BLACKPINK Tukar Imej Gothic dan Punk Rock, On Ke Tak On?

Share

‘LET’S kill this love!’ Siapa yang tak kenal lirik lagu kumpulan k-pop yang hits ni? Makna kumpulan Blackpink itu sendiri melambangkan keperibadian kesemua anggota kumpulan itu yang bukan sahaja cantik tetapi memiliki bakat luar biasa. Tidak sekadar cantik dan pandai menari, namun antara kelebihan lain milik anggota Blackpink adalah keupayaan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris tatkala kebanyakan artis dari Korea Selatan tidak mampu menguasai bahasa tersebut.

Mungkin ia juga faktor BLACKPINK berjaya menawan peminat mereka diseluruh dunia.

Baru-baru ini sebuah majalah dari China, JALOUSE ada berkongsi gambar BLACKPINK sebagai muka depan dan menghiasi ruang majalah itu. Keempat gadis muda kelihatan luar biasa dalam persalinan gothic dan punk rock, memberikan sisi yang berbeza BLACKPINK yang kerap dengan imej colourful.

Paling mengujakan ialah korang dapat melihat imej berbeza setiap ahli memakai pakaian gothic-punk yang edgy dalam gambar individu mereka, dengan padanan mekap bold dan glamor. Lisa dengan gincu rona hitam, Jennie seperti biasa imej comel ‘girl next door’, Rose memukau peminat dengan solekan cat eye yang garang dan Jisoo kelihatan seperti CEO yang powerful dan elegan.

Yang pasti mesti ramai  teruja dengan imej BLACKPINK sebegini, dan mungkinkah akan  dijadikan konsep untuk album baru yang akan datang.
Tak kisah la look apa pun sebab dorang ni memang cun, pakai apa pun cantikkan. Tahniah buat JALOUSE magazine.

Amacam? Okay ke tak okay Blackpink dengan imej garang ni?

IKLAN