Isu produk kecantikan yang mempunyai racun berjadual ini sepertinya tidak pernah habis kerana ada sahaja produk-produk kosmetik yang dikesan menggunakan bahan terlarang.
Terbaru, tular satu video yang memaparkan seorang gadis sedang mengadun krim kilo. Video gadis hasilkan krim kilo itu pada asalnya dimuat naik di Tiktok dan kemudiannya dikongsikan di Twitter. Dalam rakaman yang menjadi tumpuan ramai itu, kelihatan gadis tersebut sedang mengadunkan krim tersebut di dalam satu bekas besar. Berikut adalah perkongsian tersebut:
Video viral gadis hasilkan krim kilo ini telah meraih lebih 395 ribu tontonan dan 6,600 retweets serta 5,500 likes. Selain dari video ini, beberapa rakaman lain gadis tersebut turut dikongsikan oleh warganet di ruangan komen tweet tersebut seperti berikut:
Sebelum ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Ads
Produk terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan disebabkan itu ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
Ads
• Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
• Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
• Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
Malah, merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Ads
Rata-rata warganet meluahkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut di ruangan komen seperti berikut:
.
Kalau korang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini, dinasihatkan agar segera berhenti menggunakannya dan dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sekiranya mengalami sebarang ketidakselesaan.
Korang juga boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman web rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Ingat, kalau sayang kulit hentikan pemakaian produk-produk kosmetik tersebut ya?
Tidak ada apa yang menghairankan sekarang jika seorang selebriti ‘terjun’ ke dalam bidang politik. Di negara jiran kita, Indonesia juga memperlihatkan penyanyi terkenal mereka Kris Dayanti kini menjadi Ahli Parlimen dan di Malaysia, Dira Abu Zahar juga merupakan selebriti pertama yang bergelar wakil rakyat.
Terbaharu, dua selebriti tempatan dikatakan bakal menghangatkan lagi pemilihan parti PKR apabila Hans Isaac dan penyanyi rap Altimet dikhabarkan telah mendaftar untuk bertanding jawatan ketua bahagian Ampang, kerusi yang pernah disandang oleh Ahli Parlimen, Zuraida Kamaruddin.
Menurut Malaysiakini, Hans dan Altimet dijangka berdepan enam yang lain, termasuk penyandang ketua bahagian Mohd Kamri Kamaruddin. Namun begitu, senarai itu masih belum muktamad kerana tempoh penamaan calon pemilihan PKR hanya dijadualkan berakhir tengah malam ini (12 Mac).
Hans sebelum ini menyertai PKR pada tahun 2020 dispekulasikan akan bertanding di kawasan parlimen Ampang pada pilihan raya umum (PRU) ke-15. Manakala, Altimet menyertai parti itu pada April tahun lalu bersama rakan selebriti, Afdlin Shauki.
Hans dan Altimet juga turut dilihat banyak melakukan kerja-kerja kebajikan seperti yang telah dimuat naik di laman media sosial. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada dua selebriti ini sendiri.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aplikasi TikTok menjadi kegilaan ramai golongan muda dan remaja sehingga memiliki ratusan juta pengikut seluruh dunia, remaja Malaysia merupakan salah satu negara yang terkena gelombang ini dah boleh dikatakan aplikasi ini mampu menjadi sumber kewangan bagi sesetengah pihak.
Namun tidak semuanya tentang aplikasi ini disenangi ramai, terbaru, Lembaga Telekomunikasi Pakistan dalam sebuah ciapan di Twitter telah menyatakan bahawa aplikasi tersebut tidak lagi boleh diakses di negara itu.
Dalam ciapan yang menyiarkan siaran akhbar itu menyatakan, memandangkan sejumlah aduan dari pelbagai lapisan masyarakat terhadap kandungan tidak bermoral / tidak senonoh pada aplikasi perkongsian video TikTok, Lembaga Telekomunikasi Pakistan telah mengeluarkan arahan untuk menyekat aplikasi tersebut.
