Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif memperkenalkan semula saluran khusus TV Pendidikan yang akan mula bersiaran 17 Februari ini dengan dikenali sebagai DidikTV KPM.

Mesti korang ingat siaran DidikTV ini semua tentang Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kan? Tapi sebenarnya banyak dokumentari menarik dan program edutainment di DidikTV KPM. Senang kata kalau bukan pelajar pun mesti layan punya la.

1. BY THE SEA – pantai-pantai menarik di Malaysia

Bukan Hanya Untuk Pelajar, DidikTV Juga Ada Dokumentari Dan Edutainment Menarik
Sumber Gambar : Photo by Fabian Wiktor from Pexels

Rancangan ‘By The Sea’ dalam DidikTV KPM ini bagus juga. Boleh tahu pantai menarik yang ada ada di serata Malaysia. Nanti boleh ajak keluarga dan rakan untuk pergi bersama.

2. DUNIA TERSEMBUNYI – budaya unik masyarakat di Asia

Bukan Hanya Untuk Pelajar, DidikTV Juga Ada Dokumentari Dan Edutainment Menarik
Sumber Gambar : Photo by Mathias P.R. Reding from Pexels

Rancangan ‘Dunia Tersembunyi’ dalam DidikTV KPM, mesti terkejut sebab ada budaya sebelum ini yang anda mungkin tidak tahu pernah wujud.

3. GO TRAVEL – tempat pelancongan menarik di negara ASEAN

Bukan Hanya Untuk Pelajar, DidikTV Juga Ada Dokumentari Dan Edutainment Menarik
Sumber Gambar :Photo by Mathias P.R. Reding from Pexels

Sesuai untuk kaki travel,  Rancangan ‘Go Travel’ dalam DidikTV KPM ini memaparkan tempat pelancongan menarik di negara ASEAN.

IKLAN

4. SUPPER HEROES – negara popular dengan ‘late night cravings’
Bukan Hanya Untuk Pelajar, DidikTV Juga Ada Dokumentari Dan Edutainment Menarik

Selalu craving makanan tengah malam? Anda mungkin tergoda dengan rancangan ‘Supper Heroes’ dalam DidikTV KPM. Banyak negara luar popular dengan late night cravings. Tiba-tiba lapar pula.

5. FESTIVAL JURNAL KEMBARA DUNIA – festival dunia yang popular
Bukan Hanya Untuk Pelajar, DidikTV Juga Ada Dokumentari Dan Edutainment Menarik

Anda yang pernah melancong ke negara luar mesti suka sertai festival yang ada. Mari tonton rancangan ‘Festival Jurnal Kembara Dunia’ dalam DidikTV KPM. Banyak festival dunia yang popular rupanya.

IKLAN

6. JURNAL RESIPI – jatuh bangun chef dan pengusaha industri makanan

Bukan Hanya Untuk Pelajar, DidikTV Juga Ada Dokumentari Dan Edutainment Menarik
Sumber Gambar : Photo by Klaus Nielsen from Pexels

Biasalah dalam perjalanan industri makanan ini mesti ada cabarannya. Rancangan ini mengajar macam mana untuk hadapinya dengan rancangan ‘Jurnal Resipi’ dalam DidikTV KPM.

7. OFF THE HOOK – lokasi memancing yang unik
Bukan Hanya Untuk Pelajar, DidikTV Juga Ada Dokumentari Dan Edutainment Menarik

Rancangan ‘Off The Hook’ dalam DidikTV KPM khas untuk kaki pancing. Banyak info menarik dan lokasi yang boleh diterokai.

IKLAN

8. Soundcheck

Bukan Hanya Untuk Pelajar, DidikTV Juga Ada Dokumentari Dan Edutainment Menarik

Tinggalkan semua tekanan yang ditimbulkan oleh kajian dan ikuti konsert mini yang menampilkan artis indie, dan dapatkan lebih banyak maklumat mengenai bakat-bakat ini.

9. Hip Hoppin’ Asia

Bukan Hanya Untuk Pelajar, DidikTV Juga Ada Dokumentari Dan Edutainment Menarik

Dihoskan oleh Joe Flizzow, program ini meneroka sejarah dan pengaruh muzik hip hop di Asia. Wah..dah lama kita tak tengok Joe Flizzow mengacarakan kan?

Sebenarnya banyak lagi program yang menarik di DidikTV KPM ni. Okay la tu sambil menonton TV sambil dapat ilmu baru kan. Bak kata orang, tuntut ilmu biarlah sampai ke negara China. So korang jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan ilmu tambahan yang berguna dengan DidikTV KPM.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI