
Siapa tak kenal Ikea, satu jenama global yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Sebuah pusat membeli-belah perkakasan rumah yang besar dari Sweden dan semestinya meatball yang sedap.
Untuk pengetahuan korang, Jika sebelum ini IKEA menyediakan barisan perabot dan perkakasan rumah yang mampu dimiliki oleh kebanyakan orang ramai. Terkini, Ikea mengeluarkan merchandise wajib-beli untuk tempoh masa terhad.

Dinamakan EFTERTRÄDA, yang diterjemahkan menjadi ‘successor’ dalam bahasa Sweden, koleksi ini akan berada di semua gedung IKEA seluruh Malaysia.
Terdiri daripada t-shirt ke hoodies, tuala mandi hingga beg tote dan botol air, EFTERTRÄDA dari IKEA diilhamkan dan disediakan untuk korang yang suka identiti sederhana dan cool.
Untuk info, koleksi edisi terhad EFTERTRÄDA dijual di semua gedung IKEA Malaysia mulai 4 Mac 2021 IKEA.my/EFTERTRADA .
Seperti biasa, koleksi EFTERTRÄDA ini masih menggunakan logo IKEA sebagai reka bentuk utamanya. Dimasa yang sama, IKEA masih menekankan kombinasi fungsi, kualiti, rekaan dan nilai di dalam minda pereka dan penggunanya.

EFTERTRÄDA X IKEA Food Special
Khas buat food lover, terbaru bersempena pelancaran koleksi EFTERTRÄDA, IKEA juga mengeluarkan menu baru iaitu Laksa Lobster Spaghetti. Namun, menu ini juga untuk masa terhad sahaja mulai 4 Mac hingga 30 Mac 2021.
Tawaran Istimewa Untuk IKEA Family Member
Menariknya, untuk ahli IKEA jangan lupa untuk menebus satu pelitup muka dengan reka bentuk kod bar ikonik dan satu pelekat dengan pembelian mana-mana koleksi EFTERTRÄDA. Tapi kena cepat sebab hanya 800 ahli IKEA yang pertama je diberikan.
Untuk info lanjut, layari IKEA.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Brice Terbang Tinggi, Snek Sihat Kini Tersedia Di Penerbangan Batik Air

Terbaru, jenama snek sihat popular, Brice kini terbang lebih tinggi melalui kerjasama istimewa bersama bersama Batik Air bermula Disember ini.
Snek tempatan Brice akan tersedia di semua penerbangan dan diperkenalkan kepada penumpang dalam dan luar negara dengan rasa dan kualiti premium
Brice adalah salah satu snek pilihan ideal untuk anda yang inginkan kudapan sihat semasa bekerja, melancong, atau sebagai makanan ringan di antara waktu makan. Lebih menarik lagi, ia didatangi dalam dua perisa unik iaitu Keju Pedas dan Rumput Laut

Dalam pada itu, melalui kerjasama bersama Batik Air ini juga menandakan satu pencapaian besar bagi ecoBrown’s sebagai jenama beras Malaysia sejak tahun 1993. Lebih lagi, ia merupakan salah satu jenama yang dikenali kerana kualiti dan dedikasinya terhadap kelestarian dengan menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat dan mudah didapati.
Sementara itu, bagi menambah baik pengalaman dalam setiap penerbangan, Batik Air juga mahu memastikan setiap perjalanan mencerminkan keunikan budaya dan cita rasa Malaysia.
Melalui rangkaian penerbangan antarabangsa Batik Air yang semakin berkembang ke Asia Tenggara, Australia, dan Timur Tengah, Brice bersedia untuk membawa rasa terbaik Malaysia ke penumpang di seluruh dunia.

