Seringkali dalam mana-mana pertandingan ratu cantik di seluruh dunia, kecantikan luaran pasti menjadi salah satu faktor pemilihan para pesertanya. Jarang sungguh untuk kita melihat mana-mana organisasi ratu cantik yang berani menampilkan gadis yang menongkah arus dengan rupa paras di luar kotak atau kriteria seorang juara ratu cantik.
Begitupun, edisi demi edisi, pencarian Dewi Remaja cuba mengubah tanggapan tersebut dengan memilih seseorang peserta bukan hanya disebabkan aspek rupa paras semata tetapi juga kelayakan keseluruhan sebagai seorang ‘public figure’ yang mewakili golongan remaja di Malaysia.
Bercakap dengan Rozita Che Wan yang merupakan juri tetap Dewi Remaja 2022 baru-baru ini, Che Ta menetapkan kriteria tersendirinya dalam pemilihan yang dilakukan.
Bagi Che Ta, selain prestasi yang ditampilkan oleh barisan finalis pada setiap episod, kecantikan merupakan salah satu faktor yang tidak kurang pentingnya. Bukan faktor terpenting! Tetapi ia adalah salah satu faktor yang dinilai.
Ads
“Saya berbangga dengan legasi yang dipegang oleh Dewi Remaja. Keluaran Dewi Remaja ini memang hebat-hebat. Masing-masing mencipta nama selepas berakhir (pertandingan) dalam bidang perfileman dan peragaan.
“Kita nak cari antara dewi-dewi kali ini yang boleh membawa nama Dewi Remaja. Personalitinya haruslah menarik, ada aura. Bila you tengok dia, you akan wow-ed dan terpaku dengannya.
“Tidak semestinya dia cantik tetapi dia perlu ada charm dan pesona seorang bintang. Kita tak naklah bila pilih seseorang itu, dia tidak mewakili nama Dewi Remaja itu. Kita nak seseorang yang boleh teruskan legasi ini,” ujarnya.
Che Ta tidak menidakkan kecantikan sebagai salah satu faktor penilaian. Bukan untuk bersifat superficial atau memandang dari luaran sahaja, Che Ta ada penjelasannya sendiri mengapa kecantikan turut diperhati olehnya. Bukan wajah dan bentuk badan saja yang mewakili kecantikan tetapi juga cara penggayaan diri setiap kali melakukan kemunculan juga adalah sesuatu yang penting bila menyentuh ‘identiti’ jenama Dewi Remaja.
Ads
“Cantik itu adalah tarikan. You tengok seseorang itu cantik, you lebih hendak mengenali dia. Orangnya bagaimana, apa bakat yang dia ada. Saya tidak menidakkan aura dalaman itu perlu, tetapi untuk tarikan pertama adalah cantik. Dari mata, turun ke hati,” kata Che Ta.
Selama dua episod Dewi Remaja 2022 ditayangkan di kaca televisyen, Che Ta menyifatkan 16 orang finalis kali ini masih sedang tercari-cari aura dan identiti masing-masing.
“Jujurnya, mereka belum masuk aura dan persona sebagai seorang juara lagi. Kita lihatlah siapa yang akan terus menyerlah dari episod ke episod.
Ads
“Satu yang ingin saya pesan pada mereka, jangan rasakan diri sudah cukup bagus apabila you sudah tersenarai (16 yang terbaik). You kena work harder, kena tahu apa hala tuju you. You kena tahu apa you nak.. sampaikan you sanggup commit masa dan tenaga selama berbulan-bulan ini. Barulah, you boleh persembahkan diri secara lebih baik,” simpulnya.
Haa, korang setuju tak dengan Che Ta?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi sebuah majlis ‘gender reveal’ yang dilangsungkan baru-baru ini, pelakon dan Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Raysha Rizrose berserta suaminya, Nabil Jeffri mengumumkan bahawa mereka bakal menimang bayi perempuan.
Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz jelas kelihatan teruja setelah pengumuman tersebut dilakukan menerusi letusan confetti berwarna merah jambu sebagai simbol kepada jantina bakal cahaya mata mereka.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories oleh beberapa jemputan yang hadir, Raysha terlebih dahulu dilanda rasa sebak sewaktu menyampaikan ucapannya di hadapan tetamu termasuklah dua orang kakaknya, Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose.
Menurut Raysha, dia berterima kasih kepada kedua-dua pasangan ibu bapa mereka kerana telah membesarkan mereka selama ini. Sebagai bakal ibu bapa, Raysha dan Jeffri memahami tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh mereka berdua.
“Saya berharap kami boleh menjadi sebaik anda ketika membesarkan bayi ini (merujuk kepada ibu bapanya dan ibu bapa Nabil).
“Terima kasih di atas semua bantuan yang telah anda berikan kepada kami berdua. Terima kasih kerana telah membesarkan kami berdua hingga hari ini.
“Mama, papa… Nabil has been amazing. Dia merupakan suami yang baik sepanjang saya hamil. Dia sentiasa cuba menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
“Dia juga selalu kongsikan impiannya kepada saya pada setiap hari. Dia cakap, ‘Saya ingin membahagiakan kamu. Saya ingin mampu membeli apa sahaja yang kamu inginkan…’,” katanya dalam nada sebak.
Raysha dijangka akan melahirkan bayinya pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
Memasuki episod keempat program Dewi Remaja 2018/2019 pada malam ini, jom kita recap balik apa yang berlaku pada minggu lepas.
Salah satu aktiviti yang dilakukan oleh para finalis adalah sesi makeover yang ditunggu-tunggu! Mereka sudah dapat jangkakan ia akan berlaku di dalam pertandingan kali ini, cuma perubahan apa yang akan mereka terima?
Jom tengok foto Before & After finalis favourite korang. Mana tau, kalau korang mempunyai bentuk muka mirip atau seiras dengan salah seorang daripada mereka, korang boleh dapatkan potongan rambut baru sempena Tahun Baru nanti? Hehe..
Siapa paling onz sis?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Episod ketiga Dewi Remaja 2019 berlalu lagi pada minggu ini dan seperti biasa, seorang lagi peserta perlu meninggalkan pencarian.
Model dan graduan Psikologi, Nina Amin menjadi finalis kedua yang tersingkir selepas Yusmyra Natasya pada minggu lalu.
Dalam episod yang bersiaran semalam di saluran Astro Ria & Ria HD, 11 orang finalis diberikan cabaran lakonan bersama mentor mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini iaitu ‘Ibu’ Fauziah Nawi.
Untuk cabaran pertama, Nina dan ahli kumpulan, Syamira Izzati berjaya untuk menyakinkan Ibu dengan lakonannya sebagai ‘Dukun & Pontianak’ (meskipun tidak ditunjuk dalam episod semalam).
Nina dipilih sebagai pemenang cabaran tersebut dan memilih skrip teater ‘Tentang Bulan’ bersama ahli grup seperti Syamira, Azra, Shaza Bae, Sharlina Gilbert dan Dian Fernandez.
Namun menurut juri yang menilai, lakonan Nina sedikit dibayangi oleh finalis lain yang lebih menyerlah di pentas Istana Budaya tersebut. Walaupun Nina berjaya membawakan watak Rindu itu, namun ia tidak memadai untuk menyelamatkannya ke episod keempat.
Bak kata Ibu Fauziah Nawi, “Anda semua telah melakukan tugasan yang mustahil; iaitu untuk berlakon di pentas teater dengan persediaan beberapa hari saja.
”Semuanya boleh berlakon bagi Ibu, tetapi mungkin kerana finalis lain melakukan tugasan dengan lebih baik, seseorang harus berada di bawah.”
”Secara keseluruhan Nina berpuas hati dengan pencapaian dan pengalaman dalam Dewi Remaja 2019. Cuma of course, Nina sedikit kecewa dengan keputusan di episod ketiga ini.
”Apapun, Nina ingin berterima kasih kepada semua kru dan produksi yang memilih Nina sebagai salah seorang finalis kali ini. Dan kepada 11 orang finalis dan kawan Nina di dalam Dewi Remaja 2019, terima kasih kerana selalu berada bersama Nina.
”Terima kasih kepada supporters terutamanya kepada keluarga Nina sendiri yang sentiasa push Nina ke hadapan dan percaya dengan potensi Nina.
”Jika ada rezeki tak ke mana. Doakan Nina selepas ini,” katanya yang juga mempunyai bakat besar dalam bidang peragaan.
*
Bagi korang yang terlepas untuk menonton episod ketiga Dewi Remaja 2019, korang boleh menyaksikannya di aplikasi Astro Go. Ataupun menonton siaran ulangan pada hari Selasa, jam 1.30 petang di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.