“Belajar Menggunakan Segala Sumber Yang Anda Peroleh Untuk Maju Ke Hadapan,” – Murad Zaidi Berkongsi Wawasan Tentang Kemerdekaan

Share

Nama Murad Zaidi bukanlah asing lagi dalam dunia kecergasan di Malaysia. Anak muda berusia 34 tahun kini memulakan bisnesnya sejak usia 20-an lagi. Klien yang mendapatkan khidmatnya bukanlah calang-calang orang. Barisan VVIP, VIP sehinggalah selebriti ternama mendapatkan khidmatnya dalam merencana jalur kecergasan mereka. Remaja sempat menemubual Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Exclusive Fitness & XFI Sdn Bhd ini tentang kisah kemerdekaannya.

Sempena dengan dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64 tahun. Apakah pengertian kemerdekaan bagi anda?

Bagi saya, kemerdekaan adalah bermaksud kebebasan. Kebebasan menjalani kehidupan anda denganpotensi dan kemampuan diri yang sepenuhnya. Untuk menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, anda harus sihat.

Dan selalu dikatakan minda yang cerdas berasal daripada badan yang sihat. Tidak ada gunanya memiliki semua kekayaan di dunia ini jika anda tidak dikurniakan kesihatan yang baik. Terutamanya ketika pandemik ini, kesihatan adalah kunci segalanya. Jadi bagi saya, “kebebasan” adalah mempunyai kehidupan anda sendiri, kebebasan kesihatan.

Mengapakah pentingnya bagi anak muda ketika ini untuk mendalami erti kemerdekaan yang sebenar, terutamanya ketika negara dilanda Pandemik Covid-19?

Adalah penting bagi anak muda, para belia untuk belajar berdikari kerana seperti yang anda lihat, kita hidup dalam zaman yang berbeza sekarang. Semuanya perlu berdikari. Ketika kita sedang menjalani kuarantin, anda harus belajar untuk berdikari. Anda harus belajar untuk menggunakan segala sumber yang anda peroleh untuk maju ke hadapan.

Anda harus belajar menyesuaikan diri untuk terus maju. Kehidupan adalah mengenai evolusi. Anda harus terus berkembang untuk maju. Pada masa sekarang, semua orang bekerja dirumah, jadi kita melakukan semuanya dari rumah dan melakukannya daripada kemampuan kita sendiri. Jika kita tidak meningkatkan tahap kemampuan diri, kita tidak akan dapat mengetahui potensi sebenar diri kita. Oleh itu, ianya sangat mustahak untuk memastikan para remaja untuk memahami hal ini dan memanfaatkan sepenuhnya kemahiran yang mereka miliki.

Joe Flizzow antara selebriti yang mendapatkan khidmat Murad

Sebagai seorang pengusaha gimnasium dan pusat kecergasan, bagaimana anda mengharungi cabaran sepanjang Covid-19 melanda negara?

Secara semula jadinya, saya berjuang menghadapi cabaran dan saya memerlukan cabaran. Saya percayakepada rintangan. Tanpa cabaran, tanpa rintangan, tidak akan ada perkembangan. Bagi saya, pandemik ini telah memberi saya peluang untuk benar-benar berkembang dan memaksimakan potensi sebenar saya. Oleh itu, sebagai “High Performance Specialist”, saya danpasukan mengambil inisiatif untuk menggunakan seluruh platform secara maya, jadi kami telah menyediakan program maya seperti “Workout of The Day” pada setiap hari yang dapat memberi faedah kepada orang ramai, kami juga membuat sesi QnA secara “Live” di social media, meluangkan masa untuk menjawab soalan orang ramai terutamanya mengenai kesihatan mental dan fizikal.

Matlamat kami adalah untuk memberi kebebasan kepada semua orang, untuk benar-benar sihat, kuat dan cergas tidak semestinya perlu menghabiskan jumlah wang yang banyak. Saya mahu semua sedar bahawa kita boleh cergas, sihat dan kuat mengikut keselesaan dan dari kediaman kita sendiri. Oleh itu, saya melihat keseluruhan pandemik ini sebagai peluang untuk saya berkembang dan berfikir di luar kotak . Oleh itu, kami telah melakukan banyak perkara dan telah mencapai banyak kejayaan yang tinggi jadi kita mesti sentiasa kreatif. Pada akhirnya, anda boleh menjadi sebahagian daripada masalah atau anda boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian, dan kami hanya memilih untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

Apakah khidmat yang ditawarkan gimnasium dan pusat kecergasan anda sepanjang ‘lockdown’ berlaku?
Semasa “lockdown’, kami tidak dibenarkan beroperasi. Tetapi kami telah mengambil langkah untuk kebaikan orang ramai. Jadi apa yang telah kami lakukan adalah seperti yang saya katakan tadi, dengan menyediakan video bersenam di social media, video langsung (live) yang akan disiarkan pada setiap hari oleh jurulatih yang berkelayakan dan menjawab QnA bagi membantu orang ramai di seluruh negara menjalani kehidupanyang sihat dan bagaimana untuk berlatih di rumah tanpa menggunakan peralatan. Ini adalah sesuatu yangkami banggakan dan dengan itu, kami juga menawarkan perkhidmatan latihan secara peribadi.

Bukan itu sahaja, jika ada yang menginginkan sesuatu yang lebih maju, lebih terperinci, mereka dapat berinteraksi dengan pelatih dan dapat berlatih secara maya, melalui telefon, melalui video call dan sebagainya. Oleh itu,inilah yang telah kami lakukan semasa “lockdown” ini. Kami memang memberikan video bersenam percuma setiap hari, tetapi bagi sesiapa yang ingin membawanya ke tahap yang seterusnya, yang benar-benar ingin memaksimumkan hasilnya dan mengambil sepenuh peluang semasa “lockdown” ini, mereka boleh menyertai latihan peribadi. Latihan peribadi maya. Pada masa ini, ini lah perkara yang kami fokuskan.

Sumber foto: Koleksi peribadi Murad Zaidi

IKLAN