Kecoh di media sosial tentang isu bedak talkum yang menjadi punca kanser ovari kepada seorang wanita di Los Angeles baru-baru ini.
Rasanya, bukan pertama kali isu bedak talkum Johnson & Johnson dipersalahkan kerana produknya menyebabkan kanser kepada pengguna, malah ada juga yang menyarankan supaya jenama produk ini diboikot.
Persoalannya, adakah memang benar bedak talkum ini yang menjadi punca kanser ovari?
Jom kita dapatkan ulasan daripada golongan yang lebih arif dalam membincangkan isu viral ini.
Apa itu bedak talkum?
Bedak talkum diperbuat dari talc yang mengandungi bahan galian seperti magnesium, silikon dan oksigen. Talc mempunyai sifat menyerap air yang sangat berkesan dan dapat mengurangkan geseran.
Talc di dalam bentuk asalnya mengandungi asbestos. Ada juga yang berpendapat asbestos adalah bahan sampingan yang diperoleh semasa talc diambil daripada lombongnya.
Asbestos dikaitkan dengan beberapa jenis kanser seperti kanser paru-paru dan kanser pundi kencing.
International Agency in Research of Cancer (IARC) telah mengkategorikan talc yang mengandungi asbestos sebagai mungkin karsinogenik, iaitu bahan yang boleh menyebabkan kanser kepada manusia (possibly carcinogenic to humans) jika digunakan pada kemaluan wanita.
Namun, kini talc yang ada dalam bedak talkum Johnson & Johnson sudah TIDAK mengandungi asbestos. Asbestos hanya dikesan di dalam talc sebelum tahun 1973. IARC telah mengklasifikasikan talc tanpa asbestos sebagai BUKAN karsinogenik.
Sebelum tahun 1973, talc di dalam bedah talkum memang mengandungi asbestos dan pada masa tersebut bedak digunakan di bahagian kemaluan untuk tujuan mengurangkan kesan geseran dan juga bau. Ianya digunakan ke atas bayi dan juga oleh orang dewasa.
Penyelidik telah mendapati ada kemungkinan wujudnya kaitan di antara penggunaan bedak talkum sebelum tahun 1970 an dengan kanser ovari. Ini dikaitkan dengan kandungan asbestos di dalam bedak tersebut dan apabila ianya digunakan ke atas kemaluan dalam jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, penggunaan bedak talkum pada bahagian lain badan adalah selamat.
Kaitan antara bedak talkum dan kanser ovari
Terdapat beberapa bukti bahawa kaitan di antara penggunaan bedak talkum dengan kanser ovari adalah sangat lemah. Di antara bukti-bukti tersebut adalah seperti berikut:
a. Semua dakwaan mengaitkan bedak talkum dengan kanser ovari adalah berdasarkan kepada kajian-kajian epidemiologi dan kebanyakannya adalah ”case-control study” yang dilakukan secara retrospektif iaitu data-data diambil daripada pesakit-pesakit terdahulu. Maklumat diperoleh hanya berdasarkan kepada ingatan pesakit.
Ads
b. Pada pandangan pakar kanser, ”case-control study” dan kajian retrospektif bukanlah kaedah kajian yang tepat untuk mengaitkan di antara penggunaan bedak talkum dan kanser ovari kerana kajian seperti ini mempunyai kelemahan daripada pelbagai sudut.
c. Kajian yang lebih berwibawa iaitu kajian prospektif yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik ke atas 121,700 orang wanita di Amerika yang bermula pada tahun 1976 (responden berusia 30-55 tahun), telah mendapati bahawa terdapat seramai 30,000 orang wanita menggunakan bedak talkum yang mengandungi asbestos.
Daripada jumlah tersebut, penyelidik mendapati bahawa kadar kejadian kanser ovari dalam kalangan wanita yang menggunakan bedak talkum adalah SAMA dengan wanita-wanita yang tidak menggunakan bedak talkum.
d. Teori yang mengatakan bedak talkum yang digunakan ke atas kemaluan akan menyebabkan asbestos naik ke organ peranakan atas sehingga ke ovari juga meragukan.
Malah, kajian daripada Gertig GM mendapati tidak terdapat perbezaan kadar kanser ovari di antara wanita (yang menggunakan bedak talkum) yang telah menjalani tubal ligation (ikat tiub falopian) dengan wanita yang tidak menjalani pembedahan ini.
Apabila tiub falopian diikat maka asbestos tidak boleh sampai kepada ovari kerana ia perlu melalui tiub falopian terlebih dahulu.
Jadi sepatutnya wanita yang menjalani pembedahan ini tentu mempunyai risiko yang lebih rendah. Tapi ini tidak berlaku, jadi teori yang digunakan untuk mengaitkan bedak talkum dan kanser ovari telah dinafikan.
Ads
Tiada kaitan
Berdasarkan kepada 4 alasan yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa kaitan di antara penggunaan bedak talkum berasbestos dengan kanser ovari adalah sangat lemah.
Pihak IARC tetap mengekalkan status bedak talkum berasbestos sebagai berpotensi menyebabkan kanser ovari, walaupun menyedari kaitannya sangat lemah.
Sebenarnya banyak pihak yang mempertikaikan kaedah IARC mengkategorikan bahan penyebab kanser berdasarkan proses pengelasan yang mereka gunakan, terutama bahan seperti bedak yang sangat sukar untuk mengukur kuantiti dan pendedahan sebenar (dose-exposure).
Pihak Johnson & Johnson pernah bayar pampasan
Dengan pendirian IARC ini, maka sesiapa yang menghidap kanser ovari dan pernah menggunakan bedak talkum sebelum tahun 1973 boleh mengambil peluang ini untuk mendakwa bahawa kanser ovari yang mereka hidapi adalah disebabkan oleh asbestos yang terkandung di dalam bedak talkum tersebut.
Inilah yang berlaku ke atas syarikat Johnson & Johnson yang menjadi sasaran ramai penghidap kanser ovari sehingga syarikat ini perlu membayar pampasan berjuta-juta dolar Amerika kepada plaintif.
Ads
Saman pertama dilakukan oleh serorang wanita bernama Diane Berg pada tahun 2009, diikuti dengan banyak lagi saman berikutnya. Pada hari ini jumlah saman sudah mencecah berbilion dolar Amerika.
Hakim dan pihak juri mengambil keputusan untuk menyebelahi plaintif hanya berasaskan kepada kegagalan syarikat untuk memberi amaran walaupun pada pandangan pakar kanser, kaitan di antara bedak talkum dengan kanser ovari adalah sangat lemah.
Nampaknya pihak plaintif berjaya menggunakan kebijaksanaan peguam untuk mempengaruhi keputusan Hakim walaupun beban pembuktian sebenarnya lebih berat kepada pihak mereka.
Gambar hiasan
Meragukan, cuma mitos
Pada pandangan Pakar kanser, keputusan Hakim ini adalah sangat memeranjatkan kerana walaupun mungkin syarikat gagal memberi amaran, sebenarnya kaitan di antara bedak talkum yang mengandungi asbestos dengan kanser ovari adalah sangat lemah dan meragukan. Hampir mustahil untuk membuktikan bahawa bedak talkum tersebut adalah penyebab kanser ovari.
Malah, terdapat ahli sains yang berpendirian bahawa mengaitkan bedak talkum dengan kanser ovari adalah satu mitos semata-mata. Mereka ini menganggap bahawa kanser ovari yang dihidapi oleh wanita-wanita ini adalah secara kebetulan.
Kesimpulannya kaitan di antara bedak talkum berasbestos dengan kanser ovari adalah sangat lemah dan ianya hanya berasaskan kepada kajian epidemiologi dan kajian case-control. Lebih banyak bukti yang menolak kaitan ini. Walau bagaimanapun kegagalan pihak syarikat memberi amaran tentang penggunaan bedak talkum pada bahagian kemaluan dengan kanser ovari menyebabkan mereka terpaksa membayar dengan kos yang terlalu tinggi.
Korang semua tak perlu risau sebab bedak talkum yang ada hari ini dah tak mengandungi asbestos. Syarikat pengeluar bedak juga telah mengeluarkan produk yang bukan berasaskan kepada talc tetapi serbuk yang dihasilkan daripada tepung jagung (cornstarch), sebagai pilihan kepada pengguna.
Semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan untuk korang semua. Tak perlu la ragu-ragu nak guna bedak talkum lagi ye gaiss!
Setelah lebih sebulan bandaraya Tokyo menjadi medan sukan terbesar dunia, akhirnya hari akhir penganjurannya tiba juga.
Dalam tempoh beberapa jam lagi, Tokyo Jepun secara rasminya akan menutup tirai penganjurannya temasya sukan paling berprestij dunia sejak ia menganjurkan Sukan Olimpik pada 24 Julai lalu diikuti oleh Sukan Paralimpik yang berakhir pada hari ini.
Dalam tempoh 44 hari ia berlangsung, reaksi yang diterima oleh Tokyo sebagai tuan rumah kali ini boleh dikatakan bercampur baur. Dari sudut delegasi negara yang bertanding di sana, mereka terus-menerus memuji Tokyo di atas kemampuannya untuk menganjurkan kedua-dua temasya tersebut selancar mungkin biarpun dunia kini sedang bergelut dengan pandemik wabak COVID-10.
Tidak keterlaluan jika REMAJA katakan tiada negara lain yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah ini sebaik Jepun pada waktu ini.
Bagaimanapun, dari sudut rakyat Jepun terutamanya di Tokyo pula, seawal bulan Mac lalu mereka telah menyifatkan Tokyo 2020 sebagai sebuah temasya yang membawa nasib malang kepada mereka.
Jepun seakan tersekat di tengah-tengah. Keputusan meneruskan penganjuran ini telah menyaksikan sektor ekonomi dan kewangan Jepun mengalami kerugian teruk akibat beberapa keputusan seperti ketiadaan penonton di dalam stadium yang terpaksa diambil negara itu demi memastikan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik berjalan selancar mungkin. Namun pada waktu yang sama, Jepun akan menggalami lebih banyak kerugian sekiranya mereka membatalkan penganjuran.
Selain itu, seperti dijangka, jumlah kes baharu positifCOVID-19 di sana juga mendadak hingga tiga kali ganda dalam tempoh sebulan ini.
Lebih daripada 500 jangkitan baharu yang disahkan berkaitan dengan Sukan Olimpik dicatatkan manakala 300 lagi jangkita mempunyai kaitan dengan Sukan Paralimpik. Malah, penganalisa di sana juga kini khuatir terhadap sebilangan anak muda di Jepun yang merasakan adalah selamat untuk mereka tidak lagi mengikut peraturanyang ditetapkan bagi melindungi diri dan orang di sekeliling; hanya kerana mereka melihat visual orang ramai berkumpul semasa Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik dilangsungkan. Banyak laporan baharu berhubung peningkatan aktiviti berkumpul beramai-ramai secara senyap sejak sebulan lalu.
Bukan itu saja nasib malang yang dialami Jepun.
Penganjuran Tokyo 2020 juga menyaksikan badi yang dialami oleh Perdana Menteri Jepun yang sedang memerintah semasa temasya sukan besar dilangsungkan; berterusan.
Setiap kali Jepun menjadi tuan rumah, setiap Perdana Menterinya pada waktu itu akan melepaskan jawatan tanpa gagal.
Ini telah berlaku sejak Sukan Olimpik Tokyoo 1964 di mana Perdana Menteri Hayato Ikeda meletak jawatan sehari selepas acara penutup. Ia diikuti Perdana Menteri Eisaku Sato pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Sapporo (1972), Perdana Menteri Ryutaro Hashimoto pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Nagano (1998) dan Perdana Menteri Shinzo Abe yang meletak jawatan pada September tahun lalu akibat masalah kesihatan; hanya Tokyo 2020 disahkan bakal dianjurkan pada tahun 2021.
Yoshihide Suga semasa menyertai upacara pembukan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Badi itu nampaknya berterusan apabila Perdana Menteri Jepun terkini iaitu Yoshihide Suga baru saja mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding sebagai calon pemimpin parti beliau yang akan berlangsung pada bulan ini.
Pengumuman yang dilakukan dua hari sebelum acara penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah mengejutkan ramai pihak.
Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan beliau ini; antaranya termasuklah kenaikan kes COVID-19 paling teruk pernah dicatatkan Jepun setakat ini, proses vaksinasi lambat dan tentunya, disebabkan keputusan meneruskan penganjuran sukan. Bagaimanapun, Perdana Menteri berusia 72 tahun itu akan terus komited dalam usaha melandaikan kes COVID-19 di Jepun.
What? Another Spider-Man reboot movie? Tunggu dulu, kesan visual efek dan CGI mungkin bukan lagi faktor utama menggerakkan filem. Elemen terbaik yang menjadi formula terbaik terutama di kalangan penggemar filem adiwira ialah jalan cerita, karakter dan sentiasa stick to the source material, which is from the comic itself.
Sebelum ini kita telah dihidangkan dengan dua siri filem Spider-Man berbeza yang dilakonkan oleh Toby Maguire dan Andrew Garfield. Jadi, apa lagi yang boleh ditawarkan oleh your friendly neighbourhood Spider-Man?
Kita tahu bahawa Perter Parker suka menjadi Spider-Man. He loves being Spider-Man. Dan Tom Holland love being both of them. Kita diperkenalkan dengan watak Spider-Man versi baharu ini menerusi Captain America: Civil War.
A brief introduction yang sekelip mata mencuri perhatian peminat Marvel Movies Universe. Dengan panggilan ‘UNDEROOSS’, dia muncul merampas perisai Captain America dan juga merampas hati kita dengan setiap aksinya di skrin.
Tom Holland adalah Spider-Man yang dinantikan oleh kita semua selama ini. Dia muda, bertenaga, lincah, naif, berskil akrobat dan paling penting ada sense of cynical humour yang membuatkan Spider-Man itu sendiri cukup istimewa.
Selaku pengarah, Jon Watts telah menggarap sebuah karya yang tidak takut dibayangi oleh dua francais sebelum ini. Keterbukaannya untuk explore karakter Peter Parker dan Spider-Man membuatkan kita lebih menghargai karakter tersebut.
Menerusi Spider-Man: Homecoming, Peter Parker digambarkan sebagai seorang remaja yang mempunyai pelbagai cabaran serta masalah yang kena dengan umurnya.
Dia seorang yang penuh dengan cita-cita dan cukup teruja selepas dihubungi Tony Stark untuk menjadi anak didiknya.
Dan dengan keterujaan itulah yang menggerakkan filem ini. Seorang yang berjaya biasanya belajar daripada kesilapan. Dan di sinilah bagaimana karakter Spider-Man dibawakan dengan cukup baik oleh Tom Holland. Jika sebelum ini kita banyak saksikan bagaimana Peter Parker struggle untuk menjadi Spider-Man, menerusi filem ini pula ia menjadi sebaliknya.
Villain utama dalam filem ini dilakonkan oleh Michael Keaton yang membawakan watak sebagai Adrian Toomes/Vuklture. Okay, what is it about Micahel Keaton dengan karakter ‘binatang terbang’ sepanjang kariernya. Anyway, Michael Keaton seperti dijangka membawakan watak ini dengan cukup cemerlang.
Karakternya mempunyai motif tersendiri yang membuatkannya menjadi seorang villain. Apabila seorang itu ditekan ke penjuru sukar dia akan bertukar menjadi seorang hero atau seorang villain. With this one, he choose the latter.
Spider-Man: Homecoming adalah filem terbaik Spider-Man di layar perak sejak Spider-Man 2. Go watch it in cinema bermula 7 Julai 2017. Filem ini mempunyai segala resepi yang terbaik bagi menjadikannya sebuah filem adi-wira yang hebat.
And jangan lupa untuk tunggu sehingga end kredit selesai. They have THE BEST EVER END CREDIT SCENE dalam sejarah MCU! 😉
Rating Remaja: 4.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini kecoh di media sosial tentang kontroversi yang melanda selebriti Janna Nick kerana dikatakan menghina artis K-pop, kini nama Nazim Othman pula jadi trending di laman Twitter ekoran daripada terkena tempiasnya.
Nazim dilihat memberikan komen di salah sebuah hantaran di @jannanickstudios yang ditulis sebagai LISA BLACKPIG bagi menggambarkan salah satu karakter dalam karyanya yang digambarkan karakter gadis gedik.
Dalam komen tersebut, Nazim meninggalkan komen “Lisa Black whattttt???? Dan Janna membalas dengan jawapan seperti bunyi khinzir berserta emoji kepala haiwan tersebut.
Ramai peminat K-pop mula berang kepada Janna sehinggakan selebriti itu mennyahaktif akaun media sosialnya gara-gara dikecam oleh netizen.
Walau bagaimanapun, Nazim Othman turut mengeluarkan kenyataan meminta maaf kerana komennya itu telah disalah tafsir. Nazim turut menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud untuk menghina atau tidak hormat pada sesiapa, sebaliknya dia komen kerana seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.
Tindakan Nazim ini mendapat pujian peminat selebriti K-pop kerana mereka menganggap bahawa Nazim bersikap professional walaupun netizen bukannya menyalahkan dirinya.
Apa-apa pun kami mengharapkan agar situasi ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia hanya memberi gambaran negatif terhadap negara dan masyarakat kita.