Bina Kubur Palsu, Cara “Rare” Nak Ajar Rakyat Malaysia Yang Pengotor

Share

Isu pembuangan sampah merata-rata dan bukan di lokasi disediakan masih agak menebal di kalangan  mereka yang suka mementingkan diri sendiri. Bagi mereka asal masalah dah satel cukup dan dan biar orang lain fikirkan.

Sebab itulah tepi semak, tepi jalan, rumah kosong, tanah-tanah terbiar, sungai dan lain-lain lokasi sering menjadi tempat membuang sampah.

Walau ada papan tanda dan amaran denda tapi golongan selfish ini masih selamba buang sampah.

Namun idea bijak sebuah kampung dikatakan di Panji Alam, Kuala Terengganu yang membina kubur palsu di lokasi tepi jalan yang penuh dengan sampah memang rare dan amat bijak.

Ternyata sampah yang penuh dan selepas dibersihkan serta dibina kubur di situ, tempat tersebut terus bersih.

Memang padu cara nie. Nampaknya elemen menakutkan seperti tanah perkuburan masih menghantui rakyat Malaysia sehingga tempat itu benar-benar bersih.

Sumber :Man Fazli

 

IKLAN