
Namanya tiba-tiba disebut dan menjadi viral kerana berjaya menakluki Annapurna Base Camp (ABC) dengan berpakaian lengkap tradisional Sarawak pada akhir November lepas.
Nancy Maria merupakan seorang bekas finalis Dewi Remaja 1997/98 yang kini sudah pun berusia 42 tahun. Walau bagaimanapun, kecantikan anak kelahiran Sarawak ini masih jelas kelihatan kerana Nancy memang seorang yang aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti sihat.
Berkongsi pengalamannya bersama suami menakluk gunung Annapurna, Nancy Maria mengakui bahawa sudah dua tahun dia mengimpikan untuk menyempurnakan ekspedisi ini. Mula merancang sejak Februari 2019, inilah kemuncak cerita suami isteri ini yang berakhir dengan realiti.

Selepas 6 hari pendakian, mereka tiba di ABC dengan selamatnya. Dengan bangganya wanita ini memakai pakaian tradisional Kaum Kayan, etnik Orang Ulu dari Uma Juman, Belanga Sarawak.

Nancy turut berkongsi foto sepanjang dalam misi pendakian tersebut.



Ternyata memang cantik sungguh pemandangan di gunung Anapura ini. Bagi korang yang nak merasai pengalaman seperti ini juga, Nancy turut berpesan agar kena ready fitness korang sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan. Banyak yang barai, helikopter berulang alik setiap setengah jam. Gerun pun ada melihatnya.
Kami juga berasa kagum melihat lifestyle Nancy yang sememangnya mengamalkan gaya hidup sihat. Moga-moga Nancy berjaya memberi lebih banyak inspirasi untuk anak muda bagi menjalani kehidupan sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Jangan Culture Shock…” Didie Alias Titip Pesan Untuk ‘Anak-Anak’ Dewi Remaja 2022

Selaku salah seorang juri yang mengadili malam finale ujibakat pencarian Dewi Remaja 2022, Didie Alias turut merasakan rupa paras bukanlah kayu pengukur utama dalam pencarian seperti ini tetapi potensi, bakat, keinginan dan kebolehan yang diambil kiran daripada diri peserta. Beliau juga sempat untuk mengucapkan tahniah kepada juara, Tracie Sinidol sejurus selepas namanya diumumkan selaku Dewi Remaja 2022.
ARTIKEL BERKAITAN : Bangga Dengan Diri : Pemenang Tempat Ketiga Dewi Remaja 2022 KIMBERLY CHUAH

” Kalau kita tengok finalis dulu pun, mereka kini masih lagi meletop, masih lagi cantik. Kalau ada yang melemparkan komen ‘ face shaming’ kata tak lawa pada peserta terbaharu, mungkin ada yang masih belum kemaskan lagi penampilan”
” Cuma bagi mummy, Dewi Remaja kena cantik tapi pada masa yang sama perlulah bijak. Maksudnya, biarlah ada pakej yang lengkap. Bukanlah nak kata kena ‘cantik naw naw’, tapi biarlah sedap mata memandang.

Didie yang juga merupakan finalis Dewi Remaja 1990 berharap, finalis-finalis tahun ini mampu menyerlahkan personliti masing-masing selepas ini.
” Cuma saya tengok aura mereka belum ada. Tak rasa macam ‘wow’ lagi. Mungkin sebab kebanyakkannya pun masih lagi baru, ada yang awal remaja juga. Mummy sentiasa menyokong Dewi Remaja kerana Mummy juga merupakan alumni Dewi Remaja.”

Penilaian
Untuk malam ini, penilaian markah sangat nipis kerana mereka sudah ada markah minggu-minggu sebelum ini. Bagi mummy, kesepuluh finalis malam ini sudah mempunyai aura sebagai Dewi Remaja dah sampai ke tahap ini pun merupakan satu perkara yang patut dibanggakan.
“Dulu kita tak ada semua ini, sesuatu benda yang advance. Jadi mereka ini seua beruntung boleh terus keluar TV, keluar live, dapat hadiah pula RM10 ribu. Kita dulu kalau menang dapat la keluar muka depan Majalah Remaja. Tapi itu pun sudah cukup membanggakan.”
“Jadi bagi Mummy, platform Dewi Remaja ini terus dikekalkan. Pihak Ideaktiv sendiri telah menyusun ilmu dahulu untuk para Dewi membuat persediaan menjadi anak seni yang sejati.”
Jangan Culture Shock
Sebagai pelakon senior, Didie Alias yang dicungkil bakatnya menerusi pencarian Dewi Remaja edisi ketiga pada tahun 1990/1991, Didie yang mesra menggelar dirinya Mummy sempat memberikan nasihat dan tip buat ‘anak-anak’ Dewi Remaja 2022.
” Kepada semua anak-anak mummy dalam Dewi Remaja 2022 ini. mummy nasihatkan jangan culture shock. Maksudnya bila anda diberi peluang untuk menjadi Dewi Remaja terus ‘gendong’ gelaran tersebut sampai bila-bila . Dapatkan lagi ilmu, belajar dan terus belajar, jujur dan kena ada tanggungjawap dan paling penting jadi diri sendiri. Itulah kunci untuk kekal dalam industri ini.” akhiri Didie Alias.
Didie Alias turut ditemani juri lain yang terdiri daripada Datuk Aznil Nawawi dan Izara Aisyah.
Untuk info, peserta dari Tambunan, Sabah, Tracie Sinidol, 21, dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2022. Manakala tempat kedua menjadi milik Bee Aishah diikuti Kimberly dan Alyssa masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.
BACA : “Saya Menang Sudah..”, Sumandak Sabah ‘Tapau’ Dua Gelaran, Juara Dewi Remaja Dan Dewi Favourite
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fun & Chill! Finalis Dewi Remaja Cuba Semua XTVT Di Tadom Hill Resorts, Korang Tak Nak Cuba Ke?

Hokay! Hujung minggu niekan, kalau bosan nak jalan-jalan ke kompleks beli belah apa kata lencongkan perjalanan korang untuk nikmati suasana kampung dan alam semulajadi.
Dekat ajer pun, tak jauh mana. Hanya lebih kurang 45 minit perjalanan di ibu kota untuk sampai ke Tadom Hill Resorts, Banting. Tempat percutian dan banyak aktiviti ini memang dah lama viral tau. Dah ramai orang tahu sebabnya tempatnya memang best sangat-sangat.
Lebih best lagi, finalis Dewi Remaja pun dah bermalam di situ. Siap tidur dalam khemah dan join melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain ATV, terjun dalam tasik, bersengayut macam kita kecil-kecil dulu dan macam-macam aktiviti lain.





Nak balik hari boleh, nak bermalam di sana pun boleh. Bagi balik hari kosnya bermula dari RM20 ke atas sementara yang nak tidur dan menikmati angin malam yang sejuk serta pemandangan yang indah, ada macam-macam versi harga. Tak adalah mahal mana pun, kalau korang datang dengan kawan dan kongsi ramai-ramai rumah tu, harga tak sampai pun RM100 bagi seorang.
Jom kita tengok apa yang best sangat di Tadom Hill Resorts ini.
First kita tengok tempat penginapan dulu.






Orait, dah habis pilih rumah. Apa kata korang tengok apa aktiviti yang boleh buat di sini. Gerenti meletopsss.

Sebelum BBQ tu, belah petang boleh try aktiviti nie. Ada aktiviti air dan darat, ATV ride, Tadom Flying Fox, team building dan banyak lagi.



Apa lagi boleh buat ya?



So, dah tahukan mana nak pergi hujung minggu ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir, Dian Happy Untuk 5 Finalis Akhir Dewi Remaja 2019

Pencarian Dewi Remaja 2019 kali ini membawa kelainan apabila hanya mengumumkan empat orang finalis yang berjaya ke final, manakala seorang lagi peserta telah pun diumumkan menerusi siaran MeleTOP sebentar tadi.
Nampaknya perjalanan Dian Fernandez terpaksa terhenti disini kerana Syamira Izzati telah pun berjaya ke peringkat akhir Pencarian Dewi Remaja 2019 yang akan bersiaran secara langsung pada Sabtu ini.
“Sejujurnya, saya rasa Syamira memang layak untuk meneruskan perjalanan Dewi Remaja ini ke peringkat akhir. Memanglah rasa sedih sebab tinggal selangkah sahaja lagi untuk berentap di pusingan akhir, tetapi rezeki saya hanya tertulis hingga setakat ini saja,”
“Saya percaya akan ada banyak lagi rezeki di luar sana dan tidak semestinya bila tak dapat masuk ke pusingan akhir, perjalanan akan berakhir disini. Banyak lagi peluang yang saya boleh cari untuk meneruskan minat dalam industri hiburan ini,” jelas Dian.

