Hubungan bintang Enola Holmes, Millie Bobby Brown dengan anak kepada penyanyi Jon Bon Jovi iaitu Jake Bongiovi melangkah setapak kehadapan selepas dilamar oleh kekasihnya.
Malah, Millie Bobby Brown mengejutkan dunia apabila dia mengumumkan dia bertunang pada usia 19 tahun dengan teman lelakinya.
Pelakon The Stranger Things dan Enola Holmes mengumumkan berita itu di Instagram dengan gambar hitam-putih dirinya dan tunangnya. Cincin pertunangan berlian boleh dilihat di jari manis kirinya.
“I’ve loved you three summers now, honey, I want ’em all,” Millie menulis sebagai kapsyen foto dengan hati putih yang diselitkan daripada lirik lagu Taylor Swift.
Bongiovi, 20, turut berkongsi berita itu di Instagramnya sendiri, yang diberi kapsyen, “Selama-lamanya.”
Pasangan ini telah muncul di permaidani merah beberapa kali selama bertahun-tahun, termasuk di tayangan perdana antarabangsanya untuk Stranger Things Musim 4 dan Enola Holmes 2 pada tahun 2022.
Ads
Menurut laporan People, Millie dan Jake mula-mula dikhabarkan akan berpacaran pada Jun 2021 dengan memuat naik foto swafoto bersama.
Cuma pada masa itu Jake masih menyematkan perkataan BFF atau best friend forever. Kemudian pada November 2021, Milly memuat naik foto dirinya mencium Jake. Dan pada awal 2023, Millie menamakan Jake sebagai pasangan hidupnya.
Ads
Rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri komen mereka dengan ucapan gembira kepada pasangan muda itu. Tak kurang juga yang terkejut dengan pertunangan mereka disebabkan usia mereka yang masih muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan dalam drama Korea memang sering membuatkan penonton ‘tergila-gila’ kerana walaupun hanya lakonan, namun chemistry yang ditunjukkan oleh para pelakon berjaya mencuri hati peminat. Tanpa pasangan yang serasi, tidak mungkin wujud drama berkualiti dan digilai para peminat.
Menyingkap kembali barisan k-drama yang ditayangkan sepanjang tahun 2020 ini, berikut kami senaraikan antara couple paling best dalam drama Korea yang pernah ditayangkan tahun ini.
Drama yang ditayangkan di saluran SBS meraih rating sebanyak 37%. Song Da Hee (Lee Cho Hee) dan Yoon Jae Seok (Lee Sang Yi) membuatkan penonton tidak jemu menonton sehingga 100 episod yang ditayangkan. Ya, ini adalah antara drama Korea yang mempunyai episod terpanjang.
Tampil dengan tema ‘keluarga adalah keluarga’, Song Da Hee dan Yoon Jae Seok berjaya membuatkan penonton tidak berganjak dari episod pertama hingga terakhir, untuk melihat mereka mencapai kebahagiaan bersama.
2. Park Joon Young & Chae Song Ah – Do You Like Brahms?
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar yang meminati bidang muzik. Park Joon Young (Kim Min Jae) mula bermain piano semasa berumur 6 tahun. Dia memenangi pertandingan terkemuka di negara sebelum meneruskan pertandingan di seluruh dunia.
Manakala, Chae Song Ah (Pak Eun Bin) seorang senior kolej yang mengambil bahagian dalam persembahan biola. Setelah menamatkan pengajian dalam jurusan perniagaan, dia memasuki universiti yang sama sekali lagi untuk pergi ke sekolah muzik selepas empat kali mencuba. Dia berumur tujuh tahun lebih tua daripada rakan sekelasnya. Walaupun berbeza umur, dia tekad untuk meneruskan impiannya.
Kedua-dua pasangan ini mempunyai daya tarikan tersendiri dan berjaya membawa watak dalam drama ini dengan baik. Chemistry antara Kim Min Jae dan Park Eun Bin menyempurnakan lagi watak mereka dan membuatkan penonton terpesona serta ‘menangkap’ perhatian penonton sehingga episod terakhir.
3. Moon Young & Kang Tae – It’s Okay To Not Be Okay
Drama It’s Okay To Not Be Okay merupakan comeback buat Kim Soo Hyun selepas menamatkan latihan ketenteraannya dan tidak sangka, drama ini mendapat sambutan ramai. Moon Kang Tae seorang lelaki yang memiliki segalanya, termasuklah tubuh yang hebat, kecerdasan dan penuh rasa simpati terhadap orang lain. Dia digambarkan mempunyai karakter yang sempurna, namun mempunyai saudara lelaki yang menghidap autism.
Pasangan ini jatuh cinta ketika mereka mengatasi trauma zaman kana-kanak mereka. Tidak dinafikan, kedua-dua pelakon ini berjaya mencipta chemistry yang memberi kesan kepada penonton.
Kejadian buruk akibat paragliding menemukan Yoon Se-Ri (Soon Ye-Jin) dan Ri Jeong-Hyeok (Hyun Bin), seorang tentera yang menyelamatkannya ketika sesat mendarat di daerah Korea Utara. Drama ini juga pernah menjadi fenomena pada awal tahun lalu kerana kekacakan Captain Ri dan chemistry yang ditunjukkan bersama Yoon Se-Ri dalam drama 16 episod ini.
Disebabkan drama ini juga, sepasang pasangan di Filipina turut merakamkan foto perkahwinan mereka bertemakan Crash Landing On You.
Segala-galanya tentang drama ini adalah sangat hebat, dari segi plotnya, ketegangan jalan cerita dan paling utama, kisah percintaan yang dipaparkan. Moon Chae Won dan Lee Joon Gi sebelum ini pernah bergandingan dalam drama Criminal Minds pada 2017, jadi tidak hairanlah sekiranya mereka memang pasangan yang serasi di kaca televisyen.
Daripada adengan bahagia mereka sebagai pasangan suami isteri dalam Flower of Evil, sehinggalah Ji Won menangis kerana pembohongan Hee Sung yang tidak terkawal, kedua-dua mereka berjaya menarik perhatian penonton sehingga saat akhir episod drama ini.
Menceritakan tentang Yi Yeon (Lee Dong Wook) yang merupakan gumiho (rubah jantan berekor sembilan) yang menetap di sebuah bandar. Karakternya digambarkan pernah menjadi dewa gunung, tetapi kini hanya seekor gumiho yang menyamar sebagai manusia dan seorang atlet hebat yang sentiasa kehilangan tenaga kerana menggunakan kuasanya ketika melakukan tugasan.
Nam Ji Ah (Jo Bo Ah) mencari Lee Yeon yang telah menyelamatkan nyawanya suatu ketika dahulu. Percintaan fantasi mereka tidak kurang epik, dengan adengan payung yang romantic menjadikan chemistry dua pelakon ini bersatu.
Pasangan muda yang berjaya menawan hati penonton pada tahun ini adalah Lee Sung Kyung dan Ahn Hyo Seop menerusi drama Dr. Romantic 2. Percintaan mereka berkembang ketika keduanya ditugaskan untuk bekerja dengan Dr. Kim (Han Suk Kyu) di Dol Dam Hospital.
Walaupun mempunyai keperibadian yang berbeza, namun penonton masih mahu menyaksikan gandingan dua pelakon ini dalam setiap episode.
Macam mana, korang setuju ke tidak? Agak-agak korang couple mana paling sweet?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, laman web undian popular dunia hiburan Korea, KingChoice telah pun mencalonkan kategori Pelakon Lelaki Paling Kacak di Korea untuk dipilih oleh peminat mereka.
Selepas beberapa minggu undian dibuka, berikut adalah hasil undian yang diterima dan peminat telah pun memilih lelaki-lelaki dalam senarai ini sebagai 20 Pelakon Korea Paling Kacak.
Jom kita lihat siapa antara selebriti yang tersenarai.
Ingatkan perkahwinan Diraja Inggeris, rupanya pertunjukan fesyen koleksi Raya.
Berlangsung di Stadium Chin Woo Kuala Lumpur semalam, pasukan Zalora dan Rizalman Ibrahim nyata telah berhempas pulas untuk menyiapkan sebuah persembahan fesyen Raya yang lain daripada yang lain.
Dengan konsep Diraja Inggeris, rata-rata inspirasi dekor dan lagu yang dimainkan begitu hampir dengan realiti yang sebenar. Apa yang lebih mengujakan adalah apabila para tetamu mereka menyarungkan persalinan seperti betul-betul ingin menghadiri perkahwinan puteri dan putera kerabat diraja Inggeris!
Siapa paling wow semalam? Jom kita lihat.
01
Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
Walaupun caption “Lalu kami pun feeling mengikut tema” mencuit hati ramai pengikut mereka di Instagram, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari seperti biasa tidak mengecewakan dalam bab berfesyen apabila menyarungkan jenama Rizalman. Selain bahagian belakang skirt Scha yang cukup menarik, kami juga gemarkan solekan dan dandanannya yang minamal.
02
Izara Aishah
Kemunculan muse koleksi Raya 2018 Dato’ Rizalman Ibrahim ini amat dinanti-nantikan. Jika pada tahun lalu Izara mempersembahkan tarian Bollywood khas untuk para tetamu, kali ini dia mengambil tempat duduk khas sebagai tetamu VIP.
Dress paras lutut kelihatan cantik terletak pada figuranya. Lihatlah perincian butang pada bahu yang menaikkan seri wajah Izara serba matte. Less is definitely more!
03
Noor Neelofa
Fesyenista hijab ini membuktikan persalinan baju Raya pun boleh kelihatan chic dan elegan apabila dia memilih salah satu rekaan koleksi #RizalmanForZalora. Kemudian, Neelofa memadankannya dengan aksesori sarung tangan baldu (woot!), topi fascinator dan solekan nude oleh jurudandan, Dr. Mukhlis.
04
Hael Husaini
Siapa kata lelaki tak boleh tampil bergaya? Hael Husaini memilih sut kemas dan fitted bercorak plaits untuk digandingkan dengan beg sandang Christian Dior. Seperti biasa, Hael kemaskan look ini dengan aksesori kaca mata hitam.
05
Yaya Zahir
Ringkas tetapi elegan!
Yaya Zahir kelihatan cukup chic dengan persalinan tuksedo moden yang diberikan nafas segar. Penulis cukup menggemari bahagian lapel blazer yang mempunyai bentuk wajah orang.
06
Puteri Kesultanan Pahang
Dan tentunya, puteri kesayangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar tidak ketinggalan untuk menjadi jemputan VIP semalam.
Walaupun ada yang memilih untuk berbaju kurung seperti Tengku Puteri Jihan Azizan Abdullah (2 dari kiri) dan Tengku Puteri Iman Afzan Abdullah (3 dari kiri), mereka cukup kena dengan tema yang ditampilkan #RizalmanForZalora iaitu Royal Escort. Turut hadir ialah (dari kanan) Tunku Kaiyisah, Puteri Afzan Shakira dan Puteri Suraiya Afzan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!