Berhibur Sambil Belajar, Lelaki Ini Hasilkan 14 Aplikasi ‘Game Education’ Secara Percuma

Share

Kalau kita tengok sekarang ni kanak-kanak sekarang memang dah ada smartphone sendiri. Bahkan ada ibu bapa muda sekarang memperkenalkan gajet seperti telefon pintar dan tablet kepada anak mereka seawal peringkat bayi lagi.

Ada pro dan kontranya perkara ini.

Baru-baru ini, seorang pemuda yang bernama Muhammad Syamil telah berkongsi di laman Facebook miliknya mengenai aplikasi 14 game pembelajaran Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh beliau sendiri.

Tak perlukan wang dan lebih menjimatkan masa, semuanya hanya di hujung jari.

Antara game yang dicipta oleh pemuda ini adalah Belajar ABC, Nombor dan Warna, Belajar Huruf Jawi, Alif Ba Ta, Belajar Matematik, Tambah dan Tolak dan Belajar Huruf Hijaiyyah, Bahasa Arab.

Aplikasi ini lebih menitikberatkan tentang pendidikan dikalangan kanak-kanak. Selain bermain games ia juga memberi ruang untuk kanak-kanak untuk menambah ilmu. Lepas ni mesti ibu bapa tidak bising lagi kalau lihat anak mereka mengadap smartphone.

Aplikasi ini juga bagus diwaktu sekarang dimana sekolah dan pusat-pusat asuhan ditutp disebabkan pandemik Covid-19. Belajar je sendiri dekat rumah dengan menggunakan aplikasi berikut.

IKLAN