Budak Umur 10 Tahun Jual Jus Mangga Untuk Simpan Duit Beli SonyPlaystation 4 (PS4)

Share

Dek kerana ingin mendapatkan permainan idaman PS4, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun nekad menjual jus mangga untuk mengumpul duit bagi merealisasikan impiannya itu.

Hasrat kanak-kanak lelaki tersebut dibantu oleh kakaknya, Sally Dinnie yang memuat naik status di Twitter bagi mempromosikan jualan adiknya itu dan tidak disangka-sangka posting tersebut menjadi viral.

Ramai yang memuji kesungguhan adiknya itu dan memberi semangat serta doa agar dimurahkan rezeki. Menurut kakaknya lagi, sejak posting tersebut menjadi viral, mereka menerima maklum balas yang positif daripada masyarakat Malaysia.

Sally juga turut membuka peluang buat peniaga lain untuk mempromosikan juga jualan mereka dengan hanya meninggalkan komen di posting tersebut. Niatnya adalah untuk berkongsi rezeki dengan individu lain.

Syabas Remaja ucapkan kepada Sally dan adiknya kerana mencari rezeki yang halal semata-mata untuk memenuhi kehendak sendiri. Dari usia muda seperti inilah kita perlu memupuk sikap rajin berusaha supaya bila semakin meningkat dewasa nanti, kita akan menjadi lebih berdikari dan bertanggungjawab.

Sumber: Twitter @Sally_Dinnie

IKLAN