Penyanyi dan juga peserta Big Stage 2023, Puteri Khareeza mampu menarik nafas lega apabila juri tetap meminta produksi rancangan tersebut untuk memberikan peluang terakhir kepada mereka yang berada di tangga tiga terbawah.
Selain Puteri , peserta yang menduduki ‘bottom three‘ ialah Hoondoo dan Firdaus Rahmat.
Manakala, peserta yang menerima markah tertinggi sebanyak 95.00% sekali gus menduduki kedudukan pertama bagi minggu kelapan ialah Nadeera Zaini dengan mendendangkan lagu Problem nyanyian asal Ariana Grande ft Iggy Azalea.
Ads
Penyanyi Putera Muhammad pula sekali lagi menjadi pemenang Dominasi Persembahan Terbaik Konsert Minggu 8.
Berikut merupakan senarai markah penuh peserta bagi konsert minggu kelapan Big Stage:
Nadeera Zaini : 95.00%
Putera Muhammad : 90.00%
Waode : 87.33%
Aufahanie : 83.67%
Dem Lepak Boyz : 80.67%
Firdaus Rahmat : 76.33%
Puteri Khareeza : 76.00%
Hoondoo : 58.67%
8 peserta yang akan berentap ke minggu separuh akhir ialah Hoondoo, Waode, Aufahanie, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz, Firdaus Rahmat, dan Puteri Khareeza.
Ads
Rancangan realiti yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini turut dijurikan oleh penyanyi berbakat, Aina Abdul sebagai juri tetap Big Stage 2023 bersama komposer terkenal, Ajai selain juri juara undangan ialah penyanyi bersuara emas, Ziana Zain.
Manakala, figura yang menduduki kerusi juri presiden netizen pada minggu ini ialah pelakon meningkat naik, Anna Jobling.
Ads
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sekarang ni sedang menular wabak influenza di seluruh Malaysia dan bukan hanya dijangkiti oleh bayi, orang dewasa juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa virus ini.
Sudah tentu ramai yang ingin mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan seisi rumah terhindar daripada wabak ini.
Jadi, apa yang korang boleh buat?
Menurut info dari Enaz Safe yang mendapat lebih daripada 20 ribu shares di laman Facebook, dia menggunakan Disinfectant Spray Dettol kerana ia berguna jika ada family korang yang demam, batuk atau selesema.
Kalau rumah korang ada baby dan risau mereka akan dijangkiti dengan virus tersebut, spray kan saja produk tersebut untuk meneutralkan udara persekitaran, permukaan dan sekali gus membunuh virus dan kuman.
Jika ada tetamu yang datang ke rumah juga, selepas sahaja mereka pulang kita boleh spray di persekitaran dalam rumah. Baunya pun best, wangi.
Dettol Spray Disinfectant boleh membantu melindungi keluarga daripada kuman dengan membantu mencegah penyebaran bakteria dan virus berbahaya.
Formula unik produk ini terbukti membunuh 99.9% bakteria dan virus, termasuk E.coli, salmonella dan virus selesema pada permukaan yang terdapat pada pemegang pintu, tong dapur dan kawasan tandas.
Walaupun mungkin ia tidaklah dapat memberikan kesan 100% tapi tak salah sekiranya korang mengambil langkah mencegah dan berjaga-jaga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu-persatu negara semakin bersedia membuka laluan penerbangan antarabangsa dengan negara lain yang tidak berdepan situasi pandemik kritikan pada masa ini
Setelah tiba di Singapura pada minggu ini, Menteri Perdagangan Australia, Dan Tehan berkongsi mengenai persediaan Australia untuk membenarkan perjalanan rakyat di antara Australia dan Singapura seawal hujung tahun ini.
Persetujuan jenis ‘travel bubble’ (gelembung perjalanan) ini pada asalnya dirancang untuk dilaksanakan lebih awal pada tahun ini. Namun, disebabkan kenaikan kes akibat wabak COVID-19 dan penularan varian Delta di Sydney sehingga memaksa bandaraya paling ramai penduduk di Australia itu mengenakan perintah berkurung sejak 26 Jun lalu; kedua-dua negara mengambil keputusan menundanya.
Apapun, Australia komited untuk melancarkan travel bubble dengan Singapura tanpa memerlukan rakyat diletakkan di bawah perintah kuarantin setelah mereka tiba di destinasi.
Ini demi memberi peluang kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke Australia ataupun untuk kepentingan perniagaan.
Kata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Singapura, Will Hodgman ketika temuramah bersama Bloomberg TV pada hari ini, “Komitmen yang utuh telah dipersetujui kerajaan Australia dan Singapura untuk mempercepatkan sistem – keupayaan operasi, persediaan asas yang perlu dikecapi – demi memastikan perjalanan yang selamat.”
Antara persediaan asas yang dimaksudkan itu termasuklah meningkatkan peratusan rakyat yang menerima dos suntikan vaksin di Australia. Untuk pengetahuan, Singapura telah berjaya memastikan 70 peratus rakyatnya telah sekurang-kurangnya menerima satu dos vaksin setakat ini, berbanding hanya 26 peratus rakyat di Australia.
Sebelum ini, media di Australia pernah melaporkan negara itu sedang merancang meluaskan aturan laluan penerbangan dua negara kepada tiga negara iaitu antara Australia – Singapura – New Zealand.
Wanita anggun ini tidak perlu diperkenalkan lagi namanya, Intan Ladyana yang merupakan seorang pelakon dan juga model terkenal merupakan isteri kepada Harris Alif.
Mengikat tali pernikahan pada 5 Februari 2021, pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Eviee Khadija.
Perkahwinan antara Intan dan juga Alif terlebih dahulu menjadi bukti bahawa cinta itu tidak mengenal usia, jarak 17 tahun bukanlah penghalang untuk bahagia.
Terbaharu, dalam hantaran di laman Instagram Harris, dia memuat naik sebuah gambar yang menampilkan dirinya dan juga isteri bersama anak sedang menikmati percutian di atas sebuah kapal layar. Apa yang menarik perhatian adalah penampilan Intan yang berhijab.
Penampilan Intan yang cantik menggayakan tudung dan blaus rona kelabu dan berseluar hitam ternyata menarik perhatian dan ramai yang memuji gayanya berhijab.
Walaupun begitu, tiada pengesahan yang menyatakan selebriti ini sudah berhijab sepenuhnya atau belum.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!