Bukan Disember! Kemasukan Semua Pelajar Universiti Ke Kampus Diawalkan Oktober Ini

Share

Jika sebelum ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pelajar universiti meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sehingga Disember 2020 ini. Namun mengambil kira keperluan beberapa kategori pelajar yang perlu pulang ke kampus, lima kategori pelajar sudah memulakan pengajian bermula Mei lalu.

Terkini selaras dengan perkembang COVID-19 yang menunjukkan Malaysia menuju pemulihan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju bahawa kemasukan sepenuhnya pelajar universiti bermula Oktober ini. Bukan Disember 2020 seperti yang diketahui sebelum ini.

Ini bermakna, pelajar university hanya ada masa tiga bulan sahaja lagi untuk membuat persiapan belajar secara berhadapan dengan pensyarah dan bukannya secara dalam talian lagi.

Menurut Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad dalam sidang media petang tadi, bagi memastikan keputusan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, IPT dan para pelajar dipohon untuk membuat persediaan mulai dari sekarang.

Dalam pada itu, empat lagi kategori pelajar akan memulakan pengajian bermula Julai ini iaitu pelajar tempatan di IPTS iaitu sebanyak 30 peratus seperti dipohon oleh Persatuan Kolej dan Universiti Swasta, pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat university awam dalam bidang pengajian yang memerlukan Latihan klinikal, Latihan amal, praktikal, bengkel, makmal, studio dan Latihan khusus.

Dua lagi ketegori terdiri dari, pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat yang tidak mempunyai akses internet atau persekitaran kondusif dan terakhir pelajar antarabangsa dari kedua-dua university awam dan swasta termasuklah pelajar baru.

IKLAN