‘Bukan Biashe’ – Jennie Blackpink Dapat Warna Sendiri Untuk Galaxy S20+ & Galaxy Buds+ BARU

Share

 

Apabila selebriti K-pop dipilih sebagai duta untuk mana-mana produk keluaran Korea Selatan, ia bukanlah berita baharu lagi.

Di sana, penyanyi K-pop dan pelakon K-drama amat disanjung. Apa saja produk yang melibatkan mereka sebagai pengguna dan duta pastinya akan laris terjual bak pisang goreng panas!

Jadi apabila Jennie Kim dari grup popular Blackpink sekali lagi terpilih untuk mewakili model telefon pintar terbaru dari Samsung iaitu Galaxy Note20 + dan Galaxy Note20 Ultra, ramai sudah boleh mengagak perlatikannya.

Ini memandangkan populariti yang dimiliki oleh bintang K-pop itu dalam dunia hiburan dan sebagai ikon fesyen terbaru.

Namun menariknya, Jennie bukan saja menjadi ‘wajah’ produk Samsung itu tetapi juga diberikan penghormatan untuk mempunyai ‘warna Jennie’ bagi kedua-dua model telefon itu.

*

Pada minggu lalu, Samsung telah mengumumkan senarai warna yang akan ditawarkan mereka.

Selain daripada Mystic Gray, Mystic Green, Mystic Bronze, Mystic Black dan Mystic White, satu lagi warna yang diperkenalkan adalah warna merah menyala yang dikenali sebagai ‘Aura Red’.

Namun dengar khabar, warna tersebut hanyalah untuk keluaran pasaran dalam negara mereka.

Sebelum ini, Samsung pernah bekerjasama dengan Blackpink untuk promosi Galaxy A80 termasuklah edisi terhad Galaxy A80 Blackpink.

Selepas ini, Samsung dikhabarkan akan mengikat kontrak promosi bersama kumpulan BTS pula untuk model telefon pintar akan datang.

 

‘Most Powerful Note Series’

Bercakap mengenai siri Galaxy Note20 ini, ia dipercayai merupakan model telefon pintar terbaik pernah mereka perkenalkan dalam siri Note.

Terdapat S Pen baharu di samping fungsi lain untuk menjadikan rutin harian korang lebih mudah – anywhere, anytime.

S Pen-nya lebih precised untuk memberikan efek menulis dan melukis yang lebih tepat dan tajam.

But it is not just all about work.

DI dalam model ini juga, korang boleh menyimpan lebih 100 permainan Xbox kegemaran korang, direct daripada cloud (beta) dengan Xbox Game Pass Ultimate. Antaranya termasuklah Minecraft Dungeons dan Gears 5.

Pengalaman bermain game juga adalah lebih lancar dan memuaskan dengan processor terpantas yang pernah disediakan oleh siri Galaxy.

Banyak lagilah kelebihan siri Galacy Note20 kalau nak cerita!

Bagi korang yang berminat untuk memesannya lebih awal, korang boleh berbuat sedemikian bermula sekarang sehingga 20 Ogos ini sementara stok masih ada.

Korang yang memesan awal (pre-order) akan memiliki hadiah menarik seperti di bawah.

Galaxy Note20 Ultra & Note20

 

Galaxy Note20 Ultra

RM5,199Percuma 1 unit Galaxy Buds Live (RM699)

 

Galaxy Note20 5G

RM4,299Percuma 1 unit Galaxy Buds+ (RM599)

*

Bagi yang teringin untuk membandingkannya dengan model telefon pintar HUAWEI terbaru iaitu Huawei P40, here you go.

IKLAN