Sekadar info, ecoBrown’s merupakan jenama yang menggalakkan gaya hidup sihat melalui produk bijirin penuh semulajadi seperti nasi perang berkualiti tinggi. Jenama ini turut mengamalkan kaedah pertanian lestari untuk menghasilkan makanan berkhasiat yang menyokong diet seimbang dan gaya hidup aktif.
Selain meningkatkan kesedaran tentang kesihatan, termasuk diabetes, dan menggalakkan pemakanan sihat melalui acara komuniti dan kerjasama dengan rakan kongsi. Jenama yang bernaung di bawah syarikat Serba Wangi Sdn. Bhd ini juga bermatlamat untuk menjadikan makanan sihat lebih mudah diakses oleh semua, agar rakyat Malaysia dapat hidup dengan lebih sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tengku Permaisuri Selangor Dimasyhur Sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA Yang Baharu

Universiti Teknologi MARA merupakan sebuah institusi pendidikan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1956 dan ketika itu dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA. Institusi ini kemudiannya ditukarkan nama kepada Kolej MARA pada tahun 1965 sebelum ditukar lagi menjadi Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1967.
Pada tahun 1999 seiring dengan kecemerlangan dan pencapaian yang ditempa, Gedung pendidikan terbesar di Malaysia ini dinaiktaraf menjadi universiti dengan nama baharu, Universiti Teknologi MARA. Seiring dengan perkembangan dari semasa ke semasa, universiti ini dipacu oleh individu yang berpengalaman dan berpengaruh bagi menjamin kualiti pendidikan yang terbaik.

Terbaharu, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA yang baharu pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 hari ini. Permashuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu akan bermula 18 Oktober 2022 sehingga 17 Oktober 2024.
Pemasyhuran tersebut disempurnakan Canselor UiTM, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Al-Sultan Abdullah dalam titahnya menzahirkan rasa bertuah dan berbesar hati untuk menyempurnakan pemasyhuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu. Baginda bertitah, “Semoga dengan pemasyhuran ini akan membuka lembaran baru bagi UiTM untuk terus dimartabatkan sebagai institusi pengajian awam yang unggul di negara.”
Sepanjang 66 tahun penubuhan institusi pendidikan ini sebagai wadah untuk anak bumiputera menyambung pendidikan dan menaiktaraf kehidupan mereka, ramai tokoh alumni UiTM dalam pelbagai bidang menempa kejayaan dan menyumbang bakti mereka kepada negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Eksplorasi 3H2M Di Langkawi Lebih Bermakna Apabila Geng Berlima Sentiasa Tampil ‘Ready’ Untuk OOTD!

Lima personaliti pilihan REMAJA meninggalkan sebentar lambakan kerja hakiki di ibu kota untuk menikmati alam kurniaan Tuhan yang tersergam indah tidak terusik di pulau lagenda, Pulau Langkawi dalam persalinan Head-To-Toe daripada GUESS.
Jika ditebak pertanyaan mengenai satu perkara yang sentiasa berlegar di minda Che Puan Syamim Farid, Yusof Hashim aka Ucop, Fazziq Muqris, Shaza Bae dan Atiq Azman selama ini, surprisingly, masing-masing akan memberikan jawapan tunggal yang sama – hendak bercuti!



Bukannya tidak mampu untuk merancang percutian peribadi, namun kekangan masa dek kerja harian sebagai pelakon, pengacara, penyampai radio, pempengaruh media sosial dan usahawan yang mereka miliki sedikit sebanyak menipiskan peluang yang ada buat mereka berlima memanjakan badan serta minda dengan bercuti.
Justeru, peluang yang dihidangkan oleh jenama pakaian dan aksesori terkemuka, GUESS untuk membawa mereka merantau ke Langkawi baru-baru ini umpama satu pelawaan yang sukar ditolak sama sekali.
Eksplorasi selama tiga hari dua malam yang mereka lalui sejak berada di lapangan terbang bermula dengan langkah kanan yang amat positif, bermakna dan juga stylish!
Ditemui dalam persalinan GUESS yang berselera gaya mudah serta travel-friendly, chemistry yang tercetus di antara geng ini jelas terasa tanpa perlu dibuat-buat. Pertanyaan dibalas jawapan, teguran disapa kembali dengan senyuman. Kebebasan dalam perbualan yang wujud antara personaliti media & seni hiburan tanah air ini juga seakan mencerminkan kebebasan stail dalam mereka berpakaian.


