Beberapa Taman Tema Akan Dibuka Selepas Pandemik COVID-19 Bermula Julai Ini

Share

Sedikit demi sedikit pusat pelancongan di beberapa buah negara sudah pun dibuka untuk kunjungan orang awam. Terbaru, Universal Studios Singpura (USS) juga sudah pun memulakan operasinya bermula 1 Julai 2020.

Malah, segala informasi tentang pusat taman teman itu juga turut dikongsi dalam laman web rasmi rwsentosa.

Pembelian tiket hanya boleh didapati secara dalam talian dan tiket masuk adalah untuk semua tarikan yang ada di dalam USS, kecuali bagi acara-acara khas seperti Halloween Horror Nights. Resorts World Sentosa (RWS) juga menjelaskan bahawa kebanyakan daripada permainan di USS sudah pun dibuka termasuklah sesi meet & greet

. Namun begitu, difahamkan semua persembahan di USS akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Taman tema ini antara yang menjadi pilihan bagi masyarakat Malaysia, namun dek kerana negara kita masih belum membuka pintu sempadan untuk ke luar negara, maka diharapnya agar korang sabar dahulu ya. Hiks!

Di negara kita pula, taman tema Sunway Lagoon dan Genting Highlands Skypolis juga sudah memulakan operasinya pada Julai ini.

Apa yang menariknya, jika korang beli tiket masuk ke Sunway Lagoon ke secara online, korang bakal mendapatkan FREE QUACK EXPRESS pada 4 dan 5 Julai 2020. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Sunway Lagoon.

Bagi yang mahukan cuaca lebih dingin, korang boleh ke Genting Highlands dan nikmati indoor theme park Skypolis yang turut dijadual beroperasi bermula bulan ini. Antara tarikan yang ada disini adalah The VOID, Sky Towers, Spin Crazy dan banyak lagi.

Selepas penat bersuka ria di taman tema tersebut, bolehlah singgah sebentar di Genting Highlands Premium Outlets untuk ‘cuci-cuci mata’ sikit. Hiks!

Sementara menunggu sempadan ke luar negara dibuka, eloklah sekiranya kira ‘Cuti-Cuti Malaysia’ terlebih dahulu. Khabarnya, banyak promosi harga yang akan ditawarkan bagi menarik pelancong tempatan untuk berkunjung ke taman tema tersebut.

Sama-sama kita nantikan..

Sumber: Resorts World Sentosa (RWS)

IKLAN