Setiap gerbang perkahwinan yang dibina pasti akan diiringi doa dan harapan agar ia berkekalan hingga ke nafas terakhir.
Namun, tidak semua yang kita impikan itu akan tertunai. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh penyanyi Tegar Septian setelah mengumumkan bahawa dirinya dan isteri, Sarah Sheilka telahpun bercerai selepas tiga tahun berkahwin.
Tegar Septian dan dan isteri, Sarah Sheilka.
Tegar, 21 mengakui personanya sebagai seorang suami yang romantis di Instagram selama ini sebenarnya tidak sama seperti yang digambarkan dalam kehidupan sebenar. Sebaliknya, ramai tidak tahu dirinya selalu runsing.
Dalam nada tertekan, Tegar berkata, “Sudahlah teman-teman. Aku sudah tidak lagi bersama dengan Sarah. Aku sudah terlalu penat dan aku janji tak mahu berulang lagi perkara ini.
“Maaf juga sebab aku bukan manusia yang sempurna. Kalau kalian mahu tahu, aku benar-benar runsing dan tertekan memikirkan urusan itu dan ini,” katanya.
Ads
Perkahwinan Tegar dan Sarah satu ketika dahulu mengejutkan ramai pihak memandangkan usia mereka berdua yang cukup muda.
Pasangan muda tersebut mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 ketika masing-masing masih berusia 19 tahun. Tidak lama kemudian, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Abidzar Oktaviano Putra Septian, kini berusia dua tahun.
Biarpun mahligai perkahwinan cuba dipertahankan, menerusi hantaran di Instagram Story; Tegar berkata dirinya memendam perasaan mengenai kehidupan peribadinya disebabkan, “Terlalu banyak masalah dan panjang sangat untuk diceritakan.”
Tambah peserta program Big Stage 2022 itu lagi, “Aku banyak berada di rumah. Jujur, aku orang yang tak boleh duduk diam saja di rumah. Namun aku sampai kurus kerana banyak berfikir. Nak cari duit pun susah dan di situlah aku depresi.”
Kini, Tegar ingin membina semula kehidupannya dengan meraih semula semangat bagi mengukuhkan sumber kewangan; yakni salah satu faktor yang menjadi punca dirinya murung.
Ads
Semoga Tegar dan isteri bersabar berdepan episod penceraian ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak dapat dinafikan dengan wujudnya laman media sosial ramai orang berupaya menunjukkan ‘belang’ mereka masing-masing. Tapi tahukah korang bahawa tidak semua personaliti yang ditonjolkan oleh seseorang dui laman media sosial menggambarkan mereka yang sebenar?
Begitu juga dengan golongan lelaki terutamanya yang cub mendekati kamu. Untuk kita menilai seseorang berdasarkan apa yang ditonjolkan di laman media sosial lihat sahaja dengan apa aktviti yang dilakukan. Setiap status update, tweet, selife, IG Stories dan jua apa yang mereka like atau repost sebenarnya sedikit sebanyak boleh menggambarkan personaliti mereka.
Jadi, apakah jenis lelaki yang kamu sebagai perempuan harus elak? Bagi Remaja, ada beberapa jenis yang kami perhatikan memang tidak patut kamu dekati.
1. Konon Merendah Diri Tapi Tayang Harta Sana-Sini
Dunia sekarang apa yang kita ada mesti kita nak share ke laman media sosial. Tapi berbeza bagi lelaki jenis ini. Kadangkala gambar yang dimuat naik tidak langsung ada sangkut paut dengan kapsyen yang disertakan. Contohnya dia memuat naik gambar tangannya memegang stereng kereta mewah berserta jam mahal tapi kapsyen tentang kesedihan akan kematian seseorang. Like.. dude, seriously?!
2. Jenis Stalker Yang Kadangkala Creepy
Ya, semua orang ada sifat ingin tahu. Even kamu sendiri yang sedang baca artikel ini pun; kami pasti kamu pun pernah stalk seseorang bukan? Namun, lelaki stalker ini lain sekali. Kadangkala mereka beroperasi secara senyap dan kadangkala secara harfiah. Bila kamu muat naik gambar atau tweet sahaja dia laju je akan like atau komen. Dan komennya pula kadangkala pelik dan menakutkan.
3. Mulut Manis Mengalahkan Lebah Madu
Ramai yang sudah menjadi mangsa lelaki mulut manis. Pantang nampak perempuan berdahi licin dan senyuman ayu sedikit di situlah dia ada. Lelaki seperti ini memang tak patut korang dekati langsung. Entah-entah bukan korang sahaja yang ingin dia try tetapi seluruh kawan-kawan rapat dengan korang.
4. Selfie Setiap Sejam Sekali
Lelaki jenis ini ada masalah keyakinan diri. Somehow mereka mahu validity atau ‘pengesahan’ daripada follower untuk menyatakan yang mereka ini handsome dan kacak. Dan lelaki gila selfie juga biasanya jenis yang tidak lekang dengan telefon pintarnya. Bayangkan kalau keluar dengan dia, pantang nampak benda cantik sikit mesti nak selfie. Korang sanggup ke?
5. Ada Masalah Sikit Meroyan
Ini jenis yang paling bahaya. Actually jenis yang macam ini lagi bahaya daripada ‘mak cik bawang’. Dia tidak pandai mengawal emosi apatah lagi rahsia. Setiap perkara yang berlaku di kuliah, masalah keluarga dan antara rakan-rakan baik tidak perlu di bawa hingga ke pengetahuan orang luar. Cuba bayangkan kalau lelaki jenis ini menjadi boyfriend korang. Pantang tak puas hati sikit habis satu dunia dicanangnya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan pelakon sama cantik sama padan, Syafiq Kyle & Mimi Lana telah menjalin tali pertunangan.
Ini susulan foto cincin disarungkan yang dimuat naik oleh Mimi Lana pada Sabtu, 21 Januari sebagai simbolik kepada fasa bahagia seterusnya buat mereka berdua.
Tanpa mendedahkan sama ada sebuah majlis khas telah dilangsungkan pada hari ini, siapakah tetamu yang hadir ataupun ia sekadar disaksikan oleh mereka berdua dengan kenalan rapat sahaja, Mimi selesa untuk mengungkapkan momen indah itu dengan lima patah kata sahaja pada ruangan kapsyen.
FOTO: Instagram @syafiqkylezFOTO: Instagram @syafiqkylezSyafiq Kyle dan Mimi Lana telah bergelar kekasih sejak tahun 2016, namun hanya mendedahkannya pada tahun 2019 kepada umum. FOTO: Instagram @missmimilana
Terdahulu sewaktu ditemui, Syafiq yang juga merupakan naib juara pencarian Hero Remaja 2011/12 tidak lagi berahsia sewaktu bertemu dengan rakan pemberita.
Bintang drama bersiri One Cent Thief itu meluahkan persediaannya untuk membawa hubungan dengan Mimi Lana ke fasa yang lebih serius pada tahun 2023.
“Ya, saya sudah menghadiri kursus kahwin bersama Mimi. Buat masa ini saya tidak dapat memperincikan tarikh perkahwinan, namun apa yang boleh saya kongsikan dalam tahun ini juga.
“Mohon doa semua dipermudahkan urusan kami,” katanya sewaktu ditemui.
Congratulations lovebirds!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah Remaja ucapkan buat Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina!
Angkasawan negara dan pensyarah, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri tercinta, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat menimang cahaya mata ketujuh di sebuah perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, pada Rabu.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan beliau menerusi sebuah hantaran di platform Instagram miliknya dengan menyatakan bayi lelaki yang dilahirkan seberat 2.98 kilogram itu dalam keadaan yang sihat.
Dalam masa sama, Dr Sheikh Muszaphar turut meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi berkenaan dipermudahkan dan kedua-duanya berada dalam keadaan selamat.
“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat. Terima kasih semua atas doa.
“Bayi lelaki, lahir hari ini, 12 Julai 2023, berat 2.98 kg, panjang bayi 51 cm dan berambut lebat,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan selebriti tidak terlepas untuk mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut selain mendoakan agar bayi mereka itu sentiasa dalam keadaan sihat dan menjadi seorang anak yang soleh.
Sekadar informasi, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan, pasangan itu kemudiannya dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sabah hari ini berduka dengan pemergian salah seorang pemimpin paling lantang memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyatnya. Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan meninggal dunia...