Selepas lebih sedekad berlalu, cadangan untuk menjenamakan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sebagai Universiti P Ramlee (UPR) kembali hangat diperkatakan dalam kalangan penggiat seni tanah air.

Gagasan yang pernah disuarakan sekitar tahun 2015 itu sehingga kini masih belum direalisasikan, meskipun matlamatnya cukup jelas iaitu mengangkat legasi Allahyarham Tan Sri P Ramlee ke peringkat institusi pendidikan tinggi serta mengekalkannya sebagai rujukan utama dalam landskap seni negara.

‘Bukan Sekadar Nama, Tapi Legasi’ -ASWARA Dicadang Jadi Universiti P Ramlee

Bagi pencinta seni, penjenamaan institusi tertinggi seni negara dengan nama Seniman Agung itu bukan sekadar simbol penghormatan. Sebaliknya, ia dilihat sebagai langkah strategik dalam membina ekosistem pendidikan seni yang mampu melahirkan generasi karyawan berteraskan identiti tempatan, khususnya dalam mendepani cabaran era digital yang semakin mencabar.

Pengerusi Kelab Peminat P Ramlee Lembah Klang, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berpandangan sudah tiba masanya cadangan yang sekian lama terbiar itu diterjemahkan kepada realiti tanpa berlengah lagi.

Ads

‘Bukan Sekadar Nama, Tapi Legasi’ -ASWARA Dicadang Jadi Universiti P Ramlee

“Banyak universiti ternama di luar negara menggunakan nama tokoh sebagai simbol pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam bidang tertentu seperti Monash University di Australia dan Universitas Gadjah Mada di Indonesia.

“Mungkin sudah sampai masanya kita mempertimbangkan nama seniman agung sebagai sebahagian pengiktirafan terhadap sumbangan seni kepada negara.

“Ini bukan soal individu semata-mata, tetapi memastikan legasi itu terus dikenang,” katanya kepada pemberita.

Untuk rekod, hasrat menjadikan Aswara sebagai UPR atau Akademi Seni P. Ramlee telah lama dibangkitkan dan mula mendapat perhatian umum sebelum Pilihan Raya Umum ke-14. Malah, cadangan itu pernah menjadi manifesto Barisan Nasional ketika itu. Namun, usaha menaik taraf institusi berkenaan tidak dapat direalisasikan susulan pertukaran kerajaan.

‘Bukan Sekadar Nama, Tapi Legasi’ -ASWARA Dicadang Jadi Universiti P Ramlee

Ads

Sehubungan itu, Wan Hashim memaklumkan bahawa usaha menghidupkan semula gagasan berkenaan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk perbincangan lanjut.

Menurut beliau, perkara itu akan digerakkan melalui kepimpinan Kelab Peminat P Ramlee peringkat kebangsaan yang diketuai Presidennya, Tan Sri Dr Yusoff Latif dalam masa terdekat, bagi mendapatkan perhatian kerajaan terhadap kepentingan merealisasikan usaha tersebut.

Ads

Persoalannya kini, adakah impian melihat institusi seni negara menyandang nama Seniman Agung akhirnya bakal menjadi kenyataan?

‘Bukan Sekadar Nama, Tapi Legasi’ -ASWARA Dicadang Jadi Universiti P Ramlee

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Malaysiakini

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads