Budak Lelaki 9 Tahun Nikah Pasangan Usia 14 Tahun, Netizen Kecam Pengantin Cilik

Share

Tular di media sosial membabitkan negara seberang, Indonesia apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun memilih untuk berkahwin dengan pasangannya, pengantin perempuan berusia 14 tahun. Pasangan ini memilih tarikh 16 Disember 2018 lalu untuk disatukan sebagai suami isteri diikuti majlis meraikan pasangan pengantin.

Tidak dinyatakan nama penuh pasangan pengantin cilik ini namun dipercayai pengantin  lelaki bernama Sundi dan Nur Janna bagi pengantin perempuan seperti yang tertera di banting pelamin mereka selain ditulis Happy Wedding.

Namun tidak dinyatakan kejadian ini berlaku di daerah mana. Tetapi di instagram atas nama fakta.indo yang mula menyiarkan berita ini memaklumkan kedua pasangan suami isteri ini bertemu ketika keduanya bermain permainan “waterboom” di sebuah lokasi mandi manda. Cute pulakkan!

Instgram atas nama Indo meviralkan kisah pengantin cilik ini yang baru bernikah 16 Disember lalu
Majlis pasangan ini siap ada acara bersanding dan memotong kek lagi
Kenal ketika main permainan air water boom. Boleh ke dik jadi suami pada usia sekecil ini?

 

Alahai, mesti cinta pandang pertama niekan. Sebab takut cinta pandang pertamanya dikebas orang, anak cilik berusia 9 tahun ini terus mengambil keputusan bernikah dan memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Wow, kalau budak-budak di sini, baru darjah 3 dan jenuh bawa beg sekolah yang berat. Sekolah pula dua sesi, sekolah kebangsaan dan agama. Bila masa nak suap-suap isteri makankan, ahak!

 

Ternyata pernikahan di usia muda ini tidak  disenangi malah ramai warga twitter di negara seberang membahaskan isu ini yang dianggap kurang relevan bagi seorang kanak-kanak untuk memikul tanggungjawab menjadi seorang suami pada usia sekecil ini.

Ehm, ada yang tanya ini majlis sanding atau sambutan ulang tahun sebab pengantinnya masih kanak-kanak kecil
Ada netizen yang suruh pakai baju sekolah dari baju pengantin

Ada yang bertanya, tidakkah ibu bapanya berotak atau sudah menggadainya? Malah kata netizen dia amat memerlukan kekuatan untuk tidak memaki hamun mak ayah yang beri kebenaran anak berkahwin pada usia muda ini.

Ada juga komen lebih lawak, mereka ingatkan majlis persandingan itu adalah majlis bersunat, hahaha. Mungkin kerana pengantin lelakinya terlalu kecil.

Ada pula yang terasa tercabar kerana pada usia dewasa belum bertemu jodoh dan semuanya berharap pasangan suami isteri ini menikmati alam kanak-kanak yang sangat indah dan bukannya memikul beban sebagai suami isteri.

Paling tak boleh blah, ada yang siap memberi gambar pelbagai makanan ringan yang mana menurut mereka siapa yang pergi ke majlis itu pasti bawa pulang hadiah begini.

Netizen siap perli. Sure dapat pelbagai makanan ringan kalau pergi ke perkahwinan pengantin cilik begini

Apa komen korang?. Sesuai ke budak-budak menjadi orang dewasa pada usia tidak sepatutnya?

Di Kelantan suatu ketika dahulu ada juga kes begini, lelaki berusia 40 an yang bernikah dengan budak  berusia 11 tahun hingga pernikahan mereka perlu difaraqkan. Melalui perundangan  negara, lelaki berusia 18 tahun ke atas dan remaja perempuan berusia 16 tahun baru diberi kebenaran berkahwin, itu pun dengan kebenaran mahkamah syariah.

IKLAN