Bintang Kamen Rider, Akira Kubodera Meninggal Dunia

Share

Bagi peminat Kamen Rider, sudah tentu mereka mengenali pelakon Akira Kubodera yang juga pernah membintangi siri Pretty Guardian Sailor Moon sekitar tahun 2003 dahulu.

Pelakon lelaki itu telah disahkan meninggal dunia di apartmentnya dan dipercayai akibat membunuh diri. Akira ditemui koma di kediamannya di Tokyo pada Jumaat dan disahkan mati selepas tiba di hospital.

Siasatan polis mengesahkan pelakon berusia 43 tahun itu mati akibat bunuh diri. Kematiannya ini disahkan oleh agensi pelakon itu dalam sebuah kenyataan media pada Sabtu lepas.

Foto: sojapan.jp

Menurut kenyataan itu, kematian mengejut ini membuatkan rakan serta ahli keluarganya tidak dapat menerima kenyataan. Mereka masih ingin mendapatkan maklumat sebenar kejadian dan memohon pihak media untuk tidak menganggu ahli keluarga.

Akira Kubodera dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo. Selebriti ini ditemui oleh ejen pencarian bakal ketika dia masih belajar. Mula menjadi model pada tahun 1995 dan pada tahun 1999 dia sudah memualakan kariernya sebagai pelakon, sebelum beralih ke siri TV pada tahun 2003.

Kubodera paling dikenali dengan watak Kunzite dalam Pretty Guardian Sailor Moon, sebuah adaptasi televisyen daripada siri manga Sailor Moon.

Walau bagaimanapun, berita kematiannya ini dijadikan bahan netizen di media sosial.

Walaupun hanya mahu bergurau, rasanya tidak sesuai jika berita kematian dijadikan bahan lawak. Kita tidak tahu situasi apa yang dialami oleh si mati. Hormati keluarga mangsa.

Rest in Peace, Akira Kubodera!

Sumber: Harian Metro

IKLAN