“Bila Keluar Dari Malaysia Everything Is “Halal”, Lelaki Ini Bongkar Trik Peniaga Di Korea

Share

Pengaruh Oppa di Malaysia memang bukan calang-calang. Ada yang memang sanggup travel ke negara kimchi ini bukan saja terkenal dengan K-Pop dan K-Drama, malah makanannya yang sedap-sedap!

Maklumlah, nak rasai pengalaman sendiri berada di negara K-Pop. Sudah pasti perkara pertama selalunya masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam cari adalah makanan halal.

Seorang pengguna Twitter, Najib Ayub telah berkongsikan video beliau di Myeongdong Street dan kelihatan dalam video tersebut papan tanda yang memiliki logo halal diletakkan di bawah dan papan tanda dengan gambar menu khinzir tertera di kedai.


Yang mengejutkan guys, menurut Najib, pemilik gerai itu akan menukar papan tanda yang dipamerkan bergantung kepada crowd,

jika ada ramai pengunjung beragama Islam melalui jalan tersebut beliau akan tukar kepada papan tanda halal. Jika tidak ramai pengunjung Islam, mereka akan menggunakan papan tanda yang biasa. Whatttt!!!! Pandai betul trik perniagaan dorang ni kan.

Babi ‘halal’???

Selain itu, melalui sebuah posting restoran halal di Seoul turut mengesahkan bahawa kebanyakan makanan jalanan di Myeongdong Street tidak halal. Malah, ia adalah sesuatu yang tidak menyenangkan.

Netizen turut memberi pendapat

Rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian tersebut dan berharap mereka yang akan melancong ke sana akan lebih berhati-hati serta memeriksa dahulu bahan-bahan yang ada dalam makanan tersebut. “So buat kajian tentang sesuatu tempat yang nak pergi. Bagi muslim makanan halal memang penting kecuali bila darurat,”

Just avoid buying daging related

Najib turut berkongsi tip kepada semua travel yang nak ke Korea agar melawat Korea Tourism Organisation Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan info-info halal.

So apa pendapat korang dengan perkongsian saudara Najib Ayub ini. Sebenarnya, ada banyak makanan termasuklah makanan yang di jual penjaja jalanan tapi Muslim boleh makan di Korea Selatan. Cuma kita perlu lebih berhati-hati dan bijak memilih.

Memanglah kita perlu memeriksa jika Halal, tapi tak ke rugi kalau dah ada di sana dan enggan mencari makanan Korea yang Halal?

Sumber : Twitter Najib_Ayub 

IKLAN