
Korang ada burung merpati kat rumah ke tu? Agak-agak berapa nilai burung peliharaan korang tu? Boleh buat jadi jutawan ke tak? Hehehe…
Terbaru dalam laporan oleh bbc.com, seekor burung merpati betina yang dikenali dengan nama New Kim telah dibeli pada harga 1.9 juta dolar oleh seorang pembida dari China pada Ahad. Kalau nak tahu, pada asalnya New Kim hanya hendak dolelong oleh tuannya pada harga 200-euro sahaja.
Menurut penternak dan juga pemilik burung itu, Kurt Van de Wouwer. Mereka sangat terkejut apabila menerima berita yang burung milik mereka itu menjadi rebutan sehingga mencapai harga sedemikian.
New Kim pernah memenangi beberapa pertandingan pada tahun 2018 termasuklah perlumbaan jarak-sederhana namun telah bersara sejak itu.

.
Burung ini dibeli dengan harga yang sangat mahal apabila dua pembida berebut membelinya setelah sukan lumba burung merpati popular sejak beberapa tahun ini.
Terdahulu, Armando, si burung merpati jantan yang berusia 4 tahun memegang rekod sebagai burung termahal apabila dijual pada harga 1.24 juta euro.
***P/S – 1.9 juta dolar dah bersamaan hanpir RM8 juta. Wow! Ok Min nak bela burung merpati sekarang jugak!
Sumber: bbc.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senarai Haiwan Liar Paling Popular Diseludup Untuk Dimakan

Sikap kerakusan manusia terhadap haiwan hari ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak kerana tindakan ini dapat mengancam kepada kepupusan.
Permintaan eksotik ini wujud kerana dipercayai bahagian-bahagian haiwan tertentu ini mampu mengubati penyakit, memberi tenaga batin dan untuk tujuan kecantikan.
Oleh kerana permintaan tinggi bagi sesebuah negara, terdapat beberapa haiwan liar yang diseludup untuk dijadikan sebagai makanan.
Jom kita lihat antara haiwan liar popular yang selalu diseludup.
1. Tenggiling

Sejak tahun 2000, lebih 1 juta ekor tenggiling didagangkan di seluruh dunia bagi memenuhi permintaan tinggi di China dan Vietnam. Dagingnya dikatakan mempunyai pelbagai nutrisi dan baik untuk buah pinggang, kuatkan tenaga batin lelaki dan membantu memanaskan badan.
Sisik tenggiling juga digunakan dalam perubatan tradisional. Kulitnya pula lazimnya digunakan untuk membuat beg dan kasut. Darahnya dikatakan mempunyai khasiat yang tersendiri.
2. Ikan jerung

Walaupun jerung merupakan haiwan laut yang digeruni manusia, tetapi haiwan ini sebenarnya diancam kepupusan akibat perbuatan manusia. Beberapa spesis haiwan ini diburu dan diseludup untuk bahagian siripnya dijadikan sup selain bahagian-bahagian lain turut dijadikan hidangan makanan eksotik.
3. Ular

Paling popular adalah ular sawa, mungkin kerana saiznya besar dan dagingnya banyak namun ada yang mengatakan rasanya juga sedap kerana dagingnya manis.
Ada juga yang mendakwa daging ular sawa mampu memberikan tenaga kepada penggemarnya dan menguatkan tenaga syahwat. Biasanya, ular akan disiat kulitnya terlebih dahulu sebelum dimasak. Ular masak kicap dan sup ular adalah antara hidangan yang paling popular.
4. Katak

Menurut penggemarnya, daging katak mempunyai khasiat termasuk mampu mencegah kanser, menyembuhkan luka dengan pantas dan mencegah asma. Bahagian katak yang popular adalah bahagian kakinya, dimasak dengan cara goreng atau sup. Bahkan, ada yang mendakwa protein di kaki katak lebih banyak daripada protein pada dada ayam.
5. Biawak

Kalau di Indonesia, biawak biasanya dijadikan sate meskipun ada yang memasaknya dengan cara lain. Dagingnya dikatakan lebih liat daripada daging lembu dan kambing namun rasanya dikatakan agak sedap.
Penggemarnya percaya daging biawak mampu menyembuhkan penyakit gatal-gatal kulit dan asma. Disebalik kulit biawak yang kasar dan menggerutu, ada orang percaya daging haiwan tersebut mampu mencantikkan kulit wanita dan menjadikannya lebih halus.
6. Tikus

Wanita Vietnam percaya dengan memakan tikus ia menjadikan mereka awet muda tetapi bukan semua tikus yang mereka makan. Biasanya, mereka akan makan tikus yang berada di sawah padi, bukan tikus yang dijumpai di longkang.
Bagi mereka, tikus yang berada di longkang adalah kotor, tetapi tidak bagi tikus yang ada di sawah kerana hanya makan padi dan minum air sawah. Menurut mereka lagi, rasa daging tikus lebih sedap berbanding daging lembu.
7. Kelawar

