Rupanya sudah 11 tahun usia filem Istanbul Aku Datang!
Filem itu disebut-sebut sebagai satu karya evergreen yang menjadi kegemaran para penonton. Dibintangi pelakon terkenal antaranya Beto Kusyairy, Lisa Surihani dan Tomok, filem ini menjadi lebih menarik apabila penggambarannya telah dijalankan di Istanbul, Turki.
Baru-baru ini, Lisa Surihani dilihat telah membuat kemunculan semula bersama Beto Kusyairy. Walaupun hanya melalui sebuah iklan pendek Pak Mat Western, ia membuatkan ramai rindu dan mengimbau akan filem tersebut.
Lisa menerusi kepsyennya mengatakan Dian (Beto) kembali menganggu hidupnya selepas 11 tahun filem itu ditayangkan.
Istanbul Aku Datang
Ads
Mengimbau Kenangan
Rata-rata netizen mengatakan iklan tersebut macam nak buat ‘part 2′ Instanbul Aku Datang!’ malah iklan promosi tersebut telah membuat ramai netizen mengimbau kenangan 11 tahun yang lepas.
Tidak hanya itu, disebabkan filem terbabit, ada juga netizen yang mula menyukai Maggi Asam Laksa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, Malaysia disebut-sebut dalam rancangan temubual lewat malam popular The Late Show with Stephen Colbert pada minggu ini.
Ia berikutan hantaran di media sosial yang tular pada hari Ahad lalu melibatkan sekumpulan penunggang kuda yang membuat pesanan di kawasan pandu lalu McDonald’s cawangan Cyberjaya.
Walaupun tujuan foto-foto ini dimuat naik ke Facebook 3S Equestrian Cyberjaya adalah sekadar jenaka, namun niat tersebut telah memakan diri kumpulan tersebut apabila ramai menuduh mereka sebagai penagih publisiti daripada masyarakat di Malaysia.
Mereka turut dikritik sebagai golongan yang tidak cakna dengan kebersihan jalan raya dek najis kuda yang bertaburan di sekitar kawasan awam itu.
Jelas kumpulan yang dikenali sebagai 3S Equestrian Cyberjaya itu kepada portal Juice, ahli-ahli pasukan itu bersedia untuk membersihkan najis kuda di sana dan tidak menyusahkan pekerja McDonald’s tersebut. Mereka berkata ada staf yang sedang mengekori dari belakang untuk menyelesaikan isu najis bertaburan setelah mereka beredar dari kawasan pandu lalu.
Isunya tidak terhenti setakat situ saja apabila mereka turut sama dikritik kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) asas dengan tidak memakai pelitup muka di khalayak ramai. Sebagai respon balas, kumpulan penunggang itu berkata mereka tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka sewaktu menunggang memandangkan sukan berkuda adalah sukan memenatkan dan pemakaian pelitup muka boleh mengganggu pernafasan. Mereka juga mendakwa kesemuanya tetap menjaga jarak 1 meter dengan gadis di kaunter pandu lalu.
Selain itu, banyak lagi komen-komen lain di media sosial yang menambah arang kepada bara seperti ketidaksesuaian jalan tar untuk kaki kuda dan soal keselamatan haiwan itu sendiri apabila berada di jalan raya terutamanya bila berdepan dengan lampu kenderaan mahupun bunyi hon secara tiba-tiba. Bukan itu saja (fuh banyak betul complain mereka).. warganet juga mempertikaikan jarak dekat antara haiwan dan restoran dari sudut kebersihan. Tidak hygienic katanya..
*
Berbalik kepada intipati program The Late Show with Stephen Colbert yang bersiaran pada hari Ahad lalu, beliau menyentuh mengenai ‘stun’ tersebut dalam segmen ‘berita terbaru’-nya.
