Drama atau filem seram berkisarkan tentang zombie antara yang menjadi kegemaran peminat kerana jalan ceritanya menarik dan mampu membuatkan penonton berdebar setiap kali menyaksikan aksi ganas yang dipaparkan.
Tidak dinafikan Korea banyak menghasilkan drama-drama mahu pun filem yang membawa tema zombie yang kebanyakannya memang best untuk dilayan. Kalau korang sememangnya gemar menonton kisah zombie ini, berikut kami senaraikan antara drama dan filem zombie terbitan produksi Korea Selatan.
1. All Of Us Are Dead
Drama ini menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah ketika virus zombie merebak dan mereka berhempas pulas berjuang untuk meneruskan hidup. Siri ini adalah berdasarkan webtoon popular dari Jong Dong Geun yang dikenali sebagai ‘novel grafik zombi gaya Korea’.
2. Kingdom
Drama ini berlatarkan zaman Joseon, zaman pertengahan di Korea, seorang menteri bercita-cita tinggi yang mahu mengambil alih takhta, “menyimpan” raja yang sakit yang nampaknya telah mengubahnya menjadi zombie.
Menteri tersebut menyimpan rahsia ini dari semua orang, hanya permaisuri yang mengetahui tentang perkara itu. Walau bagaimanapun, anak raja, putera mahkota cuba untuk mengungkap rahsia itu. Putera mahkota mencari doktor yang merawat bapanya (raja) dan mendedahkan kebenarannya.
3. Rampant
Dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hyun Bin, Jang Dong Gun, dan Kim Tae Woo, cerita ini mengisahkan tentang Lee Chung yang telah menjadi tebusan politik Dinasti Qing sebagai. Selepas 10 tahun, dia pulang semula ke Joseon dan kepulangan itu telah menemui sesuatu yang mengejutkan. Bukan sahaja terpaksa berdepan dengan zombie tetapi juga menerima berita kematian abangnya disebabkan oleh konspirasi dalaman istana.
Ads
4. Alive
Alive merupakan filem survival thriller tentang wabak misteri yang secara tiba-tiba merebak di seluruh Seoul. Wabak tersebut berkembang dengan cepat di luar kawalan dan menyebabkan seluruh Korea tidak dapat mengakses internet mahu pun talian komunikasi. Joon Woo dan Yoo Bin lakonan Yoo Ah In dan Park Shin Hye mereka masing-masing tinggal bersendirian dan terperangkap di dalam sebuah pangsapuri.
5. Sweet Home
Drama lakonan Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Do Hyun, Lee Si Young, Park Gyu Young ini mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah yang terpaksa meninggalkan rumahnya selepas tragedi menimpa keluarganya, hanya untuk menghadapi sesuatu yang lebih menakutkan, di mana raksasa berusaha menghapuskan umat manusia. Kini dia mesti berjuang bersama segelintir manusia untuk mencuba dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat.
6. Train To Busan
Seok Woo ialah seorang duda yang obses dengan kerjanya dan jarang meluangkan masa bersama anaknya, Soo-an. Sewaktu ulang tahun kelahiran, Soon-an mahu bapanya membawanya ke Busan untuk melawat ibunya. Pada keesokan harinya, mereka menaiki keretapi KTX di Seoul.
Ads
Sebelum berlepas dari Stesen Seoul, seorang wanita dengan luka gigitan di kakinya menaiki keretapi tersebut. Wanita itu kemudiannya bertukar menjadi zombi dan menyerang seorang pekerja keretapi yang kemudiannya juga bertukar menjadi zombi. Jangkitan itu merebak dengan pantas di dalam keretapi tersebut. Seok-woo, Soo-an dan penumpang-penumpang lain perlu menyelamatkan nyawa mereka di dalam keretapi yang bergerak itu.