Kelawar sebenarnya telah menjadi sumber protein sejak zaman purba. Ia masih diamalkan di beberapa negara kerana kepercayaan khasiat selain daging kelawar yang dikatakan sedap.
Walau bagaimanapun, pakar kesihatan awam memberi amaran pengambilan daging kelawar berisiko mengancam kesihatan awam kerana haiwan ini adalah pembawa semula jadi untuk virus ebola dan marburg.
Hm, kembang tekak bila memikirkan macam mana orang boleh makan binatang yang pelik-pelik ni eh?
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kementerian Pengajian Tinggi Cadang Tangguh Pendaftaran Secara Fizikal Bagi Pelajar IPT

Baru sahaja pelajar-pelajar IPTA/IPTS mahu memulakan pengajiannya di universiti dan kolej, khabarnya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan kepada semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi pelajar baru dan lama ke kampus masing-masing.
Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilakukan secara dalam talian, termasuk sesi pengajaran dan pembelajaran sehingga ada pengumuman mengenainya dilakukan.
“KPT amat prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku hanya selang beberapa hari sahaja dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.

“KPT turut prihatin mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar, staf universiti dan semua pihak yang terlibat,”
Sementara itu, bagi pelajar-pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing.
KPT juga mencadangkan kepada semua IPT untuk menangguhkan semua program atau aktiviti melibatkan perhimpunan di kampus. Sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan balik ke kampus serta sesi pengajaran dan pembelajaran boleh dirujuk terus kepada IPT masing-masing.

Inisiatif ini dibuat bagi mendengar pandangan pelbagai pihak serta kebimbingan yang disuarakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat ekoran peningkatan kes COVID-19 yang berlaku sekarang.
Diharap dengan agar cara ini sedikit sebanyak dapat mengekang wabak pandemik ini daripada terus menular.
Sumber: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cantik & Bijak Dari Kecil, Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar Ditawarkan Ke Tiga Sekolah Berprestij!

Bella atau nama sebenarnya Sophea Isabella, 12, anak kepada angkasawan negara dilihat semakin cantik dengan berlesung pipit di wajahnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Baru Berusia 12 Tahun, Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar Terbang Ke Oxford Untuk Program Kepimpinan
Baru-baru ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berkongsi kegembiraannya sekeluarga apabila anak sulung mereka, Sophea Isabella atau Bella ditawarkan ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC), tahun ini.

Tidak lama kemudian, beliau telah berkongsi pula yang Bella telah mendapat tawaran ke sebuah lagi lokasi pengajian penuh berprestij iaitu Genius Permata Pintar Negara pula.
Dalam hantaran yang dibuat menerusi Instagram, Sheikh Muszaphar menulis:
“Tawaran ke Genius Permata Pintar. Keputusan keluar hari ini dan Bella telah ditawarkan tempat. Syukur sangat. Alhamdulliah.
“Kali ini, daddy yang menangis. Selama ini melihat pengorbanan anak. Tak kenal erti penat, sentiasa bersemangat. Kental jati diri dan tak pernah mengalah. Never once mengeluh! itulah Bella,” tulisnya lagi.
Menerima tiga tawaran dari tiga institusi pendidikan hebat iaitu TKC, Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Genius Permata Pintar membuktikan usaha keras Bella sepanjang pembelajaran peringkat sekolah rendah membuahkan hasil yang cukup luar biasa.
IQ Tinggi
Mempunyai IQ lebih 130, Dr Sheikh Muszaphar pernah berkongsi perkembangan Bella sejak kecil yang sememangnya ‘milestone’ Bella awal daripada kebanyakan bayi.

“Saya tidak pernah menganggap Bella seorang yang genius. IQ saya cuma 120, Dr Halina lebih kurang 124. Tetapi Bella
- seorang yang cepat belajar
- mula berjalan pada usia lapan bulan
- boleh membaca pada umur tiga tahun
- menghafal surah dengan mudah
- imaginasi yang tinggi
- sangat sensitif dan emosi
- sangat cekap memerhati
- cemerlang dalam setiap bidang diceburi
Perkongsian suami kesayangan Datin Dr Halina Mohd Yunos ini turut meraih perhatian warga maya. Ada juga yang memuji penampilan beliau kini yang tampak tinggi lampai dan lebih manis. Hebat Dr Sheikh dan isterinya mendidik anak-anaknya.




Menurut Kidspot, terdapat tujuh tanda bayi akan membesar menjadi individu genius.
1.Perkembangan lebih awal daripada bayi lain seusianya.
2.Mempunyai daya fokus yang sangat baik.
3.Suka menyelesaikan masalah.
4.Anda akan melihat mereka sangat gembira bermain sendiri.
5.Rasa ingin tahu yang tinggi.
6.Berat lahir yang tinggi.
7.Tahap kepekaan yang tinggi.
Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, Dr Halina, dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.
BACA LAGI : Menginjak Remaja, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi IQ Bella Lebih 130 Dan Genius!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro Instagram Elfira Loy
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