Sekumpulan manusia menunggang kuda di lorong pandu lalu McDonald’s. Oh yeah, saya akan mengambil hidangan nombor empat dengan air Coca Cola bersaiz kecil dan.. 15,000 kepingan epal. Mereka menunggang di Cyberjaya, sebuah bandar di Malaysia Barat yang dikenali sebagai ‘Lembah Silikon’ versi Malaysia.
Hmm.. apa pendapat korang?
Adakah aksi kumpulan berkuda ini lucu dan menarik untuk ditonton. Atau mereka kelihatan seperti satu lagi ‘kumpulan kayangan’ yang tidak akan dikenakan tindakan biarpun melanggar beberapa etika penting semasa berada di luar bersama kuda masing-masing.
Terpulang kepada interpretasi masing-masing. Lagipun pihak McDonald’s pun tidak mengambil serius isu tersebut dan telah memuat naik ciapan semula di akaun mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapat tahu keputusan berjaya memasuki university mana adalah debaran paling hevoq. Ini kerana dengan penerimaan ke universiti yang dipohon, ia adalah satu tiket melangkah ke alam remaja yang menyeronokkan.
Bagi lepasan SPM, sekejap lagi akan keluar result ya permohonan yang dibuat melalui UPU.
Di fb Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan, result akan mula diketahui pada jam 12.00 tengahari ini.
Semakan keputusan untuk menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan SPM dan setaraf boleh disemak pada hari ini mulai jam 12.00 tengahari.
Semak keputusan adik-adik melalui aplikasi UPUPocket 2.0. Selamat maju jaya semua!!
Terbaru, rumah penyanyi rap terkenal, Drake diserang dan kejadian tembakan telah berlaku sehingga menyebabkan penjaga keselamatan rumahnya terpaksa dikejarkan ke hospital.
Drake atau nama sebenar Aubrey Drake Graham, 38 bagaimanapun dilaporkan selamat dan polis tidak dapat memastikan sama ada Drake berada di rumahnya yang terletak di Toronto, Kanada pada malam kejadian 7 Mei lalu.
Kredit: Associated Press
Menurut laporan Toronto Sun dan Page Six, penjaga keselamatan rumah Drake ditembak di hadapan rumah rapper tersebut pada Selasa lalu oleh individu tidak dikenali yang memandu sebuah kereta.
Penjaga keselamatan yang berusia 48 tahun itu, ditembak beberapa kali pada pukul 2.10 pagi waktu setempat dan daripada salah satu tembakan tersebut telah terkena pada bahagian atas dada mangsa.
Sebuah kenderaan ambulans langsung dipanggil bagi membawa mangsa yang tidak sedarkan diri ke Hospital Sunnybrook. Pembedahan terus dilakukan, luka yang dialami oleh penjaga keselamatan rumah Drake dikatakan tidak mengenai bahagian badan yang penting dan dilaporkan selamat.
Kredit: Associated Press
Kini, kawasan rumah pelantun God’s Plan itu dipasang garisan kuning dan dikawal ketat oleh pihak polis.
Pihak polis juga menyatakan mereka sedar penembakan ini terjadi selang beberapa hari selepas Drake terlibat dengan ‘perang’ lagu diss yang menyindir antara satu sama lain dengan penyanyi rap, Kendrick Lamar.
Pengawai Penyiasat Polis Toronto, Inspektor Paul Krawczyk berkata, pihaknya juga dimaklumkan mengenai perselisihan tersebut. Namun, mereka masih perlu menyiasat apakah motif kejadian tembakan yang melibatkan penjaga keselamatan rumah penyanyi tersebut.
Kredit: rollingstone
Dalam laporan Page Six walau bagaimanapun menyebut, pertelingkahan antara Drake dan Kendrick Lamar, rapper pelantun HUMBLE tersebut masih belum dikaitkan dengan kes itu.
Sekadar info, kebelakangan ini Kendrick Lamar dan Drake saling menyindir melalui lagu terbaru masing-masing. Keduanya rapper tersebut juga dikatakan telah lama berselisihan faham sejak tahun 2010-an dahulu lagi dan keadaan menjadi semakin hangat sejak akhir ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.