Blackpink Curi Tumpuan Peminat Fesyen Secara SOLO, Stail Siapa Terbaik?

Share

Sukar untuk sesiapa mengenepikan populariti kumpulan K-Pop, Blackpink ketika menyertai pertunjukan fesyen Spring Summer 2020, baru-baru ini.

Keempat-empat ahli Blackpink hadir solo ke empat buah show berlainan. Namun aura dan stail yang mereka bawakan cukup hebat! Cer lihat kelibat mereka di Burberry, Saint Laurent, Chanel dan Celine.

 

Jisoo

Burberry . London Fashion Week

Jisoo,Dua Lipa and Anwar Hadid bersama di front row? Oh yes!

Jisoo mencuri perhatian walaupun ringkas memakai jaket tartan wool dan matching miniskirt from yang dipilih olehnya sendiri hari sebelumnya di Regent Street.

 

Jennie

Chanel . Paris Fashion Week

Sebenarnya, penulis tak terkejut dengan kehadiran Jennie di pertunjukan Chanel. Dia telah mewakili Chanel Beauty Korea sejak tahun 2018.

Walaupun pilihan baju Jennie sedikit dipertikaikan oleh netizen kerana beranggapan dia boleh memilih stail yang lebih cantik, Jennie masih menjadi tumpuan utama bersebelahan dengan rapper, Cardi B dan Editor Vogue, Anna Wintour.

 

Lisa

Chanel . Paris Fashion Week

Penangan Lisa Manoban di pertunjukan Celine Paris memberikan impak hebat kepada dunia K-pop dan dunia fesyen setelah hashtag #LALISAxCelinePFW di-retweet & di-repost sekerap 3 juta kali.

Stail minimalis tetapi masih elegan yang disarung oleh Lisa juga dicuba semula oleh ramai remaja di Korea untuk beberapa hari selepas pertunjukan tersebut.

 

Rose

Saint Laurent. Paris Fashion Week

Rose merupakan antara selebriti Korea yang hadir ke pertunjukan fesyen dengan penuh bersedia sejak di lapangan terbang lagi.

Menyarung pakaian YSL di Lapangan Terbang Incheon, Rose dijemput ke Paris untuk menyertai nama-nama besar Hollywood. Walaupun berdepan dengan cuaca hujan, Rose masih nampak bertenaga dan berstail dalam persalinan double-breasted coat dress Saint Laurent.

Jadi, stail siapa menjadi pilihan korang?

 

 

 

IKLAN