7. Happiness
Jika All Of Us Are Dead menceritakan tentang kisah sekumpulan pelajar yang ingin menyelamatkan diri dari zombie di sekolah, Happiness lakonan Park Hyung Shik dan Han Hyo Joo memperlihatkan bagaimana penghuni apartment yang ingin berjuang untuk hidup daripada terkena wabak zombie.
8. Zombie Detective
Kim Moo-Young sudah menjadi zombie dua tahun lalu. Untuk terus hidup, dia mengajuk kelakuan manusia di sebuah kampung dan kemudiannya berhijrah ke bandar. Di sana lelaki ini membuka sebuah pejabat dan bekerja sebagai penyiasat peribadi, dia tidak mengingati apapun sebelum menjadi zombie. Dia berjuang untuk hidup dalam kelompok manusia dan berusaha mengembalikan ingatannya.
Ads
9. Peninsula
Peninsula menceritakan tentang seorang tentera dan beberapa orang yang terselamat berhasil melarikan diri daripada watak zombie di Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai Peninsula. Mereka berusaha untuk menyelamatkan individu yang tidak dijangkiti wabak tersebut namun perlu berhadapan dengan serangan zombie.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi warganet yang tidak putus mengikuti perkembangan pelakon jelita, Nad Zainal, yang telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Terbaharu rakan aktres tersebut yang juga pelakon, Ungku Ismail Aziz, berkongsi perkembangan terkini Nad yang juga nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin menerusi satu perkongsian di entri Instagram miliknya.
Menurut Ungku, pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu telah menunjukkan tanda positif apabila sudah mula sedar selain doktor juga memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasan, sejak pagi semalam.
“Alhamdulillah, Nad banyak menunjukkan perkembangan dan proses penyembuhannya juga bagus. Dia bagaimanapun, masih di bawah pengawasan rapi doktor dan saya berharap semua akan mendoakan urusannya dipermudahkan serta lancar.
“Dia juga sudah boleh bercakap, cuma suaranya sangat kecil. Begitu juga dengan pergerakan, dia boleh memegang telefon bimbit, cuma tidak dapat menaip kerana sudah lama tidak menggunakan anggota tangannya,” katanya.
Selain itu, Ungku turut menitipkan harapan agar orang ramai dapat menghentikan sebarang spekulasi yang dapat menimbulkan salah faham mengenai keadaan pelakon berkenaan.
“Sudah-sudahlah membuat spekulasi tentang apa yang menyebabkan penyakit dia. ‘Long covid-19’, masalah buah pinggang.. semua itu tidak keluar dari mulut doktor.
“Sepanjang saya bersama doktor juga tidak ada pun dimaklumkan punca penyakit ini disebabkan apa yang dia makan,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Adellea Sofea itu berkesempatan menzahirkan penghargaan buat orang ramai yang tidak pernah lekang mendoakan kesejahteraan Nad Zainal.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas peserta Hero Remaja 2021/2022, Amir Ahnaf tampil dengan pendapatnya mengenai tindakan segelintir netizen melabel segelintir selebriti sebagai ‘muka awam’.
Menerusi ciapan di platform X, pelakon naskhah popular Projek: High Council itu berkata seseorang selebriti yang memiliki ‘muka awam’ iaitu merujuk kepada rupa paras yang tiada tarikan, sebenarnya mempunyai kelebihan untuk membawa sesuatu watak.
“Nak tahu sesuatu tak? Mierul pernah borak dengan Amir, muka awam kita ini iaitu Melayu akan banyak membantu untuk pemain melakonkan watak.
“Kerana dalam kehidupan kita seharian ini memang tak lari daripada realiti. Hari-hari kita tengok rupa orang awam. Jadi kita dah terbiasa. Bila kita dah terbiasa, otak akan ‘setting’ sebegitu rupa,” ciapnya.
Mengulas lanjut, pelakon berusia 23 tahun itu turut menyifatkan dengan memiliki wajah sebegitu, secara tidak langsung ia dapat memberi impak yang baik terhadap penonton kerana mereka akan lebih memahami lakonan aktor tersebut.
