Bukan Tindakan Makan Dan Minum, Mufti Perlis Putuskan Ujian Swab Covid-19 Tidak Batalkan Puasa

Share

Kurang lagi 3 hari je lagi, Ramadan bakal menjelang tiba. Kata orang ‘”pejam celik pejam celik” setahun sudah pun berlalu

Namun wabak pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuklah di negara kita, sedikit sebanyak menjadikan Ramadan tahun ini berbeza sedikit dari sebelumnya kerana pelbagai aktiviti harian termasuklah umat Islam tidak dapat lagi menjalankan solat terawih berjemaah di masjid dan tiada bazar Ramadan.

Ada juga kemuskilan dikalangan masyarakat bahawa adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa melakukan test swab Covid-19?

Terbaru, Jawatankuasa Fatwa Perlis terpanggil menjawab persoalan itu dan memutuskan ujian swab yang dilakukan bagi menyaring individu terbabit kes koronavirus (Covid-19) tidak membatalkan puasa bagi orang Islam yang sedang berpuasa.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dua kaedah yang diguna ketika ini oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melakukan ujian berkenaan didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum.

Menurutnya, kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak pada kadar dalaman tertentu didapati bukan tindakan makan dan minum sehingga membatalkan puasa.

Mohd Asri berkata, di dalam al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami sudah menyenaraikan beberapa isu dan mekanisme di dalam bidang perubatan yang diklasifikasikan sebagai tidak membatalkan puasa.

“Ini (perkara tidak membatalkan puasa) termasuk perbuatan memasukkan ‘gastroscope’ (teropong perut) ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya.

So korang yang perlu melakukan ujian Covid-19 ini tak perlu la risau lagi, puasa korang tu tak batal pun.

Sumber : Facebook Jabatan Mufti Negeri Perlis

IKLAN