“Bila Dapat Offer Kerja Baru, Jangan Sesekali Terima Counter Offer Majikan”, Kalau Nak Tahu, Ini Sebabnya…

Share

Ramai orang berpindah tempat kerja atas pelbagai alasan. Ada yang dapat gaji lebih mahal, ada yang bosan kerana terlalu fussy. Ada yang bergaduh dengan rakan sekerja. Ada sebab gaji tak pernah naik sejak dua tiga tahun ini dan pelbagai lagi alasan.

Di bawah ini disenaraikan 10 tip kerjaya yang ditulis oleh Norizan bin Sharif  di facebooknya yang turut menjadi kolumnis di akhbar Sinar Harian atas nama Bicara Nobisha.  Beliau kini menetap di Amerika Syarikat.

 

Ternyata, generasi muda hari ini  mudah terkeliru apa yang mereka kehendaki dalam kerjaya masing-masing.

Apa 10 tips kerjaya darinya:

Pilih sama ada nak jadi generalist atau specialist. Nak jadi generalist, kerja dengan syarikat kecil. Semua benda kita buat. Nak jadi specialist, kerja dengan syarikat besar. Kita buat satu skop kecil saja.

 

Sama ada kita kerja tetap, sementara atau kontrak, anggaplah kita kontraktor. Kita diambil untuk buat satu-satu kerja. Sampai masa kita akan pergi. Usah sedih apabila pencen, ditukarkan atau diberhentikan.

Pastikan kita ada dua saluran pendapatan. Buat freelance dalam bidang yang tak ada kaitan dan tak ganggu kerja hakiki. Simpan kesemua pendapatan tambahan. Usah joli sangat sewaktu muda.

Usah gunakan kenaikan gaji atau bonus untuk scale-up gaya hidup. Gunakan untuk bayar hutang, buat pelaburan atau simpanan. Tak perlu nak beli kereta baru apabila naik gaji. Hidup lebih tenang kalau tak ada hutang.

Bezakan antara kos sara hidup dan kos gaya hidup. Berbelanja di bawah kemampuan. Apa saja wang lebih dari kos saraan hidup, simpan untuk masa depan. Bukan untuk sara gaya hidup.

Usah ingat kita kerja tetap, kerja itu jadi milik kita sampai bila-bila. Kalau majikan nak buang kita, tak susah sangat pun. Ada 1001 cara. Bersedia untuk berhenti atau diberhentikan.

Gunakan gaji ikut formula 50:30:20. Begini. 50% gaji bersih untuk kos tetap seperti ansuran / sewa rumah dan kereta. 30% untuk kos tak tetap seperti makan di luar, beli pakaian atau melancong. 20% untuk simpanan atau pelaburan. Kalau tak dapat simpan 20% sebulan, cubalah 10%.

Sekiranya kita ditawarkan kerja baru, usah terima counter offer dari majikan sedia ada. Sebab kita minta kerja baru ialah tak suka tempat kerja sekarang. Atau nak cari padang baru. Kalau counter offer setakat naik gaji atau jawatan, ia tak selesaikan masalah tak suka tempat kerja. Ia juga tak berikan padang baru. Kalau majikan tawarkan langit dan bulan untuk kita kekal, boleh difikirkan.

Walau bagaimana hebat sekali pun, usah ingat kita tak boleh digantikan. Pekerja datang dan pergi. Apabila kita pergi, orang lain yang datang mungkin lebih baik dari kita. Beri sokongan kepada dia. Usah burukkan pengganti kita.

Apabila nak berhenti kerja, berhentilah elok-elok. Zip mulut dan usah bercakap buruk tentang majikan. Kalau nak bercakap, bercakaplah yang elok. Apa saja yang buruk kita cakap, akan sampai balik kepada bekas majikan. Kita tak tahu, suatu hari nanti mungkin kita nak minta tolong bekas majikan. Atau, kembali bekerja di situ.

Sumber :- Norizan bin Sharif

 

IKLAN