.
Berkongsi cerita tentang perjalanannya seawal sesi ujibakat Dewi Remaja tempoh hari, Dian tidak menyangka bahawa dirinya terpilih sebagai Top 12. Melihat peserta-peserta yang telah disenarai pendek, gadis kacukan Filipina ini menganggap ini adalah rezeki yang tidak boleh ditolak.
“Sebenarnya dari tahun lepas saya ingin menyertai Dewi Remaja tetapi saya hanya tahu sesi ujibakat yang sedang berlangsung pada hari terakhir. Jadi memang tak sempatlah. Tahun ini, kakak yang bersungguh meminta saya cuba menghadiri casting pada September lepas,”

.
“Saya langsung tidak meletakkan harapan tinggi kerana sedar akan kemampuan diri. Ramai peserta yang berbakat, namun dah tertulis ini adalah rezeki saya, jadi saya terima dengan hati yang terbuka,”
“Oleh sebab itu juga, saya sangat bersyukur kerana sudah berjaya hingga ke peringkat ini walaupun tidak dapat beraksi di pentas final. Dalam masa yang sama, saya juga happy bila melihat kawan-kawan yang lain berjaya meneruskan perjalan dalam Dewi Remaja,” sambungnya lagi.

.
“Untuk Shaza, Amanda, Adriana, Nynaa dan Syamira, saya ingin ucapkan tahniah dan good luck untuk mereka. Buat betul-betul, I know you guys can do it!”
Syabas juga kami ucapkan buat Dian kerana berjaya hingga ke peringkat ini. Semoga terus bersinar dan mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air.
*
Peraduan Kumpul & Terbang
Istimewa untuk Dewi Remaja 2019, kami dengan kolaborasi penaja dari Scoot Airlines mengadakan peraduan khas ‘Kumpul & Terbang’!
Basically, apa yang perlu korang lakukan adalah menonton kesemua episod Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria & Ria HD (setiap Sabtu jam 9.00 malam atau siaran ulangan setiap hari Selasa jam 1.30 tengah hari). Ataupun korang boleh menontonnya secara online di aplikasi Astro GO.
Tonton dan kumpul soalan & jawapan pada setiap artikel recap Dewi Remaja 2019 (seperti artikel ini).
Hantarkan kesemua jawapan sebelum 25 Disember 2019 ke remaja@ideaktiv.com.

Print.
SOALAN EPISOD 7
1. Di manakah lokasi penggambaran segmen Corporate Social Responsibility (CSR) yang dilakukan oleh 6 orang finalis bersama haiwan gajah?
2. Siapakah yang memenangi cabaran ‘photo shoot’ bersama penaja bersama, NUViT Malaysia?
3. Namakah 5 orang finalis yang layak ke peringkat finale Dewi Remaja 2019.
*
Jawab dan kumpul 3 soalan ini hingga 25 Disember 2019 agar korang berpeluang untuk memenangi 3 pasang tiket penerbangan tajaan Scoot Airlines.
Scoot menghubungkan lebih 60 destinasi di 17 buah negara seluruh dunia dari Singapura. Ini termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney dan terbaru, Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Di dalam Malaysia, Scoot menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Penang. Bermula 3 Disember 2019 pula, Scoot akan terbang dari/ke Kota Kinabalu!
*
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
• Semua peserta MESTI berumur 21 tahun ke atas pada masa mereka menyertai peraduan. Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta di bawah umur 21 tahun, penyertaan mereka mestilah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
• Peserta mesti memegang pasport semasa dengan sekurang-kurangnya enam bulan sah dari tarikh perjalanan.
• Follow Facebook dan Instagram (@majalahremaja) serta Twitter (@majalahremajaMY).
• Follow Facebook (@FlyScootMY) dan Instagram (@flyscoot)
• Wargakerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Scoot Airlines ataupun ahli keluarga serta kenalan rapat tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ‘Kumpul & Terbang’ ini. Sebarang penyertaan akan dibatalkan secara serta-merta.
• Tarikh tutup penyertaan untuk menghantarkan emel adalah pada 20 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang penghantaran lewat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan.
• Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
• Sekiranya hadiah yang diperolehi berupa tiket penerbangan hilang, rosak atau tamat tempoh, Scoot tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan tiket penerbangan baru. Pihak pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain. Tiada aduan yang akan dilayan mengenai perkara tersebut.
• Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti hadiah yang telah diberikan.
• Peserta menyatakan dan menjamin bahawa mereka tidak pernah mempunyai apa-apa sabitan atau rekod jenayah dan tidak pernah mempunyai tingkah laku yang boleh menjejaskan reputasi peraduan.
• Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak teratur dikira tidak sah (mengikut budi bicara mutlak pihak pengurusan).
*
Jangan lupa nantikan TIGA lagi soalan dari Episod 8 (FINALE) minggu ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

