Bukan Tarik Diri Dalam Dewi Remaja, Che Ta Dedah Kisah 26 Tahun Lalu

Share

Kalau korang tak tahu, figura tinggi lampai, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta merupakan finalis Dewi Remaja 1994/1995.

Menjadi Juri jemputan untuk hari terakhir pencarian Dewi Remaja 2019, Che Ta sempat dedah punca dia tidak sempat ke final dewi remaja 26 tahun yang lalu.

 

‘Saya dah mengenali dewi remaja ni 26 tahun yang lepas. Saya bukan tarik diri tapi disqualify sebab masa tu saya berkahwin bulan lapan dan final dewi remaja bulan sembilan tahun tu. Jadi tak dapat la masuk ke final dewi remaja.

Tapi tak apa lah rezeki ada dimana-mana. Che Ta sempat memberitahu bahawa dewi remaja merupakan pertandingan terakhir yang beliau sertai.’

Nasihat Buat Peserta

Seorang dewi mesti lah konfiden, berketrampilan yang hebat, ada iq. Apapun pun cantik tu subjektif.Pada tahun 2013, Che Ta dijodohkan dengan suami yang 11 tahun lebih muda darinya,iaitu Zain Saidin, mereka  dikurniakan nak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

 

Che Ta sebelum itu pernah berkahwin pada 1995 dan bercerai pada 2003.

IKLAN