Siapa sangka, niat seorang ayah yang hanya mahu menemani anak sulungnya menuntut ilmu akhirnya membawa kepada sebuah perjalanan penuh inspirasi.

Pada usia 74 tahun, Dr Mohamad Nawawy Jusoh berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Segalanya bermula pada tahun 2015 apabila beliau dan anaknya, Dr Norhidayah, bersama-sama mendaftar sebagai pelajar PhD di UMPSA.

“Saya hanya berniat untuk teman anak dan beri semangat kepadanya tapi tidak sangka, niat itu membawa kepada satu perjalanan ilmu yang mengubah seluruh kehidupan saya,” katanya.

Anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan itu sentiasa percaya bahawa pendidikan adalah pelaburan terbaik. Prinsip hidupnya jelas iaitu ilmu adalah cahaya yang tidak pernah padam.

Berniat Teman Anak, Akhirnya Bapa 74 Tahun Ini Genggam PhD UMPSA! Kisah Inspirasi Luar Biasa Dr. Mohamad Nawawy

Ads

Cabaran di usia emas

Namun, menimba ilmu pada usia emas bukanlah perjalanan yang mudah. Beliau mengakui fizikal dan daya ingatannya tidak sekuat dulu.

“Kadang-kadang saya perlu baca bahan berulang kali untuk nak faham, tapi saya percaya dengan doa, kesabaran dan disiplin, tiada halangan yang tidak boleh diatasi,” katanya.

Nasib baik, beliau tidak berjuang sendirian. Anak beliau, Norhidayah, menjadi antara tulang belakang terpenting yang sentiasa memberi bimbingan, bukan hanya sebagai anak, tetapi sebagai rakan seperjuangan.

“Kami selalu meluangkan masa bersama dan berkorban apa sahaja demi memenuhi tuntutan menjadi seorang penyelidik yang berjaya.

Ads

“Kadang-kadang kami selalu berbincang tentang teori dan metodologi penyelidikan bersama dan ini menjadikan hubungan kami bukan sekadar antara ayah dan anak, tetapi juga rakan seperjuangan dalam dunia meneroka ilmu penyelidikan,” ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, sokongan isteri, anak-anak serta bimbingan penyelia utama iaitu Pensyarah Pusat Sains Kemanusiaan, Dr Fatmawati Latada menjadi sumber kekuatan buatnya sepanjang pengajian.

Berniat Teman Anak, Akhirnya Bapa 74 Tahun Ini Genggam PhD UMPSA! Kisah Inspirasi Luar Biasa Dr. Mohamad Nawawy

‘Pak cik’ kesayangan rakan sekuliah

Antara pengalaman paling manis buat Dr Mohamad Nawawy ialah bagaimana beliau diterima baik oleh rakan-rakan sekuliah yang jauh lebih muda.

Ads

“Ada pengalaman lucu iaitu apabila saya sering menjadi ‘ayah’ kepada rakan sekuliah yang berusia 30 atau 40 tahun lebih muda.

“Mereka memanggil saya ‘pak cik’ tetapi pada masa sama saya jadi rakan perbincangan mereka. Hubungan itu sangat indah kerana ia membuktikan bahawa ilmu menyatukan generasi,” katanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads