
Chukahae!
Bekas ahli EXO, Tao atau nama sebenarnya, Huang Zi Tao kini terpalit dengan khabar angin bahawa dia kini bercinta dengan peminatnya yang merupakan warga Korea Selatan.
Perkara tersebut mula dihidu oleh media China apabila beberapa foto pasangan tersebut berdating dikongsi kepada umum.

Malah terdapat juga momen-momen mesra Tao bersama teman wanitanya yang dikenali sebagai Cik Kim. Dipercayai, dia hadir ketika konsert penyanyi itu di Shanghai dan juga turut bercuti bersama-sama di Jepun, baru-baru ini.
Seperti pasangan lain juga, mereka juga sering berkongsi couple item di laman media sosial masing-masing.
Sebenarnya, sebelum ini juga peminat telah berkongsi beberapa foto menunjukkan hubungan mesra Tao dengan teman wanitanya itu namun agensi Tao tidak memberikan apa-apa pengesahan mengenai perkara tersebut.
Untuk pengetahuan, Tao mula mencipta nama menerusi penglibatannya dengan grup EXO sebelum mengundur diri kerana masalah kesihatan pada tahun 2015. Dia kini aktif sebagai penyanyi solo dan pelakon di China
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mangsa ‘Body Shaming’ Seluruh Dunia, Kini Jadi Pakar Motivasi Dan Penulis

Apa yang membuatkan seorang manusia cantik?
Diversiti atau kepelbagaian tubuh badan dan rupa paras.

Namun, tak semua orang memahami konsep diversiti. Pengguna di media sosial cukup gemar untuk membeza-bezakan maksud perkataan cantik. Dah jadi macam hobi pula untuk mereka mengecam foto orang lain di media sosial dengan perkataan lucah, negatif dan menyinggung perasaan.
Jadi, jom kenali wanita yang selalu kena body shaming seluruh dunia ini. Dilahirkan pada 13 March 1989, Elizabeth Ann Velasque atau lebih dikenali sebagai Lizzie Velasque merupakan seorang penghidap masalah genetik, sindrom Marfanoid-Progeroid-Lipodystrophy yang berpunca daripada mutasi pada gen GBN1 yang merekodkan protein fibrillin.
Mutasi pada gen FBN1 menyebabkan protein fibrillin yang diperlukan tubuh untuk membina tisu penyambung dihasilkan dengan tidak sempurna.

Tisu penyambung yang sebegini menyebabkan pesakit akan mempunyai pelbagai masalah kesihatan di seluruh tubuh mereka, namun bahagian yang selalunya terjejas adalah salur darah utama dari jantung, ligamen dan tisu yang menyokong kornea mata.
Disebabkan itu jugalah Lizzie yang merupakan anak kelahiran Texas, Amerika Syarikat ini memiliki masalah untuk menambah lemak dan meningkatkan berat badan terganggu selain daripada memiliki muka yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas sehingga mendapat gelaran individu paling hodoh di dunia dalam satu video yang dimuat naik di YouTube pada tahun 2006.

Gambar Lizzie diguna pakai secara meluas di seluruh dunia menjadikan beliau mangsa body shaming di dunia. Dengan berat cuma 26.3kg dan ketinggian sekitar 160cm, di dunia ini termasuk Lizzie hanya ada tiga orang sahaja menghidap penyakit sepertinya.
Beliau kemudiannya secara terbuka membincangkan mengenai masalahnya di khalayak ramai dan kini bekerja sebagai pakar motivasi dan penulis untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakitnya dan gejala buli dalam kalangan masyarakat.
Ini ucapan Lizzie dalam pautan di bawah berbentuk kelompok sel fiber kolagenase berfungsi sebagai ‘pembina’ pelbagai struktur dan fungsi dalam tubuh manusia. – memegang tulang, otot dengan tulang, antara otot dengan otot, ligamen, kartilaj kornea, saluran darah dan saluran pencernaan.
So korang jangan nak body shaming orang suka hati je k…kita tak tahu disebalik apa yang berlaku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita Ini Terkejut Baru Nak Daftar, Tapi Namanya Sudah Tercatat Ambil Suntikan Pertama Vaksin

Baru sahaja ingin mendaftar untuk suntikan vaksin, seorang pengguna Facebook ini terkejut apabila namanya dikatakan sudah menerima suntikan pertama vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.
BACA: Cara Paling Mudah Untuk Daftar Permohonan Vaksin Tanpa Aplikasi MySejahtera
BACA: Kalau Dah Positif COVID-19 Perlu Ambil Vaksin Lagi Ke? Doktor Ini Beri Penjelasan
Iena Zarina Mustapha telah pun berkongsi kisahnya dengan mengatakan bahawa dia baru sahaja ingin mendaftar vaksin, tiba-tiba menerusi update di aplikasi MySejahtera menyatakan dia sudah divaksin pada 3 Mac 2021 di klinik kesihatan Selising dan perlu mengambil vaksin kedua pada hari tersebut.

Jelasnya lagi, kenyataan itu juga mengarut kerana waktu cucuk vaksin itu adalah pada pukul 11.58 malam. Logik ke?

