Nama Malaysia sekali lagi bergema di pentas antarabangsa apabila seniwati tersohor dunia, Michelle Yeoh, terus dihamparkan karpet merah oleh industri perfileman Hollywood apabila namanya kini diabadikan di Hollywood Walk of Fame pada Rabu.

Anak jati Ipoh, Perak itu diraikan dalam satu majlis gemilang yang turut dihadiri barisan selebriti terkemuka yang pernah bekerjasama dengannya sepanjang karier gemilangnya.

Bintang Malaysia Ukir Nama Di Hollywood Walk Of Fame, Satu Lagi Detik Bersejarah Michelle Yeoh

Pada usia 63 tahun, Michelle tampil memukau dalam gaun sutera kuning, diserikan dengan perhiasan barangan kemas perak serta kasut perak bermotif flora. Rambut panjangnya pula dibiarkan lurus mengurai di bahu tampak elegan dan penuh kelas, persis perjalanan seninya yang tidak pernah pudar.

Penerbit Walk of Fame, Ana Martinez, memuji perjalanan seni Michelle dan menyifatkan bintang itu sebagai penghormatan kepada seorang perintis industri.

Bintang Malaysia Ukir Nama Di Hollywood Walk Of Fame, Satu Lagi Detik Bersejarah Michelle Yeoh

“Bakat luar biasa, keanggunan dan kerjaya Michelle yang memecah batas telah meninggalkan kesan mendalam dalam industri hiburan.

“Bintangnya mengiktiraf seorang perintis yang terus memberi inspirasi kepada penonton di seluruh dunia,” katanya.

Walaupun suaminya, Jean Todt, tidak dapat hadir kerana berada di India atas urusan kerja, detik istimewa itu tetap dirasai penuh bermakna. Michelle dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada kedua ibu bapanya atas sokongan sepanjang hidup, selain berterima kasih kepada abang dan kakak iparnya yang sanggup terbang dari Malaysia bagi memberi kejutan di majlis tersebut.

Ads

Lebih menyentuh hati, beliau turut mengenang perjalanan panjangnya dari Malaysia ke pentas Hollywood, iaitu satu laluan yang tidak pernah mudah.

Bintang Malaysia Ukir Nama Di Hollywood Walk Of Fame, Satu Lagi Detik Bersejarah Michelle Yeoh

“Laluan dari Malaysia ke sini bukanlah satu garis lurus. Ada masanya saya tertanya-tanya sama ada saya benar-benar layak berada di sini.

“Tetapi saya bertuah kerana menjadi sebahagian daripada kisah-kisah yang melintasi sempadan dan bahasa,” ujarnya.

Dalam masa sama, Michelle merakamkan penghargaan kepada keluarga pilihan serta rakan-rakan industri yang hadir meraikan detik bersejarah itu.

Ads

Bintang Malaysia Ukir Nama Di Hollywood Walk Of Fame, Satu Lagi Detik Bersejarah Michelle Yeoh

“Kepada anda semua di sini hari ini, keluarga pilihan saya, terima kasih kerana hadir, berdiri bersama saya dan menjadi sebahagian daripada hidup saya bukan hanya pada saat-saat gemilang tetapi juga ketika sunyi. Kehadiran anda amat bermakna,” kata Michelle lagi.

Untuk rekod, Hollywood Walk of Fame ialah laluan penghormatan yang terletak di Hollywood Boulevard dan Vine Street, Los Angeles dengan menampilkan lebih daripada 2,000 bintang yang diberikan kepada individu atau kumpulan yang memberikan sumbangan besar dalam industri hiburan seperti filem, muzik, televisyen, radio dan teater langsung.

Ads

Ia diuruskan oleh Hollywood Chamber of Commerce dan setiap bintang mewakili pengiktirafan rasmi terhadap pencapaian serta legasi seseorang artis dalam dunia hiburan.

Bintang Malaysia Ukir Nama Di Hollywood Walk Of Fame, Satu Lagi Detik Bersejarah Michelle Yeoh

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Awani

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads