Berita

Berpusu-Pusu Mohon Menjadi Pemandu Bas, Syarikat Singapura Tawar Gaji RM17k Sebulan!

Share

Satu iklan jawatan kosong yang diterbitkan sebuah syarikat bas di Singapura mendapat sambutan menggalakkan selepas menawarkan gaji sebanyak SG$5,000 (RM17,666) untuk pemandu bas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Lagi Isu Tertinggal, Lapangan Terbang Changi Singapura Bebas Pasport Mulai 2024!

Laman berita Mothership melaporkan, syarikat Westpoint Transit Pte Ltd mula membuka permohonan untuk jawatan pemandu bas pada 15 Januari lalu.

Sehingga semalam, syarikat itu menerima sebanyak 1,292 permohonan untuk 10 jawatan pemandu bas. Seramai 450 pemohon ialah warganegara Singapura, manakala 30 daripadanya memiliki ijazah universiti.

Dalam pada itu, berdasarkan keterangan iklan jawatan berkenaan di LinkedIn, tiada syarat kewarganegaraan diletakkan oleh syarikat tersebut. Ini bermakna, warga asing selain warganegara Singapura juga mungkin boleh memohon jawatan itu.

Bagaimanapun, pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman yang berkaitan dengan jawatan dipohon. Pemohon-pemohon juga perlu memiliki lesen memandu Kelas 4 yang sah dan lesen vokasional.

Menurut undang-undang Singapura, lesen Kelas 4 diperlukan untuk memandu kenderaan bermotor berat dan traktor melebihi 2,500kg.

Berkenaan jadual kerja pula, mereka perlu bertugas selama enam hari atau maksimum 44 jam seminggu. Selain itu, mereka yang terpilih juga akan diberikan cuti tahunan selama tujuh hari.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Westpoint Transit, Lionel Lee berkata, pihaknya menjangka menerima 300 permohonan dalam dua sesi temu duga.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila iklan jawatan kosong pemandu bas itu mendapat sambutan menggalakkan.

Kira-kira 60 peratus pemohon adalah warga Singapura, manakala selebihnya berasal dari Malaysia, Indonesia, China, India dan Myanmar.

BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan

KREDIT FOTO/ ARTIKEL: KOSMO

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

IKLAN