Buat ‘Pink’ Lovers, Koleksi Charm Penuh Fantasi Ini Wajib Dimiliki

Share

Wanita dan aksesori sememangnya tidak dapat dipisahkan malah seakan-akan menjadi satu kemestian untuk tampil bergaya sekali gus menggambarkan ciri-ciri feminin setiap yang menggayakannya.

Tambahan elemen wonderland dan fantasi yang disuntik juga menjadikan aksesori ini kelihatan lebih eksotik dan menyerlahkan penampilan wanita moden era masa kini yang mementingkan gaya dan ketrampilan mereka.

Justeru, Pandora Malaysia tidak ketinggalan melancarkan koleksi musim luruh 2019 dengan memperkenalkan warna pink sebagai signature musim ini, di inspirasi daripada alam fantasi dan wonderland.

Koleksi terbaru musim luruh 2019 dari @theofficialpandora juga memperkenalkan Pandora O Pendant untuk wanita mengekspresi dan memperkasakan diri melalui aksesori ini! Sentuhan cinta alam semula jadi dan fantasi setiap wanita dirungkai dalam rekaan koleksi ini. Dato’ Sri Meer Habib jua hadir merasmikan koleksi musim luruh ini bersama logo terbaru Pandora.

Jadi apa ditunggu lagi, layari laman web pandora untuk keterangan lanjut.

IKLAN