Bukan Biasa-Biasa, Remaja Terima Ucapan Tahniah Dari YB KJ Kerana Dapat Biasiswa NASA

Share

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa lah yang tahu kan.

Baru-baru ini seorang remaja, Azhar Ali yang terkejut apabila Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringat ijazah.

Menerusi laman Twitter miliknya, pemuda berusia 20 tahun itu tidak menyangka akan mendapat biasiswa itu sebagai ganjaran selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis pada 2024 nanti.

 NASA is giving me a scholarsip!? Ya Allah, I never thought of of this when I joined the Artemis Challenge. Alhamdulillah.

“The challenge was to design a spacesuit that would adjust to the Artemis 2024 mission to Mars,” tulisnya.

Pihak NASA turut mengiktiraf Azhar sebagai ‘Citizen Scientist’ dan tidak lupa berterima kasih atas masa dan usaha dalam membantu pihak mereka menyelesaikan cabaran tersebut.

Tapi yang menarik apabila tweet ini turut dihujani komen dan ucapan tahniah dari ‘Abah’ kita iaitu YB Khairy Jamaluddin (KJ) dan juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi .

Warganet juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah serta mendoakan kejayaan beliau pada masa hadapan.

 

Congrats….Wah bestnya dapat biasiswa dari NASA kan, mungkin akan ada angkasawan kedua negara kita nanti..

Sumber : Twitter

IKLAN