Che Puan Syamim Farid dengan padanan blaus floral, seluar denim putih dan tas tangan Corina Top Zip Shoulder Bag yang menyerlahkan lagi personaliti manisnya, sedangkan Fazziq selesa dalam stail denim on denim. Masing-masing selesa dalam elemen sendiri dan mereka bebas menjadi diri yang sebenar; lalu membuatkan penulis terfikir pada diri ini, we get off to a good start!
Menapak sahaja di Langkawi, kami cukup berbesar hati untuk apabila kunjungan ke sana diterima dengan hati terbuka di sudut makan petang House of Celebrations oleh dua hotel penginapan eksklusif yang tidak lagi memerlukan sebarang pengenalan. Thanks to Westin Langkawi & The St. Regis Langkawi, our stay there just got pampered to the max!
House of Celebrations, St. Regis Langkawi






The Westin Langkawi




Pantai Grill, St. Regis Langkawi

@remaja.my Island Getaway with GUESS X Remaja D-1 is definitely exciting! Selain dapat relaks bersama @shazabae_ @syamimfarid @therajaatiqullah @servemoreyusof @fazziqmuqris di hotel penginapan kami @westinlangkawi, we also get to truly enjoy our moments together at House of Celebrations St Regis Langkawi & Pantai Grill, St Regis Langkawi. ☘️💚 @Guess @majalahremaja #LoveGUESS #GUESSMY #GUESSWatches #GUESSHandbags #MajalahRemaja ♬ Imminent Work – DJ BAI
Hari Kedua: Kembara Dekatkan Diri & Hati Kepada Ciptaan Terindah
Himpunan persalinan GUESS musim ini begitu hampir dengan dambaan fesyenista di bumi tropika seperti Malaysia. Bukan lagi sebuah jenama yang hanya bergantung pada populariti ceraian denim semata, GUESS kini membuka lembaran yang lebih luas dalam soal pemilihan corak, siluet pakaian, paten dan permainan fabrik demi gambaran ideal buat si pemakai.
Mudah untuk dipadu padan, jenama yang berasal dari Amerika Syarikat ini turut tidak ketinggalan menawarkan aksesori berupa jam tangan dan beg pelbagai bentuk serta rekaan; baik untuk pemakai lelaki mahupun perempuan.
Hari kedua kami di Langkawi menawarkan peluang untuk Che Puan Syamim Farid, Ucop, Fazziq Muqris, Shaza Bae dan Atiq Azman menggayakan dua persalinan berbeza; bersesuaian dengan kembara aktiviti yang dirancang.


Keheningan laluan sungai berlatarkan pohon paya bakau asli di Kubang Badak dipecahkan oleh bunyi enjin bot kami. Kami bukan sekadar di sini bagi menikmati penorama menghijau dalam persalinan seluar denim dan baju T daripada GUESS, bahkan ia lebih daripada itu.
Menerusi trip ringkas namun padat informasi bersama Jungle Walla Tour di sana, mereka mempelajari dengan lebih mendalam berkenaan kepentingan menambah baik ekosistem alam semulajadi terutamanya ekosistem paya bakau.




Fun Fact! Keberadaan paya bakau di sekitar laluan sungai sebelum pemandangan terbuka indah menghadap laut Andaman sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting untuk melindungi manusia, haiwan dan alam semula jadi yang berada di Langkawi. Seakan penghalang kepada apa-apa bentuk ‘serangan alam’ seperti tsunami misalnya, tidak hairanlah keharmonian darat Langkawi tidak sesekali terancam.
Lima personaliti tersebut turut memperolehi peluang berbakti semula kepada bumi apabila masing-masing terlibat dalam usaha menanam tunas baharu paya bakau di kawasan yang dikhaskan.


Percikan keemasan mentari yang terpacak nun jauh kaki langit pada permukaan laut memberi gambaran sudah tiba masanya bagi kami menjengah naik ke kapal layar.
Sedari melangkah di kompaun Royal Langkawi Yacht Club & Marina, mata terus terarah kepada persalinan mereka berlima. Fresh & iconically GUESS, setiap satu daripadanya terletak indah pada tubuh masing-masing khas untuk merasai pengalaman pelayaran penuh riang dan tidak dapat dilupakan.

“Persalinan hari ini saya akui sedikit seksi namun masih menyelesakan buat saya. Ia sebenarnya adalah gaya two-piece dengan bahagian atas dan kain sarungnya. Bersama jam tangan berbentuk segi tiga ikonik jenama GUESS dan beg bertekstur tenunan juga daripada GUESS ini, it just works. It works for this scenery and for this experience on the yacht,” ujar Shaza Bae.

“Sebenarnya, ini adalah pengalaman pertama saya peragakan kemeja dan celana pendek seperti ini. Orang kata, imej GUESS saja hari ini bersesuaian dengan imej beach boy. Jam tangan emas ini pun memang nice! Saya memang tak terfikir sebelum ini untuk memadankan jam tangan sebegini bagi menaiki kapal pelayaran,” kata Atiq Azman pula.

Bagi pelakon dan personaliti media sosial, Ucop pula, ini merupakan salah satu kembara fesyen dan gaya hidup bersama jenama antarabangsa seperti GUESS yang pernah disertainya. Peluang untuk bersama-sama personaliti lain menikmati momen matahari terbenam sambil bergembira dengan sesi merakam foto serta video terus disimpan dalam memori sebagai antara kenangan terindah pada tahun ini.


@remaja.my GUESS & Remaja raikan lima personaliti pilihan @servemoreyusof @shazabae_ @syamimfarid @fazziqmuqris & @therajaatiqullah di atas kapal layar mengelilingi pulau lagenda, Langkawi. ⚓️🧡🛟 Tampil eksklusif serba-serbu dalam persalinan, aksesori jam tangan serta beg GUESS, perjalanan bertambah lengkap dengan panorama menelusuri lautan keemasan. ✨ @Guess @majalahremaja #LoveGUESS #GUESSMY #GUESSWatches #GUESSHandbags #MajalahRemaja ♬ original sound – Remaja
Hari Ketiga: Serlah Bakat Kraf Terpendam
Biarpun hati mengenangkan momen perlu mengucapkan selamat tinggal kepada percutian GUESS X REMAJA pada hari ketiga ini, Che Puan Syamim Farid, Ucop, Fazziq Muqris, Shaza Bae dan Atiq Azman tetap bersemangat bagi menyertai sesi menyediakan kraf berbentuk gelang tangan ‘Batiq Paracord’ bersama Ash Majid Langkawi.





Jenama aksesori tersebut kini telahpun berjaya melebarkan sayapnya ke persada antarabangsa termasuklah di benua Eropah. Justeru peluang mempelajari teknik menyediakan gelang tangan handmade ini berdasarkan warna kegemaran lima personaliti pilihan kami ini tidak dilepaskan begitu sahaja.
Ternyata, kraf ciptaan mereka itu tambah lebih menyerlah apabila dipadankan dengan koleksi jam tangan GUESS yang bukan hanya molek dipadankan dengan persalinan percutian mereka; malahan menampilkan eksklusiviti pada nilai yang berpatutan.



Rangkaian aksesori jam tangan, bag, tas tangan serta pola pakaian yang diperagakan sewaktu eksplorasi ‘Island Getaway’ ini turut boleh korang miliki. Selain dijual di butik-butik fizikal GUESS di seluruh negara, koleksi jam tangan GUESS boleh juga didapati daripada peruncit-peruncit sah.
Manakala, koleksi beg tangan GUESS pula boleh didapati di gedung terpilih seperti AEON, Pacific, Parkson dan SOGO.
Korang juga boleh mendapatkan koleksi GUESS secara dalam talian di guess.my (URL embed: https://www.guess.my/) selagi stok masih ada.
@remaja.my Last day🚨GUESS & Remaja di Langkawi bersama lima selebriti GUESS Malaysia yang gempak @servemoreyusof @shazabae_ @syamimfarid @fazziqmuqris & @therajaatiqullah yang sempat belajar cara buat handmade aksesori bracelet bersama @byashmajid Fakta menarik, Ash Majid & Suami berpindah ke Langkawi 5 tahun lalu untuk memulakan bisnes handmade aksesori yang dipasarkan ke seluruh dunia!🗺️ Tak lupa 5 personaliti pilihan yang tampak kemas dan bergaya bersama aksesori GUESS termasuk jam dan bag yang sesuai dengan karakter masing-masing @Guess @majalahremaja #LoveGUESS #GUESSMY #GUESSWatches #GUESSHandbags #MajalahRemaja ♬ FonQ – Michiel van Zundert

Tentunya REMAJA mencadangkan agar korang memiliki sepantas mungkin sebagai pelengkap gaya musim serta cuaca Malaysia kini. Untuk sebarang makluman lanjut, layari www.guess.my/?utm_source=Remaja+&utm_medium=Article&utm_campaign=Remaja+Article+Jul+23.
FOTO: FJ Benjamin Malaysia & GUESS
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