Melihat pandangan dan jenis kandungan yang dimuat naik secara konsisten di TikTok, Lembaga Telekomunikasi Pakistan mengeluarkan notis terakhir kepada aplikasi tersebut dan memberikan banyak masa untuk bertindak balas dan mematuhi arahan Pihak Berkuasa untuk mengembangkan mekanisme proaktif yang berkesan untuk menyederhanakan kandungan atas talian yang tidak mematuhi undang-undang.
Namun, aplikasi tersebut gagal mematuhi arahan sepenuhnya, oleh itu, arahan dikeluarkan untuk menyekat aplikasi TikTok di negara ini.
ADA YANG TIDAK BERSETUJU
Namun begitu tidak semua pihak bersetuju dengan langkah yang diambil ini. Sebagai contoh, dalam satu ciapan di Twitter oleh Amensty International South Asia, pertubuhan tersebut menyatakan yang kerana semata-mata kempen melawan unsur kesat, rakyat dinafikan hak untuk mengeksperesikan diri di atas talian. Kempen untuk menyekat TikTok ini datang bersama latar semasa yang mana suara disenyapkan di televisyen, kolum hilang dari surat khabar, laman sesawang diblok dan iklan televisyen disekat.
Menurut ciapan itu lagi, pihak Amnesty International South Asia berharap agar keputusan untuk menyekat TikTok di Pakistan diundur semula dan melonggarkan genggaman terhadap apa yang rakyat di negara itu boleh baca, tonton, bercakap, menulis dan sebagainya.
***P/S – Bagi penulis penggunaan aplikasi media sosial ada baik dan buruknya jika tidak dikawal dengan baik. Tidak kiralah apa pun jenis aplikasi tersebut.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah mengeluarkan satu kenyataan menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak menyertai program Festival Bon Odori yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai depan.
Sebelum ini boleh dikatakan setiap tahun pesta Bon Odori dianjurkan di Shah Alam dan sejak pandemik COVID-19 yang melanda negara dua tahun lalu, ia dihentikan sementara. Tahun ini, festival tersebut sekali lagi bakal menjadi antara acara terbesar di Shah Alam.
Datuk Idris Ahmad menyifatkan bahawa festival itu mengandungi unsur agama lain dan kerana itu juga umat Islam tidak digalakkan untuk menyertainya. Namun, hari ini Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan Datuk Idris Ahmad untuk hadir ke program itu supaya dapat memahami perbezaan antara agama dan budaya.
Sumber: Facebook Selangor Royal Office
Baginda tidak mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggunakan platform Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat. Perbuatan itu juga dikatakan boleh menjejaskan imej dan reputasi jabatan tersebut.
Titah Baginda lagi, sambutan Bon Odori di Malaysia adalah lebih kepada festival kebudayaan yang mempamerkan budaya tradisional rakyat Jepun khususnya tarian, persembahan gendang, perhiasan tanglung, pakaian dan makanan tradisi Jepun, serta produk makanan tempatan. Ia juga dipromosikan sebagai hari untuk menyatukan kembali keluarga dan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu.
Sumber: Facebook Selangor Royal Office
Dalam kenyataan yang dibuat di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office, menjelaskan bahawa Baginda sendiri pernah menghadiri sambutan perayaan ini pada 2016 diiringi oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia dan dilihat sambutan itu tidak melibatkan upacara berbentuk keagamaan atau ritual (syirik) yang boleh memesongkan akidah individu yang hadir.
Untuk info, perayaan ini menjadi popular di Malaysia apabila banyak syarikat-syarikat dari Jepun melabur dan membuka cawangan kilang mereka di Selangor. Oleh yang demikian, Bon Odori menjadi platform untuk memperkenalkan budaya hiburan di Jepun, selain merapatkan lagi hubungan antara rakyat kedua-dua buah negara.
Apa-apa pun pilihan ditangan korang. Tepuk dada tanya selera!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!