan kepayahan hidup sekarang, ramai yang tampil dengan hati yang ikhlas untuk menghulurkan bantuan.
Ini dapat dilihat menerusi hantaran seorang pengguna Facebook bernama Helmi Erdy yang telah menangkap layar (screenshot ) kompilasi perkongsian warganet di media sosial mengenai bantuan yang dihulurkan orang ramai.
Perkongsian ini jelas menunjukkan bertapa prihatinnya rakyat Malaysia dalam soal membantu tanpa mengenal perbezaan di antara kita. Memang terharu dibuatnya!
Inisiatif badan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan pihak berkuasa sememangnya harus dipuji apabila semua pihak sama-sama berganding bahu memberi bantuan.
Paling mendapat perhatian adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Azwan. Dia dilaporkan sanggup datang dari Melaka dengan memandu Perodua Viva yang membawa bot persendirian demi membantu mangsa banjir!
Perkongsian yang dibuat oleh akaun Twitter yang dikenali sebagai @KulupKudin bertukar tular apabila dia memuat naik foto Abang Azwan yang gigih membawa botnya di bahagian atas kereta.
Jom lihat beberapa lagi perkongsian yang menunjukkan pelbagai pihak yang sudi berkongsi bantuan kepada yang terjejas. Macam-macam bantuan dihulurkan. Tak percaya? Jom lihat di bawah:
Ads
Ads
Ads
*
*
Biarpun bencana banjir pada tahun ini merupakan satu ujian besar bagi rakyat Malaysia, ia juga secara tidak langsung menjadi bukti kepada semangat kebersamaan dan kasih sayang masyarakat tempatan terhadap golongan yang terkesan, khususnya dalam kalangan warga Lembah Klang.
Semoga bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa terjejas.
REMAJA percaya ramai lagi yang telah tampil menghulurkan bantuan. Contoh di atas ini hanyalah sebahagian daripada kelompok yang lebih besar. #KitaJagaKita kan, syabas semua!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tatkala pelajar Tingkatan Lima di seluruh negara sedang berusaha memberikan 100 peratus konsentrasi terhadap kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mereka duduki sejak Isnin lalu, seorang calon peperiksaan berdepan dengan ujian berganda apabila ayahnya menemui ajal pada hari ini.
Muhammad Haikal Iskandar, 18 menerima perkhabaran menyedihkan itu semasa berada di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Chemor Perak.
Dalam satu muat naik di akaun Facebook Badariah Mohd Mohaidin, van jenazah singgah sebentar ke kawasan sekolah sekitar jam 10 pagi tadi untuk memberi peluang kepada Haikal bertemu arwah ayahnya itu buat kali terakhir dan memberikan penghormatan kepada arwah.
Suasana pilu jelas kelihatan menerusi foto-foto yang dikongsikan olehnya. Tambahan pula apabila Haikal perlu kekal berada di sekolah bagi menjawab subjek Sejarah kertas 2 yang dijadualkan pada hari ini.
“Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Muhammad Haikal untuk menjawab SPM..”
Video berdurasi 57 saat itu cukup menyayat hati apabila Haikal melihat wajah ayahnya itu di dalam van jenazah.
Dalam pada itu, warganet turut mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan salam takziah dan menyedekahkan surah Al-Fatihah buat bapanya.
Mereka turut berharap agar pelajar tersebut dapat melalui baki kertas peperiksaan sepanjang tempoh sebulan ini dengan tenang.
Malah ada yang teringat akan peristiwa mirip ini yang pernah menimpa mereka satu ketika dahulu semasa bergelar pelajar.Salam takziah REMAJA ucapkan kepada Muhammad Haikal.
Selama 12 tahun berkecimpung dalam industri seni lakonan, baru tahun ini (2020) dirinya ditemui dan bersinar di pentas lakonan
Drama bergenre ‘youth rom-com’ kini kian popular di Malaysia, kalau korang tengok drama ‘Start-Up’ ni mesti jatuh hati dek watak Han Ji-pyung yang mempersonakan selain penonton yang turut dijangkiti ‘sindrom watak kedua’ kerananya.
