BLACKPINK: The Movie Bakal Tayang 30 September Ini, Tiket Dijual Esok

Share

 

Khabar baik buat peminat kumpulan K-pop Blackpink apabila filem pertama mereka berjudul ‘BLACKPINK: The Movie’ akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 30 September ini.

Karya yang dinamakan ‘BLACKPINK’s 4+1 PROJECT’ ini merupakan antara pelan terbesar yang pernah dikelola syarikat label mereka, YG Entertainment untuk meraikan ulang tahun kumpulan popular itu.

Foto: Allkpop

Filem ‘BLACKPINK: The Movie’ akan dibahagikan kepada beberapa segmen seperti ‘The Room of Memories’, ‘Beauty’, ‘Unreleased Special Interviews’ dan rakaman daripada konsert jelajah BLACKPINK ‘In Your Area’ pada tahun 2018 serta ‘The Show’ yang baru dilangsungkan pada tahun 2021. Menariknya, filem ini juga akan menemui penonton 4DX di pawagam terpilih.

Jadi bagi Blinks di luar sana, tiket tayangan filem ‘BLACKPINK: The Movie’ akan mula dijual esok, 25 September 2021 di pawagam-pawagam terpilih. Fuh

, mesti laku keras! Silap-silap boleh ‘jammed‘ di laman web Golden Screen Cinemas esok, hehe.

Foto: GSC

Sumber: (1)

IKLAN