Wanita itu turut mempersoalkan bagaimana aplikasi tersebut boleh tersalah update data dan adakah data peribadi kita sudah tidak selamat lagi?
Iena turut menjelaskan dia bukanlah seorang frontliner dan apa yang dia tahu, hanya frontliner yang diutamakan untuk mengambil suntikan vaksin sekarang. Tambah pula, cucuk vaksin di klinik Selising yang mana dia sudah setahun tidak memijak bumi Kelantan. Bila telefon katanya doktor sibuk. Wanita ini berharap agar pihak berwajib ambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu, Unit Promosi Kesihatan Pasir Puteh (UPK) telah pun meninggalkan komen di sebuah hantaran Facebook milik Iena dengan memohon maaf atas kekeliruan ini. Kesilapan berlaku disebabkan petugas di kaunter pendaftaran Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terlibat secara tidak sengaja telah tersalah memasukkan nombor kad pengenalannya.

Bagaimanapun, pihak UPK juga menjelaskan bahawa tidak terdapat sebarang pencabulan dalam data peribadi. Mereka telah pun memadamkan butiran wanita tersebut sebagai individu yang telah menerima vaksin. Proses validasi sistem dilakukan dari masa ke semasa sebagai langkah kawalan kualiti. Petugas barisan hadapan yang telah menerima vaksin tersebut telahpun dimaklumkan dan datanya juga sedang dikonsolidasi di dalam sistem.
Mahunya tak terkejut kan kalau kita lihat nama kita sudah divaksin walhal baru sahaja nak mendaftar. Diharap masyarakat lebih peka dan ambil tindakan sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada orang ramai.
Sumber: Iena Zarina Mustapha
BACA: Ramai Keliru, Boleh Ke Ambil Vaksin Di Bulan Puasa? Ini Penjelasan Menteri Agama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehilangan Tokoh Seni Bina, Arkitek Utama Masjid Negara Meninggal Dunia

Malaysia kehilangan seorang tokoh seni bina yang amat disegani, arkitek utama di sebalik pembinaan Masjid Negara hari ini.
Berita duka mengenai pemergian Allahyarham Datuk Baharuddin Abu Kassim telah dikongsikan oleh bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Profesor Sarly Adre Sarkum, melalui laman media sosial, Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN : Macam-Macam Bentuk, 10 Kampus Universiti Dengan Seni Bina Unik Di Dunia

“Kita telah kehilangan seorang tokoh yang sangat disegani dalam komuniti seni bina, Datuk Baharuddin Abu Kassim. Beliau adalah seorang arkitek negara dan tokoh yang sumbangannya telah membentuk struktur alam bina kita,” kata beliau pada Selasa.
Menurut Sarly, visi dan dedikasi Datuk Baharuddin, yang diterjemahkan melalui reka bentuk Masjid Negara, akan terus memberi inspirasi kepada generasi arkitek dan rakyat Malaysia.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT menempatkan Allahyarham di syurga tertinggi dan memberi kesabaran serta kekuatan kepada keluarganya untuk menghadapi kehilangan ini.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia seni bina tempatan dan antarabangsa, terutamanya dalam konteks seni bina Islam yang penuh dengan nilai estetika dan simbolisme.
Lima fakta menarik Masjid Negara
- Reka Bentuk Ikonik: Masjid Negara direka dengan bumbung berbentuk payung dan menara setinggi 73 meter, yang mencerminkan gabungan elemen seni bina tradisional Islam dan moden. Bumbung utama yang berbentuk separa bintang bersegi 16 melambangkan 13 negeri di Malaysia serta Islam sebagai agama rasmi negara.
- Siap Dibina pada Tahun 1965: Pembinaan Masjid Negara bermula pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965. Masjid ini dibina sebagai simbol kemerdekaan Malaysia dan keinginan negara untuk mencapai kemajuan tanpa melupakan identiti Islam.
- Dibina oleh Tiga Arkitek Tempatan: Masjid Negara direka oleh sekumpulan arkitek tempatan yang terdiri daripada Datuk Baharuddin Abu Kassim, Howard Ashley, dan Hisham Albakri dari Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka berjaya mencipta reka bentuk yang menggambarkan perpaduan antara seni bina Islam dan ciri-ciri tempatan.
- Dibina di Atas Tanah Seluas 5.2 Hektar: Masjid Negara terletak di kawasan seluas 5.2 hektar di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kawasan ini juga menempatkan taman-taman yang indah, yang memperkukuhkan suasana tenang dan damai di sekitar masjid.
- Kapaciti Sehingga 15,000 Jemaah: Masjid Negara mampu menampung sehingga 15,000 jemaah pada satu-satu masa, menjadikannya salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini juga sering menjadi lokasi acara-acara besar Islam di Malaysia, termasuk solat Jumaat, solat Hari Raya, dan majlis keagamaan lain.
BACA LAGI : Buka Bisnes Guna Wang Sendiri, Anak Teruna Kris Dayanti Bina Pusat Kesihatan


Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