Seperti yang anda ketahui, Han Ji-pyung adalah merupakan penulis surat sebenar buat Dal-mi (Suzy) dan bukannya Nam Do-san (Nam Joo-hyuk). Pun begitu, rahsia yang berbelas tahun tersimpan rapi akhirnya terbongkar dan membuatkan Dal-mi merasakan bahawa segala yang dilaluinya hanyalah palsu semata-mata.
Mula Debut Pada 2009
Aktor tinggi lampai ini mula debut pada tahun 2009 ketika dirinya berusia 24 tahun, di bawah syarikat SY Entertainment.
Pada awal perjalanan Kim Seon Ho, dirinya terlibat dalam beberapa teater muzikal dan perlahan-lahan mengasah bakat lakonannya menerusi lakonan dalam teater muzikal tersebut.
.
Ini antara teater muzikal lakonan Kim Seon Ho:
New Boeing Boeing
Sherlock
True West
Voice of Millenium
Closer
Mula Kelihatan Di Televisyen Pada 2017
Meski dirinya debut pada tahun 2009, Seon Ho mula kelihatan di kaca televisyen pada tahun 2017 dengan bergiat aktif dalam program realiti dan juga beberapa drama lain.
Antara drama yang menaikan nama Seon Ho pada tahun 2017 adalah:
Good Manager
Strongest Delivery Man
Two Cops
Antara program realiti Seon Ho terlibat:
2 Days and 1 Night
.
Berikut antara drama-drama dan filem yang Seon Ho pernah terlibat:
2018 – Your House Helper
2018 – 100 Days My Prince
2018 – Feel Good To Die
2018 – You Drive Me Crazy (filem)
2019 – Welcome To Waikiki 2
2019 – Catch The Ghost
2020 – Find Me In Your Memory
2020 – Start Up
Drama ‘Start Up’, Naikkan Semula Nama Seon Ho
.
Tak dapat disangkal bahawa Kim Seon-ho kini merupakan pelakon yang sering meniti di bibir peminat penonton K-Drama, bukan sahaja sebab kacak namun bakat lakonannya yang hebat
Hebat betul Kim Seon-ho! Tapi memang layak pun dia popular kan? Pandai berlakon, kacak lagi. Pakej penuh! Penulis suka betul senyuman dan lesung pipit dia! hiks
Kegembiraan selepas habis kertas SPM yang terakhir memang tidak boleh dinafikan. Yelah setelah bertahun-tahun bersekolah dan menanggung beban dibahu akhirnya berakhir di dewan SPM.
Jika minggu lalu, viral di media sosial gambar dua pelajar sekolah yang dipercayai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru selesai menduduki peperiksaan menunggang motosikal dengan pakaian sekolah di bahagian belakang ditulis dengan kata-kata kesat terhadap guru.
Gambar Hiasan
Tapi lain pula tindakan yang dilakukan oleh pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi. Mereka melakukan sujud syukur beramai-ramai selepas selesai menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menyentuh hati para guru dan orang ramai.
Melalui perkongsian guru yang dikenali sebagai Hafizi Amran dilaman sosialnya, beliau menzahirkan rasa bangga melihat cara pelajar MTD ni menamatkan peperiksaan akhir SPM dengan sujud syukur.
Permandangan ini begitu menyentuh hati masyarakat. Mereka meraikan hari kegembiraan mereka dengan bersukur dan berterima kasih kepada Tuhan. Difahamkan kegiatan pelajar tersebut adalah bagi meraikan kejayaan mereka selepas menduduki kertas terakhir SPM semalam.
Sebak dan sangat tersentuh. Itulah perasaan bila melihat situasi ini. Putera tersangat berdisiplin dan hormat kami. Senang kami untuk jaga putera ini semua.
Rata-rata netizen juga meninggalkan komen memuji para pelajar ini dan mendoakan yang terbaik di masa akan datang.
Sumber : Facebook Hafizi Amran
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!