Burger King Merayu Suruh Beli McDonalds, Kesan Pandemik Sama Dipikul

Share

 

Kebiasaannya persaingan yang hebat akan berlaku di antara dua perniagaan yang menjalankan operasi perniagaan yang sama.

Namun hari ini situasi itu telah berubah. Kesan pandemik Covid-19 membuatkan semua pihak berganding bahu bagi memperjuangkan agar perniagaan terus kekal. Bayangkan jika satu perniagaan ditutup, pasti ramai yang akan kehilangan kerja.

Oleh itu, Burger King di United Kingdom telah mengambil pendekatan yang sangat menyentuh hati dan bertimbang rasa. Dalam satu ciapan poster di laman Twitter jenama makanan segera popular itu, mesej yang disampaikan berbunyi,

“Pesan dari McDonalds. Kami tidak pernah menyangka yang kami akan meminta anda melakukan pekara ini, tetapi restoran-restoran ini menampung ribuan pekerja yang sangat memerlukan sokongan anda Ketika ini.

Jadi kita anda mahu membantu, sila jamu diri anda dengan makanan menerusi konsep pesan hantar ke rumah ataupun pembelian secara pandu lalu. Beli Whopper memang sedap, tapi kalau beli Big Mac pun ok juga.”

Selain McDonalds beberapa jenama rangkaian makanan segera yang turut disebut di dalam poster itu seperti Taco Bell, papa John’s, Domino Pizza, Pizza Hut, KFC, Subway dan banyak lagi.

***P/S – Comel pula langkah yang diambil Burger King ni, dalam masa yang sama it is a good marketing! Eh lapar pula, Burger King ke McDonalds?

IKLAN