“Berwuduk Dari Rumah”, Menteri Agama Bagi ‘Syarat’ Solat Jumaat Dikala COVID-19 Mengganas!

Share

Penularan COVID-19 kini dikategorikan sebagai pandemik oleh PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO). Amaran itu dikeluarkan susulan 118,000 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan seluruh dunia meliputi 110 negara.

Sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa pada ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19.

Solat Jumaat diteruskan namun dengan syarat

Menerusi kenyataan media beliau yang dimuatnaik dilaman facebook rasminya, Dr Zukifli menasihatkkan pihak masjid serta orang ramai untuk ambil langkah berjaga-jaga termasuklah mengambil wuduk dari rumah lagi. Hal ini bagi mengurangkan risiko wabak COVID-19.

Antara syarat lain yang dinyatakan ialah :

1. Khutbah dipendekkan
2. Orang ramai berwuduk di rumah lagi.


3. Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.
4. Pihak masjid atau jemaah yang wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.

Dr Zulkifli juga menjelaskan bahawa wabak COVID-19 berada di tahap tidak terkawal, Solat Jumaat boleh tidak dilakukan namun wajib diganti dengan solat Zohor.

Rata-rata netizen yang membaca kenyataan ini memberikan komen lega dan jelas dengan apa yang disampaikan berkenaan isu solat Jumaat esok!

So korang yang lelaki tu jangan tak pergi solat Jumaat pula. Mari la kita berdoa, moga-moga cepat la berakhir wabak yang mengancam nyawa ini. 

 

IKLAN