“Ia perkara yang baik, bila orang awam memainkan watak sebab mereka boleh pamerkan realiti dalam bentuk karakter.
“Rasa itu lagi menusuk jiwa penonton sebab bentuk rupa yang tak lali dari perhatian. Hari-hari tengok kan, kau betul-betul ‘feel vibes’ nusantara itu,” coretnya lagi.
Sementara itu, pelakon berbakat besar, Nadhir Nasar juga dilihat bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menekankan bakat lakonan adalah lebih penting berbanding penampilan.
“Sebenarnya, dipanggil ‘muka awam’ tetapi memiliki pengikut dengan apa yang kita sajikan di kaca televisyen adalah satu pujian. Sebab orang tak tengok paras rupa tetapi bakat yang hendak ditunjukkan. Jalan terus!” tulisnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pihak pengurusan acara konsert Walkerworld Tour 2024 tampil membuat permohonan maaf berhubung isu membabitkan penyanyi Indonesia, Putri Ariani yang didakwa tidak bersikap profesional dalam satu sidang media diadakan baru-baru ini.
Pengarah Megatix, Ridzuan Mohammad mengakui kesal dengan insiden tidak diingini yang berlaku hingga tular di media sosial baru-baru ini dan dia tampil menjelaskan punca kekeliruan serta kepincangan komunikasi yang berlaku sewaktu sidang media tersebut.
“Menyedari insiden tidak disengajakan ini mengguris hati rakan media, Megatix dan saya selaku Pengarah Megatix dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada semua rakan media kerana sedar ia adalah khilaf kami”
“Untuk makluman rakan media, semasa insiden saya tiada di situasi tersebut kerana keluar seketika bagi meraikan kehadiran tetamu serta tidak sedar akan salah faham yang berlaku antara pihak media dengan Putri Ariani”
Jelasnya, pihak Megatix menyedari kesalah fahaman tersebut setelah melihat laporan media bahawa Puteri Ariani didakwa telah mengabaikan dan tidak mengendahkan kehadiran rakan media
Menurutnya lagi, pihaknya juga telah mengenal pasti pihak dan punca insiden tidak diingini itu berlaku. Namun, dia tidak mahu terus memanjangkan isu dan mengeruhkan keadaan dan kami bersepakat untuk memperbaikinya secara dalaman.
Dalam pada itu, Ridzuan berkata, atas kesilapan komunikasi penganjur yang dilantik, insiden itu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan kepada Putri Ariani.
“Sejujurnya, kami mahu memperbetulkan tanggapan negatif dilemparkan terhadap Putri Ariani kerana menyinggung rakan media Malaysia yang telah menunggu hampir dua jam dan juga tidak muncul semula selepas itu”
“Seperti rakan media sedia maklum Putri Ariani seorang insan istimewa disayangi ramai peminat muzik di berdiri atas bakat suara luar biasanya, dan dari segi personaliti dia seorang yang positif, periang dan baik hati”
Jelasnya lagi, Putri Ariani juga sangat menghormati pihak media dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap sesi temu bual. Dia turut khawatir akan kecaman daripada netizen bakal memberi kesan terhadap emosi Putri Ariani seterusnya menjejaskan persembahan.
Sehubungan itu, Ridzuan menambah, bagi memperbaiki keadaan dan memastikan hubungan baik antara kedua-dua pihak, Megatix mengambil iktibar dan teladan dalam pengurusan acara pada masa hadapan dan bersedia menerima teguran mahu pun nasihat rakan media.
Sekadar info, Puteri Ariani akan berkongsi pentas melakukan persembahan di konsert Walkerworld Tour 2024 pada 22 Jun ini bersama DJ Electronic Dance Music (EDM), Alan Walker. Selain Putri Ariani, konsert itu akan turut diiringi dengan persembahan artis jemputan lain seperti Robin Packalen dan Sofiloud.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!